Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan!

pertama sekali, SYUKUR..

Lagi berapa hari je lagi kita nak berpuasa. seronok rasa nak menyambut ramadhan kali nie. harap-harap dapat buat sebanyak boleh ibadat dlm bulan nie. insyaALLAH. semangat nie. yelah, kene la semangat kan. sebab ramadhan datang hanya sekali setahun. kalo sempat ramdhan akan datang okay la. kalo tak sempat. haa..kan nyesal.


aku harap sangat apa yg diminta oleh aku dimakbulkan ALLAH. amin.
aku hanya berharap agar hidup kami suami isteri sentiasa bahagia, dirahmati ALLAH dan menjadi keluarga yang sakinah..rezeki baby. aku berserah aje kepadaNYA..kalo ada, ada..kalo masih tiada tak mengapa.

sebab kita selalu terlupa.."kekadang ALLAH tak beri ape yg kita minta, tapi ALLAH beri ape yang terbaik untuk kita sebenarnya"..kita hanya manusia yg lemah dan kerdil..

rintihan hati: aku kekadang jeles tengok kawan-kawan yang dah menimang cahaya mata. xsampai setahun dah ade berita gembira. kenapa? mengapa?

tak patut aku tanya begitu. macam menyalahkan tuhan pulak..astagfirullah hal a'zim..

tak mengapa..aku mungkin antara yang teristimewa di dunia nie. sentiasa bersyukur dengan nikmat yg diberikan oleh NYA. sekurang-kurang nya aku ada suami yg sangat memahami aku, sangat baik, sangat supportive ..yang sentiasa buat aku tersenyum..




Thursday, July 28, 2011

Diet Ke LAut ker??

Mission: nak diet la hr nie. nak makan oat ajer satu hari.

gambar hiasan: google
Ulasan:
memang berjaya la kan.

pagi aku makan oat + nasi goreng telur (1cup). kenyang. gembira.
petang pulak, kat umah anak murid aku. aku makan kuih cakoi 1/2 dan pisang goreng 4 ketul. sedap plak. yelah mkan kat umah orang mmg sedap. haha. malam pulak aku beli kuih cakai 3, goreng pisang 5 ketul, apam manis 1 dan char keuw tiaw kerang 1 bgkus..nie bukan aku makan sorang. mkn ngan en suami la. kenyang..then, lepas magrib turun ke bawah..sebab nk layan BOLA..terjerit pekik aku. dah mcm coach dah.

pkl 11.30 mlm mata dah layu..tambah plak dengan kekalahan Harimau Malaya tewas kepada Singapura. tersangat la Hampa ..tapi takpe..Safee sali pengubat duka..hidup safee sali..hehe. peace..

upss lupa..nak naik atas penimbag..adakah turun atau naik..hmm hanya turun 0.2kg..adakah dikira berjaya? jawab sendiri..tidur..tidur..


Sunday, July 24, 2011

RFC: Radix Fried Chicken




Air Roselle + Set 2 ketul ayam Herba, roti,coselow dan mash potato..mmg ade kelainan dari segi rasa ayam nye..sedap jugak..

Thursday, July 21, 2011

It's My B'Day!

HAPPY B'DAY TO ME!!
i'm a big big girl..

crdt: google


Sunday, July 17, 2011

Mesin Jahit: NewBorn Blue Polka Dots



Happy!!
Akhirnya impian terlaksana jua.
alhamdulillah..

Friday, July 15, 2011

Kubis masak Lemak

nie antara favorite dish aku jugak. kalo dah bosan tak tau nak makan ape. mesti aku masak gulai lemak kubis. tapi kene buat sambal..sambal ape2 pon boleh. ikan ke, ikan bilis ke, udang ke, sotong ker..baru ngam makan ngan gulai lemak nie. nyummy...



Spaghetti Bolognese



Fried Silky Chicken



Thursday, July 14, 2011

Masak Lemak Udang bersama Kentang

Udang oh Udang...dimakan bersama daging goreng..


