Tuesday, January 31, 2012

Steam Bread Pudding with ice-cream

sila menjamu selera yer..

dinner for tonite..boleh ke makan puding roti ajer..huh makan satu potong dah kenyang nie..malam nie tak mo makan nasi orait. kita makan dessert ajer..

tidur nanti sure perut berbunyi kan..sebabnya memang pemakan nasi tegar! haha..

jom nak share resepi jom..

STEAM BREAD PUDDING..atau lebih dikenali dengan nama Puding roti Kukus. sebab apa kukus. sebabnye tak oven nak bakar. tapi bila kukus kan rasanya lebih sedap dr yg dibakar. yang bakar nye lebih kering. tapi yg kukus lebih moist gitu..tak payah makan dengan sos kastad dah..


resepi di bawah , sila la cuba ek. sangat senang. tak payah guna mixer, just by hand saja..


Bahan-bahan:-
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara:-
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

1 comment:

* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)

Followers