Labels

Resepi (75) Memories (40) My Stuff (38) Sembang-Sembang (38) Baby (36) Love (34) Rawatan Kesuburan (32) makan-makan (32) Vacation (17) Wedding (11) Cake (10) Dessert (9) My PEt (9) Kueh (7) Sayur (7) Roti (6) Ayam (5) Daging (5) Ikan (5) Pasta (5) Biskut (4) Dapur (4) Giveaway H.O.K (4) Pastry (4) Potato (4) BBT (3) BantaL Busuk (3) JusT Sew iT (3) Mesin Jahit (3) Nasi (3) Sambal (3) Sotong (3) Tak mo gemox (3) Tutorial (3) WordleSS (3) perangai preggy (3) Diet (2) Layazz (2) Minum Petang (2) Nasi Ayam (2) Udang (2) Ulam (2) nasi kandar (2) tilam dan bantal (2) Acar (1) Cendawan (1) Doa Dhuha (1) Giveaway Contest (1) HSG (1) Jem (1) Kerepek (1) Lontong (1) Luahan rasa (1) Masakan Arab (1) Meehoon (1) Movie (1) Petai (1) Telur (1) Tempe (1) WTS PillOW (1) Western (1) minuman (1) semangat (1) ww (1) zikir (1)
Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Steam Bread Pudding with ice-cream

sila menjamu selera yer..

dinner for tonite..boleh ke makan puding roti ajer..huh makan satu potong dah kenyang nie..malam nie tak mo makan nasi orait. kita makan dessert ajer..

tidur nanti sure perut berbunyi kan..sebabnya memang pemakan nasi tegar! haha..

jom nak share resepi jom..

STEAM BREAD PUDDING..atau lebih dikenali dengan nama Puding roti Kukus. sebab apa kukus. sebabnye tak oven nak bakar. tapi bila kukus kan rasanya lebih sedap dr yg dibakar. yang bakar nye lebih kering. tapi yg kukus lebih moist gitu..tak payah makan dengan sos kastad dah..


resepi di bawah , sila la cuba ek. sangat senang. tak payah guna mixer, just by hand saja..


Bahan-bahan:-
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara:-
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Sunday, March 6, 2011

Brownies Simple

hari tue aku ade buatkan brownies untuk cik abang ku..dia suka sangat brownies..
sehari dua hari tue nampak mandom je bile balik dari kerja..so bagi menghiburkan hati nya..aku buatkan brownies

balik je dari kerja..terus tersenyum lebarrrrrr..
senang je cara nak amik hati dia..hehe

resepi asal: http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula (boleh campur gula perang + gula putih)
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min
[aku terletak lebih sket serbuk koko]

 Rasa memang sedap..kejap je dah licin..

Saturday, January 8, 2011

#28 Mango Jelly-O

Agar-agar paling senang nak buat
aku just guna serbuk agar-agar Konyaku. beli kat kedai jer
but kene tambah ngan buah2 segar la baru best..

Wednesday, December 22, 2010

#21 Tau Fu Fa Lycee

Resepi ceduk dari Hana..

Easy and measy...i love tau fu fa..but yang nie easy way nyer..resepi org malas nak buat tau fu fa..

Bahan:
1 ketul tauhu  lembut
1 tin lycee syrup

Cara:
  1. kukus tauhu lembut dalam 10-15 min
  2. sejukkan lycee dan tauhu yg telah dikukus dalam freezer
  3. dihidang sejuk..nyumm sedapp..

Tuesday, December 21, 2010

#20 Kek Batek

permintaan en hubby,
teringin pulak nak makan kek batek..

Bahan:
1 paket biskut marie (dipatah 2)
1/2 tin susu pekat manis (ikut rasa masing-masing)
180 gm butter
100 gm choccolate cooking bar
1/2 cwn milo
1/3 cwn fresh milk (kalo xde air panas pon ok)

Cara:
  1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali biskut.
  2. masak dlm 10 min
  3. masukkan biskut dan gaul sebati
  4. masukkan ke dlm loyang yg disapu butter
  5. sejukkan 1-2 jam sebelum dipotong

Wednesday, October 6, 2010

#17 AppLe CruMble

tetiba teringin nak buat apple crumble..
jom share resepi..

RESEPI:

bahan A:
4 biji epal (dipotong dadu)
3 biji pisang (dipotong dadu)
2 sudu gula perang
1 cawan susu segar
1 sudu kecil cinnamon powder

bahan B: (crumble)
100 gm butter sejuk (dipotong dadu)
2 cwn tepung gamdum
4 sudu gula perang
nestum/badam/walnut - ikut suka hati korang nak letak byk ke skit.

cara:
1. bahan A dimasak dengan api perlahan sehingga epal jadi lembut
2. biarkan ia sejuk.
3. bahan B: campurkan butter sejuk + tepung. ramas dengan tgn hingga jadi serbuk roti. then, bile dah jadi macam serbuk roti. campukan gula dan nestum. gaul je ngan sudu..
4. masukkan bahan A yg telah disejukkan ke dlm bekas cupcake/muffin. then letakkan bahan B yg telah siap (crumble) di atas epal tue.. jgn tekan tepung tue..
5. bakar dlm oven dlm 20 min..
6. siap..makan panas2 sedap..letakkan skit aiskrim vanila di atas epal crumble tue..sedappp!!

selamat mencuba.
p/s: xsempat nk snap gambor..laku mcm pisang goreng panas.

Monday, June 28, 2010

#6 PudiNg KaRAMeL

Tetiba terasa nak makan puding karamel pulak. teringat mak cakap abah suka makan puding karamel. so, aku try buat. last aku buat masa form bape ntah. nnt bulan ramadhan takyah beli dah. mahal tul kalo org jual. tak berbaloi rasanya..


Sunday, June 27, 2010

#5 BrEaD PudDinG & CheEZY SoSEj

Puding roti Ala Dante
nie en Suami yg buat *sedapp

Bahan2: RoTi, SuSu Fresh, GuLa, Cinnamon, Dark Choc, ButtEr.
dan dibakar di dalam oven



Roti Sosej ber Cheesee 
Nie Pulak Aku yg buat. 
Sedap dimakan waktu sarapan ataupun waktu petang. Budak2 sure suka nye.

Bahan: Roti, Sosej, Bread crumb, Cheese
Digoreng ranggup


try laa di rumah. senang aje nak buat!!!

Monday, June 7, 2010

#4 Bloomin' Brilliant Brownies

Brownies nie En Suami yang buat..sedapp..hehehe..so if nak try..leh la amik resepi kat bawah tue ek..pandai2 laa otter..ape yg nak kurang..or nak lebihkan..selamat mencuba..nyummyy...

ingredients

• 250g unsalted butter
• 200g dark Fairtrade chocolate (70% cocoa solids), broken up
• optional: 75g dried sour cherries
• optional: 50g chopped nuts
• 80g cocoa powder, sifted
• 65g plain flour, sifted
• 1 teaspoon baking powder
• 360g caster sugar
• 4 large free-range or organic eggs
• optional: zest of 1 orange
• optional: 250ml crème fraîche 

Followers