Bahan:-
Udang saiz sederhana @ besar
2 biji kentang (dipotong dadu besar or wedges)
1/2 cwn santan pekat
3 biji buah keras (ditumbuk lumat)
serbuk kunyit (untuk pewarna)
daun kunyit (dihiris halus)

blender:
6 bj cili padi
1 inchi halia
1 bj bwg merah
3 ulas bwg putih
1 cwn air

cara:
1. masukkan bahan yg telah diblender ke dalam periuk
2. masukkan kentang dan biarkan sehingga kentang kelihatan empuk
3. masukkan santan pekat dan udang
4. kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak
5. masukkan daun kunyit, serbuk kunyit dan garam secukup rasa
6. biarkan ia mendidih sekejap.dan boleh la dihidangkan bersama nasi panas.




Lazy Fried Beef

nak masak simple jer daging hari nie. bak kata orang masak time malas. hehe
tadaaa..



Bahan:-

Daging -dihiris
Rempah: Kunyit, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar
Bawang merah -dipotong bulat
lada benggala -dipotong panjang
minyak -untuk menggoreng
garam dan blackpepper

cara:-
1. perapkan daging bersama rempah dan black pepper selama 15 min
2. gorengkan daging yang telah diperap
3. masukkan bawang dan cili benggala
4. goreng sehingga garing. kemudian masukkan garam secukup rasa.

dah siap!


Air barli Limau

BAHAN-BAHAN:-
2 camca besar barli
4 camca besar gula pasir
1.5 liter air
1 biji limau nipis

CARA:-
1. Cuci barli, rebus dengan 1.5 liter air. Biar merenih selama 1 jam hingga menjadi 1 liter.
2. Masukkan gula dan biarkan larut.
3. Tapis dan sejukkan dalam jag.
4. Perahkan air limau ke dalam air barli dan sedia untuk diminum

Wednesday, July 13, 2011

Fried Penne With Beef, Chic & Vege


Bahan:-
Penne (guna cap tesco aje)
isi Ayam
Daging cincang ramly
Sayur (aku guna sayur kobis dan tomato)
1 bj bawang besar
4 ulas bwg putih * ditumbuk
5 bj cili padi  * ditumbuk
sedikit ikan bilis * ditumbuk
butter/marjerin
blackpepper
garam
kicap cair

cara:-
panaskan butter dan tumiskan daging dan ayam sehingga masak
masukkan bwg merah yg telah dihiris
masukkan bwg putih, cili padi dan ikan bilis yang telah ditumbuk lumat
kacau sehingga naik aroma nye dan masukkan sayur-sayuran
masukkan penne yg telah dicelur
gaul sebati
masukkan garam dan blackpepper
tuang sedikit kicap cair (jika suka)
siap utk dihidang (makan dengan cili kicap lagi sedap!!)


TTC: Urut TraditionaL

aku nak share with kawan-kawan nie. hari tu, masa di rumah mak aku di serdang. ayah aku syorkan urut dengan kawan nya, nama hj. leman. ayah kata Hj Leman nie pandai urut org. ramai jugak yg dah berurut dengan dia dah dapat anak..yelah kita usaha je kan.

so, kami pon pergi la malam tue ke rumah Hj Leman. dekat je ngan umah mak aku. sampai je kat umah dia, kami dibawa masuk ke sebuah bilik kecil di sebelah umah dia. aku dah cuak gak.. aduh sure sakit nie sbb org lelaki yg nak urut. kederat nye mesti double dari org pompuan kan.

so, first sekali dia minta izin kepada suami kita utk urut kita la (isteri). then, dia tanya ape masalah kita. baru dia start urut..bahagian tapak kaki hingga ke lutut. sambil urut sambil berceramah. memang sakit..serius..tapi lepas urut tue lega nya..rasa sedap..walopun yelah..susah aku nk berjalan. masih terasa sakit di tapak kaki..huhu..balik dari urut dia sarankan kami suami isteri buat solat hajat. dan doa utk baby.

