Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Steam Bread Pudding with ice-cream

sila menjamu selera yer..

dinner for tonite..boleh ke makan puding roti ajer..huh makan satu potong dah kenyang nie..malam nie tak mo makan nasi orait. kita makan dessert ajer..

tidur nanti sure perut berbunyi kan..sebabnya memang pemakan nasi tegar! haha..

jom nak share resepi jom..

STEAM BREAD PUDDING..atau lebih dikenali dengan nama Puding roti Kukus. sebab apa kukus. sebabnye tak oven nak bakar. tapi bila kukus kan rasanya lebih sedap dr yg dibakar. yang bakar nye lebih kering. tapi yg kukus lebih moist gitu..tak payah makan dengan sos kastad dah..


resepi di bawah , sila la cuba ek. sangat senang. tak payah guna mixer, just by hand saja..


Bahan-bahan:-
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara:-
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sunday, September 11, 2011

Lontong dan Daging Kerisik Berempah

Percubaan pertama membuat lontong. Haa..kata menantu orang johor kan. Mestila tahu buat lontong. hehe. So, kami laki bini menyahut cabaran membuat Lontong.

Siap bangun awal untuk ke pasar besar membeli bahan-bahan membuat lontong. Resepi dah mintak kat mak dah. dah salin dah atas kertas. hehe. balik je rumah terus ke dapur. En abang paling semangat hehe..bagus-bagus. Hasilnya apabila siap dimasak. Memang sedap. sama rasanya macam mak aku buat. LULUS!!..hehe ...resepi kalo nak ade kat bawah:

Gambar kemudian ye kami upload. xsempat nak snap. terus laju je makan. hehe

LONTONG JOHOR

Bahan-bahan utk dikisar:
Lengkuas
Bawang merah dan bwg putih
serai
halia
cili padi sikit
Udang kering

Bahan sayur:
tempe dan kentang dipotong kecil dan digoreng
kubis
carrot
soohoon dan pucuk tauhu (diremdam hingga kembang)
cili merah dan cili hijau (dihiris)
terung
sengkuang

Udang basah (udang kecil)
serbuk kunyit
santan kelapa dan air
garam dan gula

Cara:
1. Tumis bahan kisar hingga garing. MAsukkan udang basah (udang kecil2 tue jugak)
2. masukkan santan dan air. Kacau hingga mendidih
3. masukkan bahan-bahan sayur nye. dan biarkan ia mendidih. masukkan garam gula kunyit.
4. siap dimasak. dihidangkan bersama nasi impit dan sambal ikan bilis or udang or sotong (ikut selera masing-masing)

itu baru resepi pertama; resepi ke-dua adalah Daging Kerisik Berempah yang sesuai dimakan bersama nasi impit. yang nie totally 100% en abang yang memasaknya. hebat. dan memang sedap!

resepinya:

DAGING KERISIK BEREMPAH

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g daging batang pinang, hiris nipis dan lebar2, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar kerisik
1/2 cawan kicap manis
2 camca besar kicap pekat
1 camca besar gula melaka
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
1 biji cili merah, dihiris serong
1 biji cili hijau, dihiris serong
1/2 cawan air
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
3 batang serai*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan kasar*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 inci kunyit hidup*
1 camca teh lada hitam biji*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan daging dengan semua bahan2 di atas kecuali cili hijau, cili merah, bawang besar,
bawang merah/putih hiris dan kerisik. Gaul rata dan perap sekurang2nya 2 jam (nak sedap perap semalaman) dalam peti sejuk.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga perang dan harum, masukkan daging yang diperap tadi, gaul rata dan masak hinggga daging kecut. Masukk air dan kerisik,  kacau rata dan biar mendidih.
3. Masukkan hirisan bawang besar, hirisan cili hijau dan merah, kacau rata dan masak hingga hampir kering.Sesuai kan rasa dan jika ok boleh dialih ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun bawang dan hidangkan...




