Tuesday, June 28, 2011

Tekak

huh..dah lama tak hapdet blog nie. tue penyakit malas dah atang la tue.
sebenarnya, sehari dua nie aku tak berapa sehat. demam, sakit tekak dan selsema. tiga serangkai. tapi hari nie dah rasa ok sket. cuma sakit tekak je yang tak hilang-hilang lagik.

harap2 sakit tekak cepat hilang. tak sanggup aku. nak menelan makanan pon susah.

get well soon to me!

Wednesday, June 22, 2011

Ayam Percik Yatie Bangi

21, Jalan Medan Pusat 2D
Persiaran Bangi
Bandar Baru Bangi, Selangor 43650



hari tue lepak-lepak dengan maziah kat ayam percik yatie bangi. aku pertama kali la dtg ke sini. maziah dah pernah cuba dah makan kat sini. Asalnye kedai ayam percik yatie nie dari kota bahru, kelantan. nie cawangan nye la.. so food dia mmg la xleh nak compare dengan yang original kota bahru kan. but rasa okay sedap..harga pon berpatutan dengan portion makanan yang diberi. 


aku order "nasi kerabu dan ayam percik" RM8-90, maziah pulak order "nasi putih, cencaru bakar, sup kosong dan sambal belacan" harga Rm8-90 xsilap aku..


environment kedai pon okay. cantek. selesa. dan waiter pon melayu..org tempatan..







Durian Balik Pulau, Penang

18 Jun: 
hari terakhir kami di pulau pinang.

pagi-pagi dah siap nak keluar ke balik pulau. nak makan durian ler. kami nie memang hantu durian. tambah-tambah en suami. memang suka makan durian.

kebetulan ade sorang kawan dok kat balik pulau. siap jemput kami ke rumah makan pulut durian. datang je lenggang kangkung dapat makan durian. terbaekk..suka suka =)


dekat pekan balik pulau..sepanjang jalan orang menjual durian ajer..Musang king..Udang Merah?? semua ade kat sana..best..


di rumah iza (kawan) @ Kg Paya

with izza..thanks izza..
pengalaman makan durian yang menyeronokkan..

on da way back kami beli durian>> udang merah. sekila rm30..

Udang Merah Balik Pulau

Tuesday, June 21, 2011

Kapitan's Nasi Kandar International @ Queensbay, Penang

aku rasa memang terbaeeeekkkkk di penang!!

Memang sedap...seriuss..

sori la gambar tak banyak sebab kelam kabut waktu tue kejar masa. ini pun sempat singgah sebelum keluar dari pulau. sebab dah terliur sangat nasi briyani kapitan..

nak citer. ayam dia lain sket. sangat sedap. ayam diperap dengan rempah ratus.warna merah mcm tandoori dan di bakar garing.. memang terliur aku tgk masa menunggu nasi briyani aku dibungkus. fuhh..rugi pulak beli 1 bungkus ajer. kalo tau sedap aku beli sorang satu =)

restoran nie ade 3 cawangan..kat gurney drive, queensbay dan satu lagi kat bukit mertajam..adui bila la lagi nak ke sana..



Monday, June 20, 2011

Nasi briyani Hameediyah Penang

Alamat:
164-A, Campbell Street
Pulau Pinang, 10100
04-2611095
Open Mon-Thu,Sat-Sun 10am-10pm, Closed on Friday
Rupa-rupanya ada 2 kedai. 
1 kedai lama dan 1 kedai baru. masa aku datang tue hari jumaat. kedai lama tutp. but kedai yg baru bukak..cantek betul kedai. selesa. =)
so, aku tapau je sebab nak makan kat rumah. jalan kat situ susah nak parking. kecil je jalan nya. so, en suami masa tue tunggu kat dlm kete je..
aku tapau Nasi beriyani Ayam. ingatkan nak beli murtabak sama. sebab ramai org cakap murtabak dia sangat power! malangnye murtabak xbuat lgi..belah petang baru ade..keciwa..sedih tak dpt rasa murtabak dia.






kari ayam dia meamng lain dari yang pernah aku rasa. sedap jugak la. ayam besar. kuah punye la banyak.
okaylah..ade kelainan dari nasi beriyani yang biasa.

wallah...

Saturday, June 18, 2011

Penang Trip 2011

Date: 16-18 Jun 2011
Tempat tidur: The reef, Batu Feringgi

nie kali ke-2 aku dan hubby bercuti ke penang. kebetulan dapat pulak apartment TNB yang hubby booking bulan 3 lepas..xsangka pon. Apartment sangat cantek, besar dan selesa..permandangan mmg cantek. mane idak nye tingkat 15 tuh..second floor from the top. tinggi. gayat mak oii..