kali ke-2 pulak, seminggu lepas tue, kami datang lagi utk berurut. kurang sikit rasa sakit bile dia urut. maybe sebab urat tue dah lembut. dia urut kepala dan tangan sekali. memang sedap..lega weh..sampai hari nie badan aku rasa sedap jer..


dia nasihat kan 3kali datang urut. kali ke-3 tak tau lgi nak pergi bile..en.suami pon nnt kene urut satu badan..abis la dia..dia lg la xpenah berurut..urat sure macam dawai besi..keras kematu..hehehe..

oh lupa, upah urut. seikhlas hati..tapi kami beri kat dia rm30 ke atas la..ngan cara dan kepakaran dia menurut. lama weh dia mengurut dalam 2 jam lebih ade kot..bagi tip lagi..itu ini..doa..dll..


kita hanya berusaha. ALLAH yang memberi..

TTC: Habbatus Sauda banyak khasiat

sangat berkhasiat..terutamanya untuk orang yg inginkan anak..sejenis herba anti-toxin
untuk maklumat lanjut, boleh baca kat sini: Sini

aku ada beli HS nie. yang biji punya tapi asik lupe je nak makan..lepas nie kene makan la..mcm mane nk sihat. ade juga dlam bentuk pil..senang nk mkan..

bila makan je mesti angin keluar. bagus..yang tak beli lagi harusla beli ye..untuk kesihatan anda..

Aduh! Merajuk Mengalahkan Perempuan...

Mungkin jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada yang kata, kalau lelaki merajuk ... buruk sangat rupanya. Betul ke? Sebenarnya.....tidak kira lelaki atau perempuan...kita semua selalu merajuk dan ingin dipujuk bukan? Kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi ... kita tidak meluahkannya. Kita simpan dalam hati , rasa macam nak meletup dada menahannya.

Bila lelaki mula merajuk... Susah juga untuk dipujuk kerana kebanyakan lelaki jarang merajuk tetapi bila sekali si dia merajuk! Aduh... pasti pening dibuatnya!
TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK

Diam Seribu Bahasa

Dia diam sepanjang bersama dengan pasangan. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiakannya dan anggukkan kepalanya sahaja, tanpa sepatah kata Tidak sedikit pun akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah! Dia merajuk...

Buat Tak Tahu

Dia akan buat tidak tahu dengan kita. jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh sahaja. Paling teruk, dia buat-buat tidak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan sahaja boleh buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Masam Muka

Tindakan yang ini ialah tindakan yang paling kita geram. Sudah la... enggan bercakap di tambah lagi dengan tarik-tarik muka masam mencuka. Tak puas hati la konon! Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang juga!

Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia enggan berjumpa kita atau face to face. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar... nak uji si dia, kita duduk di hadapannya sambil makan... )

Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Ingin tunjuk betapa tinggi egonya! Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana semestinya dia hanya akan buat tidak tahu sahaja!

Matikan Telefon Bimbit

Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan matikan telefon bimbit dan bagi alasan bateri habis. Alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa...bila dah rindu nanti call juga akhirnya!

Baca Surat Khabar

Bab ini sememangnya tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lebih ketara jika membaca surat khabar tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok televisyen sampai larut malam walaupun rancangan itu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia mungkin di kaca televisyen tetapi hatinya ke lain. Kita harus peka!

Hisap Rokok

Tiba-tiba tidak berhenti menghisap rokok, macam tidak pernah dapat rokok setahun dibuatnya.

sumber: wanita hari ini tv3

Pentingnya Sentuhan


Pentingnya Sentuhan
cdt: google


Bagi memastikan hubungan hubungan suami isteri yang erat dan segar sepanjang tempoh perkahwinan, adalah disarankan supaya sering membuat sentuhan terhadap pasangan masing-masing.  Apabila sentuhan dilakukan ianya dapat menunjukan suami dan isteri masih mengambil berat disamping ianya adalah cara terbaik untuk menyatakan kasih sayang masing-masing.

