Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Lontong dan Daging Kerisik Berempah

Percubaan pertama membuat lontong. Haa..kata menantu orang johor kan. Mestila tahu buat lontong. hehe. So, kami laki bini menyahut cabaran membuat Lontong.

Siap bangun awal untuk ke pasar besar membeli bahan-bahan membuat lontong. Resepi dah mintak kat mak dah. dah salin dah atas kertas. hehe. balik je rumah terus ke dapur. En abang paling semangat hehe..bagus-bagus. Hasilnya apabila siap dimasak. Memang sedap. sama rasanya macam mak aku buat. LULUS!!..hehe ...resepi kalo nak ade kat bawah:

Gambar kemudian ye kami upload. xsempat nak snap. terus laju je makan. hehe

LONTONG JOHOR

Bahan-bahan utk dikisar:
Lengkuas
Bawang merah dan bwg putih
serai
halia
cili padi sikit
Udang kering

Bahan sayur:
tempe dan kentang dipotong kecil dan digoreng
kubis
carrot
soohoon dan pucuk tauhu (diremdam hingga kembang)
cili merah dan cili hijau (dihiris)
terung
sengkuang

Udang basah (udang kecil)
serbuk kunyit
santan kelapa dan air
garam dan gula

Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga garing. MAsukkan udang basah (udang kecil2 tue jugak)
2. masukkan santan dan air. Kacau hingga mendidih
3. masukkan bahan-bahan sayur nye. dan biarkan ia mendidih. masukkan garam gula kunyit.
4. siap dimasak. dihidangkan bersama nasi impit dan sambal ikan bilis or udang or sotong (ikut selera masing-masing)

itu baru resepi pertama; resepi ke-dua adalah Daging Kerisik Berempah yang sesuai dimakan bersama nasi impit. yang nie totally 100% en abang yang memasaknya. hebat. dan memang sedap!

resepinya:

DAGING KERISIK BEREMPAH

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g daging batang pinang, hiris nipis dan lebar2, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar kerisik
1/2 cawan kicap manis
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar gula melaka
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong
1 biji cili hijau, dihiris serong
1/2 cawan air
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan daging dengan semua bahan2 di atas kecuali cili hijau, cili merah, bawang besar,
bawang merah/putih hiris dan kerisik. Gaul rata dan perap sekurang2nya 2 jam (nak sedap perap semalaman) dalam peti sejuk.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga perang dan harum, masukkan daging yang diperap tadi, gaul rata dan masak hinggga daging kecut. Masukk air dan kerisik,  kacau rata dan biar mendidih.
3. Masukkan hirisan bawang besar, hirisan cili hijau dan merah, kacau rata dan masak hingga hampir kering.Sesuai kan rasa dan jika ok boleh dialih ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan...




Thursday, July 14, 2011

Lazy Fried Beef

nak masak simple jer daging hari nie. bak kata orang masak time malas. hehe
tadaaa..



Bahan:-

Daging -dihiris
Rempah: Kunyit, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar
Bawang merah -dipotong bulat
lada benggala -dipotong panjang
minyak -untuk menggoreng
garam dan blackpepper

cara:-
1. perapkan daging bersama rempah dan black pepper selama 15 min
2. gorengkan daging yang telah diperap
3. masukkan bawang dan cili benggala
4. goreng sehingga garing. kemudian masukkan garam secukup rasa.

dah siap!


Friday, May 27, 2011

DAGING HITAM MANIS BEREMPAH

1700: Siap masak untuk dinner. Sajian simple jer. Ada daging hitammanis berempah, Terung kukus bersama air asam dan Tempe goreng tepung.




DAGING HITAM MANIS BEREMPAH

300gm daging biasa atau daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan

bahan A
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
~~~~~~~~~

2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris (ganti cili padi)
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8 (xletak)
minyak
~~~~~~~~~

bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis

cara:-
Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.
(Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu)
Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2

Terung kukus dicicah bersama air asam




Wednesday, May 18, 2011

Honey Black Pepper sause Beef

haa..hari nie cik M masak daging. Jemu asik ayam ikan jer. simple2 ajer. Hubby paling suka kalo wat daging goreng2 nie. kicap ke. sweet sour ker. So for today dinner, cik M masak daging sos "Honey Black Pepper"..glamer tak namer..

mane dapat sos tue. aku pakai cap "ITA"..produk IKS rasanye. sedap jugak. kalo guna untuk bakar ayam ker.. cik M memang suka!


jilat pinggan la malam nie en hubby..haha...(sori layan je ape aku merepek ni)

dan sayur nye pula aku wat tumis kacang panjang,karot dengan sotong..lama betul tak makan kacang panjang..huhu..antara fevret aku jugak nie..


Resepi:

Honey Black Pepper sause Beef

Bahan:
300 gm daging
1 bj bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 bj cili padi (dihiris)
2 bj kentang (dipotong dadu)
1 sudu besar cili boh
3 biji buat tomato cherry (dipotong 2)
serbuk jintan manis & putih
serbuk kunyit
serbuk ketumbar
Sos Honey Black Pepper Brand "ITA"

garam

Cara:
1. Perapkan daging bersama serbuk jintan putih, jinta manis, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit serta garam selama 10 min
2. panaskan minyak, gorengkan daging yg telah diperap bersama kentang sehingga garing.
3. masukkan bawang dan cili padi yang telah dihiris.
4. masukkan cili boh dan gaulkan sebati bersama daging. kemudian masukkan sos honey black pepper secukup rasa ke dlm kuali dan gaul sebati bersama daging
5. masukkan tomato dan boleh la dihidangkan bersama nasi panas.




Monday, April 4, 2011

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

 Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanye
400gram daging batang pinang yang siap disalai dan dihiris nipis
2 biji kentang dipotong sederhana ( x nak letak pun takpe)
2 batang serai - dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam

caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, sesuaikan rasa, masukkan sedkit garam. kacau selalu.
3. Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Followers