Bukit Bendera

lokasi pertama adalah bukit bendera. dah baru. cable car bukan yang lama mcm dulu..Tambang naik cable car RM8 untuk dewasa dan kanak-kanak RM4. Student RM4..nasib baik aku bawak student card so dapatla tambang murah..4 ringgit saja..cantek..jimat dah..




macam-macam ade kat atas..best jugak =)


dah start berkabus..10 a.m






Lepas pergi bukit bender, kami ke Rumah P.Ramlee..saja nak melawat. tak pernah pergi lagi rumah tue. Dalam rumah P.ramlee ade banyak info sejarah pasal p.ramlee. sangat menarik..
sebagai ole-ole aku beli gambar P.ramlee dan saloma =)
Rumah P.Ramlee
done. 1/2 day trip..

nak cari makan pulak. jom..jom..




Thursday, June 16, 2011

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2011

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2011 / 1432 - 1433 H BAGI MALAYSIA
HARI PERAYAAN / KEBESARAN ISLAM

12 Rabiulawal 1432 / 15 Feb 2011 Maulidur Rasul
27 Rejab 1432 / 29 Jun 2011 Israk dan Mikraj
*1 Ramadhan 1432 / 1 Ogos 2011 Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1432 / 17 Ogos 2011 Nuzul Al-Quran
*1 Syawal 1432 / 30 Ogos 2011 Hari Raya Puasa/Idul Fitri
*1 Zulhijjah 1432 / 28 Oktober 2011 Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 1432 / 6 November 2011 Hari Raya Korban/Idul Adha
1 Muharam 1433 / 27 November 2011 Awal Muharam/Maal Hijrah

* * Tertakluk kepada perubahan

Sumber :
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

p/s: dah abis ganti puasa ker kawan2??


Wednesday, June 15, 2011

Cencaru Goreng Sumbat



Bahan-Bahan:
  • 3 ekor ikan cencaru
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 3 - 5 biji cili api
  • sedikit kelapa parut
  • serbuk kunyit
  • garam
  • gula
  • minyak
Cara-Cara:
  • Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
  • Tumbuk bawang besar, bawang putih, kelapa parut, cili merah, cili api hingga lumat.
  • Masukkan gula dan garam dan gaul.
  • Masukkan kedalam ikan cencaru, sapukan serbuk kunyit dan garam ke atas ikan
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.


Nasi Goreng Belacan

Today's dinner: My hubby's favourite dish..



Bahan-bahan:-
Nasi - makan untuk 2 orang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
sedikit ikan bilis
belacan secukup rasa
garam secukup rasa

cara:-
1. tumbuk halus bawang besar, bawang putih, ikan bilis, cili padi dan belacan.
2. tumiskan bahan yang telah ditumbuk itu sehingga naik bau dan garing
3. masukkan nasi ke dalam kuali dan gaul sebati
4. masukkan garam
5. boleh la dihidangkan..sedapp!


Tuesday, June 14, 2011

Aku kah Cikgu?

sabar. kunci segala masalah.
tak perlu byk ramuan. hanya sabar. usaha. tawakal.
3 in 1.

::anak murid dan bapa::
aku sekarang mangajar seorang budak PMR yang sangat lemah dalam pelajaran. kesian aku lihat budak nie. dan juga. kesian pada ibu bapa dia. tapi nasib dia baik sebab ada ibu bapa yang masih terus usaha untuk memastikan anak mereka berjaya dlm pelajaran. beruntung dia.

aku kadang-kadang terpikir. apalah perasaan parents kita kalo kita tak bagus dlm pelajaran. susah hati. takut. tapi kita sebagai anak kadang-kadang leka dan malas nak belajar. kenapa aku boleh rasa ape yg bapa dia rasa? mungkin ALLAH nak tunjuk pada aku bagaimana susah nya menjadi seorang ibu. dan seorang bapa. dalam mendidik anak-anak. menjadikan anak kita anak yang berjaya. sangat besar tanggungjawab mereka.

insaf seketika. kalo la aku di tempat mereka..ape yg aku rasa dan aku patut buat?? anda bagaimana??

:: Cikgu ::
dalam seumur hidup aku, aku tak pernah lagi mengajar budak2. menjadi cikgu. susah juga menjadi cikgu rupe nya. perlukan kesabaran yang sangat tinggi. dan semangat yg kuat. demi untuk mendidik anak murid kita. walopun hanya bergelar guru tuisyen aje tapi tugas nya amat berat untuk dipikul oleh aku. kekadang rasa tak sabar. rasa nak marah. kenapa la susah sangat nak ajar. tak masuk2..itu yang membuat kita belajar cara bersabar dan berusaha untuk sesuatu..harap kerja aku dipermudahkan oleh ALLAH..