Terdapat pelbagai cara sentuhan yang boleh dizahirkan, tidak kira samada berdua, bersama keluarga atau ke mana-mana mengikut keadaan yang bersesuaian. Sentuhan ini juga dapat menyatakan perasaan romantik masing-masing.

Ramai pasangan Melayu sukar untuk menunjukan reaksi kasih sayang masing-masing disebabkan bukan tabiat dalam budaya bangsa di samping perasaan ego dalam diri masing-masing.Masih belum terlambat bagi pasangan suami isteri memulihkan hubungan renggang masing-masing. Mulakanlah dengan sentuhan secara lembut kerana sentuhan inilah dapat menerbitkan rasa cinta kepada pasangan.

Setiap kali menyentuh pasangan, sentuhlah dengan penuh kasih sayang dan juga perasaan ikhlas.
Tidak kiralah usia perkahwinan yang baru atau telah lama, masing-masing perlu menitikberatkan peranan sentuhan dan menjadikan ia budaya dalam keluarga agar dapat melahirkan keluarga yang rukun harmoni dengan pembesaran yang gembira.
Amalkanlah sentuhan untuk menyuburkan hubungan suami isteri.


Sumber dari Wanita Hari Ini 28 & 29hb Mei 2009

p/s: senthan hanya bagi org yg dah kawin ye anak2 yg belum berkahwin jgn la plak praktikan benda nie..harap maklum. 

Nak Belajar Buat MacarooN dan Choc

Aku nak belajar..

1. macaroons

nak belajar..klik sini

aku sebenar nye teringin nak belajar buat macaroons dengan cara yang betul..hari tuh penah gak buat. tapi macaroon nye xnaik..maybe cara nye salah kot..org kata guna "french method"..tue la bergurukan u-tube jer..hasilnye pon ala-ala ajer..hmm..kalo dpt belajor ngan sifu lg senang kot.. nampk ngan mata mcm mane nak buat.. =) hehe


2. chocolate


nak belajar buat choc jugak..walopon rasa mcm senang je nak buat..tp masih nk belajar g kelas..yelah..nk gak tau ape campuran bahan2 untuk buat choc yang sedap..dan method2 nye..cara simpan dan macam-macam..kalo kat luar kelas buat choc aje dah RM150..mahal betul..tapi xrugi kot..sbb boleh guna smpai bebila.

one day...i wish..

Friday, July 8, 2011

Super Easy Spaghetti Carbonara



 
 Bahan-Bahan:-
1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego
Sotong / Udang / ayam / atau daging (saya guna Sotong)
bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar + air
Sedikit daun tyme (dried Tyme pon boleh)
Garam secukup rasa
lada sulah.
    1. macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
    2. tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan sotong tadi. sampai ia masak.
    3. masukkan sos carbonara kacau sebati.
    4. masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
    5. nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
    6. letakkan dried tyme, garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
    7. untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.
    8. Siap! Jom Makan! 

    Tepung Talam



    Bahan-Bahan:-

    lapisan bawah
    1 cawan tpng gandum
    2 cwan air (santan+air gula merah)
    blend

    lapisan atas
    3/4 cwan santan
    3 sudu besar tpg gandum
    sedikit garam
    blend

    cara2
    panaskan kukusan n loyang sampi mndidih air
    then tuang lapisan bawah
    kukus
    tuang lapisan atas,kukus
    masak....

    ha3 senangkan....

    Thursday, July 7, 2011

    Bakor..Bakor..

    case 1: Bako kek 
    rindu nyer nak mem baking kek..
    dah lama tak buat kek.
    sebabnye tiada oven di rumah..

    i need oven darling!! macam-macam nak..bankrup suami aku mcm nie.
    hehe =)



    case 2: Bako lemak
    haduh..susah betul la nk bakor lemak badan. kenapa? buat-buat tanya diri sendiri. huh. en suami telah berjaya menurunkn berat sebanyak 4 kg selama 2 bulan..jeles betul la. kenapa dia turun byk? aku 1 kg ajer..tak patot.. ??

    kene usaha keras lagi nie.