Sunday, August 21, 2011

Bergedil Kentang bersama Ayam

Al-kisah cerita bergedil kentang ku bersama ayam cincang.

Petang tadi berjalan-jalan ke pasar ramdahan dan terlihat la soto ayam. sangat mengiurkan waktu tue la kan. standard org lapor kan. Lalu kami membelinya. tapi sikit sangat la nasi impit dan ayam nye. kuah punyala banyak. so, balik rumah aje terus masak nasi impit ADABI dan sesi membuat bergedil. Baru sedap bile makan soto kan. Actually, soto tue kami beli untuk bersahur pagi esok. malas nak masak sahur. tue yang beli je. Ingatkan dah tak payah ke dapur tapi kene jugak aku ke dapur membuat bergedil. lauk beli macam tue la kan.


Bahan:

4 biji kentang (dipotong dan digoreng dan kemudian dilecek halus)
sedikit ayam cincang/kisar (digoreng sekejap)
1/2 bj bawang besar (potong dadu kecil)
1 bj cili merah (dihiris halus)
1/2 s/k herba ketumbar (ditumbuk halus)
1/2 s/k herba jintan manis (ditumbuk halus)
lada hitam dan garam secukup rasa

1 bj telur (dipukul dlm bekas kecil)
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali telur.
2. bentukkan bulat2 lebar bahan kentang tersebut dan dicelup ke dalam telur
3. di goreng dengan api yang perlahan sehingga garing kekuningan
4. siap utk dihidang

Saturday, August 20, 2011

Kuih Tepung Bungkus

untuk juadah berbuka puasa. pencuci mulut, aku buat kuih tepung bungkus. ini pertama kali nie nak buat. tak tau la menjadi ke idak. trial and error aje. dan hasilnya ...


tadaaaaaaaa...




Bahan-bahan:
1 cwn tepung gandum + 3 sudu besar tepung beras
2 cawan santan
secubit garam
daun pisang di layang skit ke atas api kecil

utk inti:
1/2 biji kelapa parut
2-3 keping gula melaka
4 sudu tepung pulut
sehelai daun pandan di simpul

Cara-cara:
-Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut (aku xbuat yg nie. malas) Ketepikan dahulu. 

-Bancuh tepung bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. sampai nampak likat. jangan sampai keras tepung tue kalo keras, masukkan sket air dan kacau lagi. 

-Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit.

Opor Sotong

Hari nie En abang nak makan sotong. dah lama tak menjamah sotong katanya. tak kesah la masak ape asalkan sutun. pikir punya pikir maka terasa nak buat "opor sotong". resepi amik dari blog CMG.

resepi nie ringkas dan senang. CMG punya kering tak berkuah. aku punya aku buat lebih sket kuahnya. nanti ade la kuah nya bile nak makan. rasa memang sedap. terbaek!!



BAHAN-BAHANNYA :
1 kg sotong, kerat bulat, cuci bersih dan celur sekejap, toskan
2 camca besar ketumbar serbuk
2 camca besar jintan manis/jintan kasar serbuk
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 camca besar cili kisar
1 inci lengkuas, dititik
1 batang serai, dititik
1 cawan santan
2 helai daun limau purut
2 camca teh kerisik
Garam dan gula secukup rasa (mat guna gula melaka)
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis, kacau rata dan masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut dan kerisik, dan santan hingga masak sekejap dan bila kuah pekat masukkan sotong gaul rata, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh diangkat. Hidangkan panas bersama nasi hangat..

Friday, July 15, 2011

Kubis masak Lemak

nie antara favorite dish aku jugak. kalo dah bosan tak tau nak makan ape. mesti aku masak gulai lemak kubis. tapi kene buat sambal..sambal ape2 pon boleh. ikan ke, ikan bilis ke, udang ke, sotong ker..baru ngam makan ngan gulai lemak nie. nyummy...



Spaghetti Bolognese



Fried Silky Chicken



Thursday, July 14, 2011

Masak Lemak Udang bersama Kentang

Udang oh Udang...dimakan bersama daging goreng..