Saturday, June 11, 2011

Masak + Suami = CHEF HUSBAND

Di pagi sabtu yang indah..aku dikejutkan dengan bunyi orang menumbuk lesung batu di bawah. Baru teringat, en hubby turun ke bawah masak nasi untuk dibuat nasi goreng. tak sangka pulak dia nak mask breakfast untuk aku..wah sungguh terharu..mandi dan bergegas ke bawah. tengok cik abang tengah menumbuk rencah utk nasi goreng. cili, bawang, belacan, ikan bilis..wah harum..menyelerakan. aku hanya menyaksikan ajer. bukan selalu cik abang nak turun padang kan..
Gambar hiasan - kredit: here

sesi menumis. harum nyer..satu umah harum. aku tolong gaulkan nasi ajer..happy. rasa nye sungguh sedap.. betul tak tipu..ade bakat gak abang aku memasak..goreng nugget ikan dan kentang untuk side dish..nyummmy...sedap!!..

thanks en hubby sebab masakkan breakast untuk saya..esok buat lg ek ns goreng..lebihkan belacan tj dawai..nyum2..terliur pulak aku sambil menaip nie..

sori ek, foto ngak ada yer ibu2..xsempat nak lari amik kamera. lapor sangat..gege..


Friday, June 10, 2011

Trend Buka Tutup Hijab

Buat apa sebenarnya memakai jilbab? Apa yang menjadi dasar ketika mereka memutuskan untuk menggunakannya?

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS 33:59)

Ayat diataskah yang mendasari keputusan itu? Atau hanya sekadar trend mode saat ini? Kerana mulai banyak para perempuan yang menggunakannya saat ini, walaupun cara menggunakannya masih belum benar–benar sesuai syariat. Yah… masih lumayanlah dibandingkan dengan yang sama sekali belum menggunakannya.

Tapi kalau buka tutup bagaimana pula ya?

Ini masalahnya. Jilbab sebenarnya bukan trend pakaian masa kini yang bisa ditiru saat sedang trend, lalu dilepaskan lagi saat trend itu habis. Jilbab adalah kewajipan bagi seorang Muslimah yang sudah baligh. Sama wajipnya dengan keharusannya menegakkan sholat. Tidak bisa digunakan sesuka hati kerana ALLAH sudah menetapkan aturannya dengan jelas.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS 24:31)

Tadi sudah dibahas bahawa sebenarnya jilbab itu adalah kewajipan yang harus ditunaikan oleh keseluruh kaum muslimah. Bukan pilihan kerana merasa sudah siap, atau alasan lainnya. Kerana saat ini ramai yang belum menggunakannya kerana merasa lebih baik membenahi diri dulu baru berjilbab. Masalahnya adalah waktu yang kita tidak tahu sampai bila akan bisa kita jalani. Sementara membenahi diri adalah kewajiban yang harus kita lakukan setiap saat tanpa ada akhirnya? Apakah ada seseorang yang merasa dirinya sudah soleh, sudah baik, dan sudah sempurna?

Lalu bila kita akan menyempurnakan keimanan kita bila terus menerus menggunakan dalih seperti diatas? Kerana sampai bila kita hidup pun kita tidak akan pernah tahu. Sementara selama kita hidup, kewajipan kita adalah terus memperbaiki diri, kerana pada dasarnya manusia tidaklah sempurna. Lalu mereka yang berdalih memperbaiki diri dulu baru berjilbab atau menunggu datangnya hidayah (padahal hidayah itu harus dijemput dengan keimanan kita, bukan ditunggu!) bagaimana? Sempatkah menyempurnakan perintah-NYA?

Jilbab adalah saksiyyah (jati diri) wanita Islam, mahkota yang harus dijunjung tinggi. Jika seorang wanita telah memutuskan untuk berjilbab, maka ia harus siap dengan segala rintangannya atau ujian dari ALLAH. Siap menjaga sikap dan perilakunya. Ini kerana, jika seseorang wanita berjilbab melakukan hal-hal yang tidak semestinya, maka yang dituding bukan hanya diri wanita itu, tetapi jilbab dan Islam. Contohnya, jika seorang wanita berjilbab merokok di tempat umum, maka masyarakat akan berkata “Tu kan, dah berjilbab tapi merokok?” Jilbab dan Islam mendapat kesan negatif. Terlepas dari segala pembahasan tentang hak asasi seseorang untuk bebas melakukan apapun sepanjang tidak mengganggu kepentingan orang lain, wanita yang telah memutuskan untuk berjilbab hendaknya menjaga adab perilaku. Kerana ia merupakan jati diri, sudah selayaknya kita menjaga jati diri, martabat sebagai seorang muslimah tersebut dengan sebaik–baiknya. Tidak memperlakukannya sesuka hati dan melakukan peraturan sendiri. Ada yang berjilbab awalnya kerana merasa mendapat hidayah, namun dalam perjalanan hidupnya ketika merasa kecewa dengan apa yang dialaminya, lalu jilbab pun dilepaskan. Sayangnya ketika melepasi jilbab yang ada adalah sikap dan perilaku jahiliyah… Astaghfirullah halazhim.

