Showing posts with label Pastry. Show all posts
Showing posts with label Pastry. Show all posts

Friday, March 18, 2011

It's MacaRoonS...

Yess!!

i made macaroons today!..
unbelievable betul

pagi-pagi lagi dah dapat sms dari sayang..
katanya dlam papaer Utasan Malaysia..ade cite pasai macaroons..sebiji RM2-50..mahal betul..

dia bagi hint tuh..so aku try la cari resepi macaroons dan jumpa..nampak senang..tapi xsenang langsung..

nie hasilnya untuk cubaan kali pertama..
rasa memang sedap je kat tekak aku nie..(tak boleh nak compare ngan macaroons yang jual kat luar, aku pon bukan pernah beli macaroons) hehehe

sayang sure suka!!




Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan
notes & tips: 
guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack

source: vogue magazine
 

Thursday, September 2, 2010

#14 His FavRet Is PUFF!!

Hari-hari Puff pon takpe..dia cakap..
aku?? boleh gak..dah terikut si dia plak..suka sangat makan puff..

semalam buat Sardin Puff..3 ketul..hehe..

juz for u hubby..love u so much..
bake with love

Sunday, August 15, 2010

#11 ASIAN TWIST PIE

hari nie tak tau nak makan ape utk berbuka. nak makan nasi mcam malas. sebab perut pon tak brape sehat..so, hubby cadangkan ape kata makan roti ker..or puff ker..
tue yg godek2 blog mat gebu tuh...terjumpa la resepi yg menarik hati kami..heheh..


Resepi nie aku amik dari En Mat Gebu.
Sungguh senang dan sedap..



ASIAN TWIST PIE


BAHAN-BAHANNYA :
5 keping instant prata jenama "kawan"
Inti secukupnya (resipi dibawah)
Kuning telur + susu cair sedikit untuk disapu

BAHAN INTI :
2 biji kentang, kupas dan potong dadu, rebus hingga 1/2 empuk
1 tin cendawan butang, hiris halus
3 batang black pepper sosej "Ayamas", didadu kecil
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan hirisan daun sup
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 cawan parutan keju cheddar (mat guna keju parmesan)
2 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Cairkan mentega, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf. Masukkan rempah kari dan serbuk lada hitam, gaul rata. Masukkan cendawan dan goreng sebentar, tambah kentang dan sosej, gaul rata dan tuang susu cair. Masak hingga kering tetapi masih lembap. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, gaul rata dan angkat. Biarkan sejuk.
  2. UNTUK ASIAN TWIST PIE :- Ambil sekeping instant prata. Isi inti pada satu bahagian, kurang lebih 2 - 3 camca besar dan taburkan sedikit parutan keju. Temukan dan jadikan seperti karipap, tekan hujung2nya dengan garfu dan kelim seperti karipap (jika suka). Cucuk permukaan pie dengan garfu dan alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 200C selama 30 minit. Sejukkan atas jaringan. Potong dua pie untuk dihidangkan...
 inti


 if nak compare dengan Mat Gebu punya.. boleh la kot..lebeh kurang :)

note: kesilapan aku ms buat nie, masa sapukan telur kuning tuh..aku tak campur dengan sket susu cair..kalo campur sure warna dia lebeh cantek..

yg penting SEDAP!!..

    Saturday, August 14, 2010

    #10 SAMoSa AyaM

    Mak teringin nak makan samosa ayam..dua hari lepas cari kat pasar ramadhan tapi tak jumpa..so last2 cari laa resepi kat ternet..dapat laa..sebbaik sedap samosa dia..heheh..ok la nnt aku upload resepi samosa ayam tuh..
    gambar maybe takde..terlupa nak snap..memang berbaloi buat sendiri dari beli di luar..

    Followers