Bahan:-
Udang saiz sederhana @ besar
2 biji kentang (dipotong dadu besar or wedges)
1/2 cwn santan pekat
3 biji buah keras (ditumbuk lumat)
serbuk kunyit (untuk pewarna)
daun kunyit (dihiris halus)

blender:
6 bj cili padi
1 inchi halia
1 bj bwg merah
3 ulas bwg putih
1 cwn air

cara:
1. masukkan bahan yg telah diblender ke dalam periuk
2. masukkan kentang dan biarkan sehingga kentang kelihatan empuk
3. masukkan santan pekat dan udang
4. kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak
5. masukkan daun kunyit, serbuk kunyit dan garam secukup rasa
6. biarkan ia mendidih sekejap.dan boleh la dihidangkan bersama nasi panas.




Lazy Fried Beef

nak masak simple jer daging hari nie. bak kata orang masak time malas. hehe
tadaaa..



Bahan:-

Daging -dihiris
Rempah: Kunyit, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar
Bawang merah -dipotong bulat
lada benggala -dipotong panjang
minyak -untuk menggoreng
garam dan blackpepper

cara:-
1. perapkan daging bersama rempah dan black pepper selama 15 min
2. gorengkan daging yang telah diperap
3. masukkan bawang dan cili benggala
4. goreng sehingga garing. kemudian masukkan garam secukup rasa.

dah siap!


Friday, July 8, 2011

Super Easy Spaghetti Carbonara



 
 Bahan-Bahan:-
1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego
Sotong / Udang / ayam / atau daging (saya guna Sotong)
bawang putih (cincang)
bawang merah (cincang)
mushroom butang (dihiris)
1/2 cawan susu segar + air
Sedikit daun tyme (dried Tyme pon boleh)
Garam secukup rasa
lada sulah.
    1. macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
    2. tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan sotong tadi. sampai ia masak.
    3. masukkan sos carbonara kacau sebati.
    4. masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
    5. nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
    6. letakkan dried tyme, garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,
    7. untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.
    8. Siap! Jom Makan! 

    Tepung Talam



    Bahan-Bahan:-

    lapisan bawah
    1 cawan tpng gandum
    2 cwan air (santan+air gula merah)
    blend

    lapisan atas
    3/4 cwan santan
    3 sudu besar tpg gandum
    sedikit garam
    blend

    cara2
    panaskan kukusan n loyang sampi mndidih air
    then tuang lapisan bawah
    kukus
    tuang lapisan atas,kukus
    masak....

    ha3 senangkan....

    Wednesday, June 15, 2011

    Cencaru Goreng Sumbat



    Bahan-Bahan:
    • 3 ekor ikan cencaru
    • 1 biji bawang besar
    • 1 ulas bawang putih
    • 1 biji cili merah
    • 3 - 5 biji cili api
    • sedikit kelapa parut
    • serbuk kunyit
    • garam
    • gula
    • minyak
    Cara-Cara:
    • Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
    • Tumbuk bawang besar, bawang putih, kelapa parut, cili merah, cili api hingga lumat.
    • Masukkan gula dan garam dan gaul.
    • Masukkan kedalam ikan cencaru, sapukan serbuk kunyit dan garam ke atas ikan
    • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.


    Nasi Goreng Belacan

    Today's dinner: My hubby's favourite dish..



    Bahan-bahan:-
    Nasi - makan untuk 2 orang
    1 biji bawang besar
    2 ulas bawang putih
    5 biji cili padi
    sedikit ikan bilis
    belacan secukup rasa
    garam secukup rasa

    cara:-
    1. tumbuk halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili padi dan belacan.
    2. tumiskan bahan yang telah ditumbuk itu sehingga naik bau dan garing
    3. masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul sebati
    4. masukkan garam
    5. boleh la dihidangkan..sedapp!


