Labels

Resepi (75) Memories (40) My Stuff (38) Sembang-Sembang (38) Baby (36) Love (34) Rawatan Kesuburan (32) makan-makan (32) Vacation (17) Wedding (11) Cake (10) Dessert (9) My PEt (9) Kueh (7) Sayur (7) Roti (6) Ayam (5) Daging (5) Ikan (5) Pasta (5) Biskut (4) Dapur (4) Giveaway H.O.K (4) Pastry (4) Potato (4) BBT (3) BantaL Busuk (3) JusT Sew iT (3) Mesin Jahit (3) Nasi (3) Sambal (3) Sotong (3) Tak mo gemox (3) Tutorial (3) WordleSS (3) perangai preggy (3) Diet (2) Layazz (2) Minum Petang (2) Nasi Ayam (2) Udang (2) Ulam (2) nasi kandar (2) tilam dan bantal (2) Acar (1) Cendawan (1) Doa Dhuha (1) Giveaway Contest (1) HSG (1) Jem (1) Kerepek (1) Lontong (1) Luahan rasa (1) Masakan Arab (1) Meehoon (1) Movie (1) Petai (1) Telur (1) Tempe (1) WTS PillOW (1) Western (1) minuman (1) semangat (1) ww (1) zikir (1)
Showing posts with label tilam dan bantal. Show all posts
Showing posts with label tilam dan bantal. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Aduh! Merajuk Mengalahkan Perempuan...

Mungkin jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada yang kata, kalau lelaki merajuk ... buruk sangat rupanya. Betul ke? Sebenarnya.....tidak kira lelaki atau perempuan...kita semua selalu merajuk dan ingin dipujuk bukan? Kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi ... kita tidak meluahkannya. Kita simpan dalam hati , rasa macam nak meletup dada menahannya.

Bila lelaki mula merajuk... Susah juga untuk dipujuk kerana kebanyakan lelaki jarang merajuk tetapi bila sekali si dia merajuk! Aduh... pasti pening dibuatnya!
TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK

Diam Seribu Bahasa

Dia diam sepanjang bersama dengan pasangan. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiakannya dan anggukkan kepalanya sahaja, tanpa sepatah kata Tidak sedikit pun akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah! Dia merajuk...

Buat Tak Tahu

Dia akan buat tidak tahu dengan kita. jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh sahaja. Paling teruk, dia buat-buat tidak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan sahaja boleh buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Masam Muka

Tindakan yang ini ialah tindakan yang paling kita geram. Sudah la... enggan bercakap di tambah lagi dengan tarik-tarik muka masam mencuka. Tak puas hati la konon! Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang juga!

Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia enggan berjumpa kita atau face to face. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar... nak uji si dia, kita duduk di hadapannya sambil makan... )

Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Ingin tunjuk betapa tinggi egonya! Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana semestinya dia hanya akan buat tidak tahu sahaja!

Matikan Telefon Bimbit

Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan matikan telefon bimbit dan bagi alasan bateri habis. Alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa...bila dah rindu nanti call juga akhirnya!

Baca Surat Khabar

Bab ini sememangnya tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lebih ketara jika membaca surat khabar tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok televisyen sampai larut malam walaupun rancangan itu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia mungkin di kaca televisyen tetapi hatinya ke lain. Kita harus peka!

Hisap Rokok

Tiba-tiba tidak berhenti menghisap rokok, macam tidak pernah dapat rokok setahun dibuatnya.

sumber: wanita hari ini tv3

Pentingnya Sentuhan


Pentingnya Sentuhan
cdt: google


Bagi memastikan hubungan hubungan suami isteri yang erat dan segar sepanjang tempoh perkahwinan, adalah disarankan supaya sering membuat sentuhan terhadap pasangan masing-masing.  Apabila sentuhan dilakukan ianya dapat menunjukan suami dan isteri masih mengambil berat disamping ianya adalah cara terbaik untuk menyatakan kasih sayang masing-masing.

Terdapat pelbagai cara sentuhan yang boleh dizahirkan, tidak kira samada berdua, bersama keluarga atau ke mana-mana mengikut keadaan yang bersesuaian. Sentuhan ini juga dapat menyatakan perasaan romantik masing-masing.

Ramai pasangan Melayu sukar untuk menunjukan reaksi kasih sayang masing-masing disebabkan bukan tabiat dalam budaya bangsa di samping perasaan ego dalam diri masing-masing.Masih belum terlambat bagi pasangan suami isteri memulihkan hubungan renggang masing-masing. Mulakanlah dengan sentuhan secara lembut kerana sentuhan inilah dapat menerbitkan rasa cinta kepada pasangan.

Setiap kali menyentuh pasangan, sentuhlah dengan penuh kasih sayang dan juga perasaan ikhlas.
Tidak kiralah usia perkahwinan yang baru atau telah lama, masing-masing perlu menitikberatkan peranan sentuhan dan menjadikan ia budaya dalam keluarga agar dapat melahirkan keluarga yang rukun harmoni dengan pembesaran yang gembira.
Amalkanlah sentuhan untuk menyuburkan hubungan suami isteri.


Sumber dari Wanita Hari Ini 28 & 29hb Mei 2009

p/s: senthan hanya bagi org yg dah kawin ye anak2 yg belum berkahwin jgn la plak praktikan benda nie..harap maklum. 

Followers