Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Bergedil Kentang bersama Ayam

Al-kisah cerita bergedil kentang ku bersama ayam cincang.

Petang tadi berjalan-jalan ke pasar ramdahan dan terlihat la soto ayam. sangat mengiurkan waktu tue la kan. standard org lapor kan. Lalu kami membelinya. tapi sikit sangat la nasi impit dan ayam nye. kuah punyala banyak. so, balik rumah aje terus masak nasi impit ADABI dan sesi membuat bergedil. Baru sedap bile makan soto kan. Actually, soto tue kami beli untuk bersahur pagi esok. malas nak masak sahur. tue yang beli je. Ingatkan dah tak payah ke dapur tapi kene jugak aku ke dapur membuat bergedil. lauk beli macam tue la kan.


Bahan:

4 biji kentang (dipotong dan digoreng dan kemudian dilecek halus)
sedikit ayam cincang/kisar (digoreng sekejap)
1/2 bj bawang besar (potong dadu kecil)
1 bj cili merah (dihiris halus)
1/2 s/k herba ketumbar (ditumbuk halus)
1/2 s/k herba jintan manis (ditumbuk halus)
lada hitam dan garam secukup rasa

1 bj telur (dipukul dlm bekas kecil)
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali telur.
2. bentukkan bulat2 lebar bahan kentang tersebut dan dicelup ke dalam telur
3. di goreng dengan api yang perlahan sehingga garing kekuningan
4. siap utk dihidang

Friday, June 3, 2011

Rendang Ayam Opah

12.12: Malas nak citer banyak2. Hari nie masak rendang ayam ajer..petang karang masak sayur pak choi dengan black fungus..cukup 2 hidangan je.



Bahan-bahan :- (untuk 2 orang makan)
  • ayam 5 ketul 
  • bawang besar 1 ulas *
  • bawang putih 2 ulas * (optional - tp saya xletak)
  • halia 1 inci *
  • serai 1-2 batang *
  • lengkuas 1 1/2 inci *
  • kunyit 1 inci *
  • cili boh *
  • kerisik 1 sudu besar (optional)
  • santan
  • Kelapa parut sedikit * 
  • daun kunyit (hiris halus)
Cara-cara:-
  1. bersihkan ayam dahulu.
  2. blender kan semua bahan yang bertanda * .
  3. masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang telah mix tadi ( tak perlu tumis). Biarkan dia mendidih dan boleh masukkan kerisik dan santan, kalau nk tambah air pun blh.
  4. agak2 dah nampak cabai tu masak boleh masukkan daun kunyit hirisan tadi untuk naikkan bau.
  5.  Biarkan ia masak sehingga kering. Setengah orang suka ade kuah..terpulang la ikut selera masing2. Sentiasa kacau takut berkerak di bawah..
  6. Siap untuk di hidang. sedap di makan ngn lemang mahupun nasi putih panas2.Kalo ade lebih boleh simpan dlm peti ais. panaskan balik..huhh lagi bertambah sedap rendang tue..jamin 100%.


Selamat Mencuba!

Tuesday, May 24, 2011

Ayam masak merah Cinta Rose makan bersama Nasi Serai

posto..posto..


Sori la gambar  tak brape cantek. serainye dah aku buang sebelum amik gambar. hampeh. rasa mmg sodap. mesti cuba!

Resepi:-

2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan (sy guna beras perang)
1 helai daun pandan-simpul
2 cawan air

Bahan tumis:
1-1/2 sudu mkn butter
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1/2 in halia-hiris
2 sudu teh remph kurma
3 btg serai-ketuk
Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
Garam secukupnya
Bawang goreng utk hiasan

Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.



Saturday, January 8, 2011

#27 Nasi Serai With Ayam Panggang BBQ

Di pagi sabtu yang penuh ceria..
aku bertekad nak masak Nasi Serai dan ayam panggang

sebenarnya semalam tgk la ASTRO Channel 703 bersama atil.
chef tue masak ayam panggang butter..terliuq dibuatnyer.
tue yg malam tadi terus marinate ayam untuk dibakar hari nie.

resepi nasi serai plak, cam biasalah.. aku nie suka godek2 dapur hana..
seronok je tgk dia masak..walopon kat jepun..
macam-macam hana masak..hana nie macam menjadi sifu alam maya aku..
thanks hana..(walopun hana bukan kenal aku pun)
hehehe


so, hasilnya..







resepi Nasi Serai
amik dari HAna

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras basmathi - rendam 15min dan toskan
  • 4 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • 3 batang serai - ketuk
  • 1 1/2 biji bawang besar - hiris halus
  • 5 ulas bwg putih dihiris halus
  • 1 inci halia - hiris
  • rempah tumis - (kayu manis,bungalawang, biji pelaga, cengkih)
  • 2 sudu makan butter@minyak sapi
  • 2 sudu makan  rempah kurma
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan butter@minyak sapi, tumis bawang, rempah tumis, rempah kurma dan halia hingga naik bau. Masukkan serai dan daun pandan. Last skali masukkan air dan tuang kan ke dalam periuk berisi beras yang sudah dibasuh tadi dan masak sehingga nasi masak.Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun sup jika suka.


Ayam Panggang

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
*5-10 biji bawang putih
*1-2 batang serai
2 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar (ikut rasa sendiri)
3 sudu besar kicap manis (ikut rasa sendiri)
1-2 sudu makan madu (ikut rasa sendiri)
garam sedikit
lemon (ikut rasa sendiri)
butter - potong kecil @ minyak zaitun (saya guna minyak sapi) 
kentang, carrot, bawang besar, daun saderi- potong empat
p/s: saya tambah sos black pepper, sos tiram dan sos BBQ sama..

Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan sos, kicap, lada hitam, madu, sedikit garam
  • dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang.
  • Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180
  • selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke
  • atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Followers