    Wednesday, June 8, 2011

    MeeHoon Singapore With CrabBalls


    Sources:Dapur Comel

    Bahan-bahan:
    1/2 peket bihun- direndam hingga lembut
    1 mangkuk kecil isi ayam - dihiris (xletak ganti dgn daging burger jer)
    1 mangkuk kecil sotong - dipotong bulat (xletak)
    3 keping fish cake - dihiris tebal (xletak)
    1 batang lobak merah- dipotong memanjang halus (xletak)
    1 ikat daun kucai (xletak)
    Segenggam taugeh (xletak)
    4 ulas bawang putih - ditumbuk
    5 ulas bawang merah - ditumbuk
    1 sudu besar serbuk lada sulah
    Sedikit sos tiram/kiub ayam
    garam secukup rasa
    minyak masak untuk menggoreng

    ** dalam peti ais xde sayur tueyg xletak tuh..stok sayur dah abis dah..hehe..xpe hr nie xmkn sayur la kita ek abg..

    Cara-cara:
    1. Panaskan minyak dlm kuali,tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
    2. Masukkan isi ayam,sotong daging burger dan masukkan sedikit air dan kacau sebentar hingga empuk.
    3. Masukkan fish cake,lobak merah,lada sulah,sos tiram/kiub ayam dan garam kacau rata.
    4. Kemudian masukkan bihun dan gaul rata dan tambah air jika perlu.
    5. Akhir sekali masukkan taugeh,daun kucai dan gaul rata....tutup api dan sedia dihidangkan bersama cili kicap jika suka.
    6. Gorengkan crab ball utk side dish bihun kita..siap..yeahh!!

    Tuesday, June 7, 2011

    Udang Goreng Kunyit


    Bahan:-
    Udang
    kunyit
    garam
    Sedikit tepung gandum
    sedikit air sejuk

    Cara:-
    Gaulkan udang dengan garam dan kunyit
    bancuhkan tepung dan air..
    gaulkan bersama udang
    dan goreng

    ranguup..sedap!!

    Ikan Bawal Masak 3 Rasa

    nak citer kejap..aduhh tadi masa menghiris capsicum macam mane ntah boleh terhiris jari. ibu jari pulak tue. waduhh!! menjerit aku kesakitan..darah banyak kuar. jarang aku menghiris jari sendiri..aku nie kalo bab2 darah mmg penakut..wa cakap sama lu..sebbaik xpengsan..panik tue..xtau nak wat ape..nak basuh ke..nak capai kain ke..gelabah kejap..sebbaik kejap je..then keadaan terkawal semula..aku capai je kain bersih tekap jari yg luka..then, manja la kan..aku tepon hubby yg sedang berkursus di taiping hari nie..baru je nak ngadu..air mate menjurai2..sebak..

    haha...itu la moral of the story: malang tidak berbau!

    jom layan..aku masak ikan bawal 3 rasa..


    ikan aku dah berenang2 di lautan tue ha..

    bahan:
    1 ekor ikan bawal (saiz sederhana)
    1 biji bwg besar
    2 ulas bwg putih
    1 inchi halia
    cili padi
    1 bj cili merah (dihiris)
    1 sudu besar cili boh (nak pedas)
    3 s/b sos plum
    3 s/b sos tiram
    3 s/b sos tomato
    3 s/b sos cili
    1 bj tomato (potong dadu)
    sedikit capsicum hijau
    sedikit carrot (potong panjang)
    garam dan gula
    air secukupnya

    cara:
    • gorengkan ikan bawal yg telah dilumurkan (garam, kunyit dan bwg putih-diperap 10 min)
    • angkat dan letak dlm pingan

    untuk menyediakan kuah 3 rasa:-
    • tumiskan bawang merah, bwg putih, halia
    • masukkan cili kisar/cili boh. goreng sampai masak cilinya
    • masukkan carot, capsicum dan air
    • masukkan semua jenis sos yang ade kat atas tue. aku masuk xde sukatan..rasa tue penting.kalo xcukup rasa tambah la lagi ek
    • taburkan garam dan gula.
    • biarkan ia mendidih dan tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
    • siap utk dihidang dengan nasi panas.