    Wednesday, July 6, 2011

    retro mimpiku..

    the lipstick - retro mimpiku..

    semalamku termimpikan kamu,
    kita berdua hidup bersama,
    kau & aku kita sama saling terpesona,
    kita bercumbu owh sungguh asiknya..

    tapi itu hanya mimpiku,
    aku sedarku hanya dialam fantasi,
    semua itu mustahil tuk ku miliki,
    jika aku dialam realiti...

    inginku jadikan kau kekasih hati
    kan ku buktikan pada diri ini,
    bahwa aku mencintamu sepenuh hatiku,
    kanku jaga kau sehingga akhir hayatku...

    150 Juta

    Fynn Jamal- 150 Juta

    Untuk kali keseratus lima puluh juta
    Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
    “Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
    “Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”
    Di seratus lima puluh juta kali itu
    Di depan semua engkau tarik tangan aku
    Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
    Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
    “Dia mungkin bengis seperti singa”
    “Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
    “Dia mungkin keras bila bersuara”
    “Tapi dia jelas, jujur apa adanya”
    “Aku lagi kenal dia”
    Dah lebih seratus lima puluh juta kali
    Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
    Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
    Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi
    Di setiap seratus lima puluh jutanya
    Aku pun dalam hati semacam tak percaya
    Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
    Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata
    “sayang mungkin baran tak kira masa
    tapi sayang tahan kalau yang salah saya
    sayang mungkin saja keras kepala
    tapi sayang manja bila kita berdua–
    saya kenal sayang saya”
    Buat apa dicerita
    Bahagia kita rasa
    Biar tak dipercaya
    Peduli orang kata
    Baju ronyok tak apa
    Asal pakai selesa
    Berkilau tak bermakna
    Kalau hati tak ada
    Aku lebih bengis dari sang naga
    Tapi bisa nangis semata demi cinta
    Suaraku keras tak berbahasa
    Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
    Aku mudah baran tidak semena
    Mana boleh tahan angin cemburu buta
    Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
    Aku punya manja, kau saja boleh rasa
    Rahsia kita berdua..

    Admired by Fynn Jamal

    Monday, July 4, 2011

    Masih GagaL

    Ya TUHAN ku...
    KAU kuatkan semangat ku..
    berikan aku kekuatan
    dan jauhkan aku dari bisikan Syaitan..

    amin


    Sunday, July 3, 2011

    Nasi Ayam Gemas MustafaH @ PutraJaya

    Cerita pasai Nasi Ayam..
    Dah lama mengidam nak makan NASI AYAM GEMAS. asik dengar cerita jer. nasi ayam nyer sedap sesangat. nak gi gemas jauh bebenor..sebbaik ade cawangan kat presint diplomatik putrajaya.



    Jom tengok Nasi ayam gemas macam mane rupenyer..

    Nasi - Rm2 sepinggan
    Ayam- ada macam2 harga..Rm4, Rm8, Rm15 dll..ikut pilihan masing2..

    yang kami order nie ayam dia Rm8..banyakkk!!!...berbaloi2...

    nasi Ayam Gemas (set ayam Rm8)

    bile dah pekena nasi ayam gemas..memang tak banyak cakap..tak sempat nak cakap ape pon..memang sedap! Nasi berasa. Ayam lembut dan sedap..kalo yg original tak tau laa..lagi sedap kot...so, sapa2 yang tak rasa lagi..mesti cuba!..tak rugi..

    Makan berdua hanya RM12 sahaja..

    kalo nak dibandingkan dengan aku makan nasi ayam fuziah kat Ipoh (yang konon nye fames) RM10 (rm5 per set) untuk 2 orang..tapi ayam nye sungguh mendukacitakan..

    Nasi Ayam Fuziah (fames @ Ipoh)


    Followers