Wahai para Muslimah, kita yang dimuliakan ALLAH, bahagialah dengan kemuliaan itu, sudah selayaknya kita menjaganya dengan segala daya dan upaya. Hanya itu cara kita mengabdikan diri kepada-NYA, mematuhi perintah-NYA dan Rasul-NYA. Bekali diri dengan ilmu dan fahaman yang cukup tentang perintah ALLAH yang satu ini. Luruskan niat untuk berjihad melawan hawa nafsu. Sekali memutuskan berhejab, yakinlah bahawa kita sudah melakukan sesuatu yang benar dan mohon pada-NYA agar tetap menjaga hati ini tetap beristiqhamah dalam ketaatan pada-NYA. Ketika kita sudah memutuskan untuk berhejab, sama artinya kita membeli ‘one way ticket’ don’t look back and cause there’s no way back. Jangan pernah berjalan mundur dan kembali kepada kejahiliahan diri kita. Tidak ada alasan apapun untuk menanggalkannya, kerana ALLAH adalah segalanya. Tidak juga kerana masalah rezeki yang sering membuat orang menanggalkan jilbab demi professionalisme dan tuntutan pekerjaan. Yakinlah ALLAH sang penjamin rezeki, apabila DIA yang memerintahkan kita menutup aurat, DIA juga yang akan menjamin rezeki untuk kita. Jangan pernah meragukan-NYA. Sedikit atau banyaknya rezeki adalah urusan-NYA. Namun yakinlah apabila kita patuhi-NYA, ALLAH tidak pernah menyia–nyiakan kepatuhan hamba-hamba-NYA. ALLAH Maha Mengetahui niat yang terkandung dalam hati para hamba–hamba-NYA.

Jangan pernah mempermainkan aturan–aturan-NYA. Kita hanya diperintahkan patuh dan taat, bukan mengganti ketentuan-NYA sesuai dengan yang kita mahukan. “Syurga di kelilingi oleh sesuatu yang luar biasa sulit, sementara sebaliknya, neraka justeru di kelilingi segala kemudahan.” Mahu kemana kita nanti, kembali kepada kita masing–masing dalam mentaati perintah-NYA.

Sumber:http://www.islamituindah.my/trend-buka-tutup-jilbab

Komen: aku nie masih lagi tak sempurna aurat nye..keluar pon kdg2 pakai bj lengan pendek..bukn tak tau lengan tue kan aurat..YA ALLAH, engkau kuatkan iman dan jauhkan aku dari godaan syaitan laknattullah..amin..

Thursday, June 9, 2011

TTC: Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

::Diambil dr Ustazah Siti Nor Bahiyah::


Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Googled dari pakarhowto.com





Ada jugak yang aku google, keluar info nie:


kene tanam tauge pulak ke lepas nie?#$


Khasiat Surah Al-Waqiah

Khasiat Surah Al-Waqiah

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.

* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.

* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.

* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.

* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.

* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya. Tapi kene la didahulu dengan usaha jugak..mane ade benda dtg bergolek kan..

JodoH itu Rahsia AllaH

Ayat-Ayat Cinta

[Dipetik dan diolah dari sebuah artikel]
Walaupun kaedah lakonan filem ini tidak aku persetujui, namun saya tidak nafikan, dialog-dialognya memberikan kesan. Hasil adaptasi dari buku yang cukup bagus aku kira. Hayati bait-bait dialog di dalam filem ini. Moga bertemu konsep jodoh, menambah kefahaman tentang CINTA.

Jodoh itu rahsia Allah.

Perkahwinan itu satu permulaan untuk babak-babak seterusnya dalam kehidupan.

CINTA itu perjuangan. Perlu diusahakan, ada rintangan

Bertemu jodoh, jodoh itu bukan milik kita. Jodoh itu milik Allah. Maka letakkan ianya di dalam kawalan. Bukan mengikut hati dan perasaan.

Selamat berkelana dalam penantian yang membuahkan pencarian diri bagi mengejar jodoh hakiki.

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.” Surah ke 36. Ayat ke 36.

Aku juga ade terjumpa doa-doa dari MyJodoh berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.






Klik sini utk info lebih: http://webblog.myjodoh.net,
http://www.myjodoh.net/

Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Harap dapat beri sedikit panduan kepada orang orang yang memerlukan nye..


WordleSS ThursDay




Followers