    Monday, June 6, 2011

    Wholemeal Spaghetti With MeatBalls


    Bahan:-
    Wholemeal spaghettie (mkn utk 2 org)
    1/2 bj bawang besar
    2 ulas bawang putih
    sedikit Minyak
    1 s/k lada sulah
    1 s/k rosemarry kering
    1 bj tomato (dipotong dadu)
    Capsicum Hijau
    3 bj cili padi
    Susu Segar
    Garam


    bebola daging:-
    2 cawan daging kiar (cap ramly)
    1/2 bj bawang merah
    1 ulas bwg putih
    sedikit tepung
    garam
    lada sulah

    Cara:-


    bebola daging: campurkan semua bahan dan bentukkan bulat2 seperti bola. saiz ikut citarasa sendiri. then, boleh la nak rebus, celur or gorang bebola daging tersebut. saya pilih utk goreng..


    Spaghetti: 
    1. tumiskan bawang merah,putih, cili padi sehingga garing.
    2. masukkan spaghetti dan gaul sebati.
    3. masukkan Capsicum, tomato, rosemary dan lada sulah
    4. taburkan garam dan masukkan fresh milk ke dlm kuali.
    5. masak dalam 5 min. angkat utk dihidang.
    6. boleh tambah cheese kalo suka..


    Friday, June 3, 2011

    Rendang Ayam Opah

    12.12: Malas nak citer banyak2. Hari nie masak rendang ayam ajer..petang karang masak sayur pak choi dengan black fungus..cukup 2 hidangan je.



    Bahan-bahan :- (untuk 2 orang makan)
    • ayam 5 ketul 
    • bawang besar 1 ulas *
    • bawang putih 2 ulas * (optional - tp saya xletak)
    • halia 1 inci *
    • serai 1-2 batang *
    • lengkuas 1 1/2 inci *
    • kunyit 1 inci *
    • cili boh *
    • kerisik 1 sudu besar (optional)
    • santan
    • Kelapa parut sedikit * 
    • daun kunyit (hiris halus)
    Cara-cara:-
    1. bersihkan ayam dahulu.
    2. blender kan semua bahan yang bertanda * .
    3. masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang telah mix tadi ( tak perlu tumis). Biarkan dia mendidih dan boleh masukkan kerisik dan santan, kalau nk tambah air pun blh.
    4. agak2 dah nampak cabai tu masak boleh masukkan daun kunyit hirisan tadi untuk naikkan bau.
    5.  Biarkan ia masak sehingga kering. Setengah orang suka ade kuah..terpulang la ikut selera masing2. Sentiasa kacau takut berkerak di bawah..
    6. Siap untuk di hidang. sedap di makan ngn lemang mahupun nasi putih panas2.Kalo ade lebih boleh simpan dlm peti ais. panaskan balik..huhh lagi bertambah sedap rendang tue..jamin 100%.


    Selamat Mencuba!

    Tuesday, May 31, 2011

    Roti Canai

     resepi kat bawah nie memang bagus..roti sangat sedap dimakan..setanding la kat kedai mamak..haha..
    tapi sowi la gambar kurang bagus..nie maknanya tak pandai nk kebar dan bakar..tue yg jadi mcm kat dlm gambor tue..tapi yg pasti mmg terbaek!!..thanks kepada or yg bg resepi nie..



    Roti canai
    from: myResepi.com 

    Bahan-bahan ( 12-16 biji )
    • 550 gm tepung gandum
    • *250 gm air
    • *1 egg-50gm
    • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
    • *1 tsp garam-6gm
    • *1 tsp butter/margerin-15gm
    • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
    Cara-cara
    1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
    2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
    3. uli hingga jadi doh
    4. rehatkan doh selama 10min
    5. uli lagi selama 5min
    6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
    7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
    8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.  
    roti yg telah diuli dan dibahagi kepada 11 pcs
    *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
    **tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.  
    ***lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

    Followers