aku tengok rancangan "Tanyalah Ustaz Di TV9" memang bagus. Macam-macam aku dapat dari rancangan itu. dari bab hal ehwal solat hinggalah kepada soal kekeluargaan. Banyak yg boleh dipelajari. banyak jugak benda yang tak tau. sekarang dah tau.
Topik: NUSYUZ
Penceramah: Ustaz Harun Din Al-Hafiz
Kalo sebut pasal nusyuz. tentulah merujuk kepada si isteri kan..takut plak aku dengar. aku nie kategori nusyuz ke, dalam tak sedar. jom aku share ngan korang. 2 perkara yang isteri WAJIB buat untuk elakkan nusyuz. yang mana kalo tak buat dia dipanggil nusyuz dalam islam.
1. Hormat kepada Suami.- bila aku pikir..aku hormat. tapi hormat cam mane yg dimaksudkan. Ustaz harun Din cakap, kene hormat dari segi perbuatan, perkataan dan nada suara.
Contoh 1: si suami minta tolong amikkan pen atas meja tue, si isteri pergi amik dan campak je pen tue pada suami. Itu NUSYUZ. - aku selalu jugak terbuat mcm ni..teruk nyer aku nie..huhh..
Contoh 2: jangan tinggikan nada suara bila bercakap dengan suami. Jangan sekali2 menengkin suami. - aku buat juga kadang2, dok membebel ajer kejer aku..masyaALLAH..teruk nye aku..
Contoh3: Jangan sesekali menggunakan perkataan yang kurang sopan atau menyakitkan hati suami. Ada orang panggil suami dia doreamon la (gemuk) atau Popeye la (bagi yg kurus)..Panggilan ENGKAU laa.. -yang nie tak pernah aku buat aku rasa..
2. Taat Kepada Suami - taat suruhan nya. Bak kata ustaz, ada hadith menyebut bahawasanya si isteri jika ingin masuk ke syurga haruslah taat kepada ALLAH, taat kepada RASUL dan taat kepada SUAMI..Suami adalah tuan/boss kita. Kalo dah nama boss, ape yang disuruhnya (yakni yg baik2 la ek) kene ditunaikan.Contohnye macam kalo dia suruh, solat, tutup aurat, dia ajak ke dlam bilik.. jangan ingkar. Jikalau ingkar kita si isteri dipanggil NUSYUZ...
~Mentang-mentang si suami jenis senyap je tak marah pun bile kita buat macam tu. Si isteri terus je ber"Nuysuz" dalam tak sedar. Nauzubillah..tapi ada juga yang isteri punyalah baik, tapi si suami pulak yang buat hal..mengambil kesempatan dari kebaikan si isteri dengan menyakiti hati isteri mereka.~
Aku ngaku benda2 yang aku tulis kat atas tue memang ade yang aku buat (pengakuan telus)..tak malu ke ngaku? ape nak malu..kita belajar dari kesilapan. Kita patut mengaku kesilapan kita dulu baru boleh berubah. tak salah kan?
aku rasa pasangan muda2 macam aku nie banyak benda yang kita kurang tahu or tak amik tahu. terutamanya dalam hal rumah tangga. bukan aper..sbb tue la kes2 penceraian banyak berlaku di kalangan org muda zaman kin. dah macam trend. nie salah satu sebab kenapa ia berlaku..cuma kita yg tak sedar. benda yang kita rasa biasa nie lah yang boleh mendatangkan keretakan pada rumah tangga kita. Kita selalu mengambil enteng benda2 macam nie. Aku rasa kita selalu menganbil contoh teladan dari Tv..dari budaya orang barat terutamanya. bukan dari sudut perspektif agama kita. Tak salah nak ikut cara org sana. yang mane baik boleh diikut. tapi kene tau batas2 nya kan.
Baru 2 tahun kawin ape sangat la dugaan yang ALLAH uji..berbanding kalo dah berpuluh2 tahun berkahwin kan. macam mane nak kekal? apa cara? Kalo tak dari sekrang kita usaha mencari dan memperbetulkan yang mane tak betul. tak gitu? aku pon sekarang dalam proses pembelajaran. Bukan senang dalam membina satu keluarga yang SAKINAH, MAWARDAH dan WARAHMAH.. Setiap hari kita kena muhasabah diri dan mencari ilmu untuk melengkapkan diri untuk bekalan di akhirat kelak..
Nasihat aku untuk kawan2 yang baca belog aku, cubalah cari ilmu bagaimana untuk membina keluarga bahagia, menjadi isteri yang solehah, menjadi suami yang soleh, menjadi ibu bapa yang baik untuk anak-anak. Ilmu takkan datang bergolek. Rajin baca buku2 atau mencari ilmu melalui ceramah2..aku tengok kat kedai buku ade banyak buku yang dijual berkaitan dengan kekeluargaan dll..itu yang aku buat. boleh try beli satu dan baca..Kita golongan muda nie banyak yang perlu kita belajar. Jangan putus asa..
Kepada sang suami, Jika ada tanda2 nie di rumah dan berlaku kepada isteri anda. seharusnya anda bertindak segera dengan menasihati nya. Jangan dok senyap ajer. Isteri adalah amanh ALLAH kepada suami. Ingat! masa akad nikah dulu..si suami menyebut."aku terima nikahnya...."bukan nikah aje korang terima..yang pasti amanah menjaga isteri itu yang korang pikul..jangan biarkan isteri terus lalai dan menjadi nusyuz tanpa dia sedari. nasihat dengan cara baik.
aku rasa kalau kita paham tanggungjawab isteri dan suami masing-masing. Sesungguhnya panji kebahagiaan akan berkibar. Kita berkahwin untuk mencari kebahagian bukan kesengsaraan.
Action yang diambil:-
Aku harap aku nak berubah.
- nak cuba cakap slow2 ngan suami, yelah yang mane kenal aku..korang sure tau kan aku mcmmane..jenis bising2..kalo sembang cakap punyalah..sebatu org boleh dengar.
- nak jadi isteri yang solehah dan mencapai keluarga bahagia hingga ke akhir hayat.
jom sama-sama menjadi keluarga yang {sakinah, mawardah dan warahmah}
No comments:
Post a Comment
* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)