Labels

Resepi (75) Memories (40) My Stuff (38) Sembang-Sembang (38) Baby (36) Love (34) Rawatan Kesuburan (32) makan-makan (32) Vacation (17) Wedding (11) Cake (10) Dessert (9) My PEt (9) Kueh (7) Sayur (7) Roti (6) Ayam (5) Daging (5) Ikan (5) Pasta (5) Biskut (4) Dapur (4) Giveaway H.O.K (4) Pastry (4) Potato (4) BBT (3) BantaL Busuk (3) JusT Sew iT (3) Mesin Jahit (3) Nasi (3) Sambal (3) Sotong (3) Tak mo gemox (3) Tutorial (3) WordleSS (3) perangai preggy (3) Diet (2) Layazz (2) Minum Petang (2) Nasi Ayam (2) Udang (2) Ulam (2) nasi kandar (2) tilam dan bantal (2) Acar (1) Cendawan (1) Doa Dhuha (1) Giveaway Contest (1) HSG (1) Jem (1) Kerepek (1) Lontong (1) Luahan rasa (1) Masakan Arab (1) Meehoon (1) Movie (1) Petai (1) Telur (1) Tempe (1) WTS PillOW (1) Western (1) minuman (1) semangat (1) ww (1) zikir (1)
Showing posts with label Memories. Show all posts
Showing posts with label Memories. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

aku terlalu menyayangi mu

siapa?

dah tentu la "suami" yang tercinta..

Thank you ALLAH sebab ketemukan aku dengan dia.

mungkin tiada siapa yang dapat menggantikan dia..dia sangat baik.

dia seorang suami yang baik. bila aku sakit dia menjagaku..bila aku gembira dia ketawa bersama ku. bila aku sedih dia sentiasa berada di sisi ku. bila aku salah dia membimbingku..baik buruk aku dia terima seadanya.

sejak dari hari pertama perkenalan kita..aku tahu dia la orang nye!! walaupon masa itu terlalu awal untuk mentafsirkan cinta..namun hati ini selalu berkata "he is the one"...

terima kasih awak. sayang sangat pada awk. awak memang yang terbaik!! dan saya sangat bersyukur menjadi permaisuri dan ibu kepada anak awak. semoga cinta kita berakhir di syurga..amin..

Friday, October 21, 2011

Seronok diManja

alahai aku dah jadi budak manja dah sekarang nie. nak buat itu tak boleh..ini tak boleh..dijaga rapi..tak biasa dibuatnya. tapi aku tetap paham..mereka sayangkan aku.

bersyukur kerana masih dikurniakan orang-orang yg sangat mengambil berat tentang diri aku.

terima kasih ALLAH..


Thursday, October 6, 2011

|Bada = Aku|

Hari nie rasa nak share satu cerita tentang salah seorang kawan baik aku.

Nama : Nurbadariah @ lebih dikenali sebagai Bada yang garang hehe..xde la..Bada aje..
Asal: Tapah..orang perakk yop..

Sejarah perkenalan:
  •  Bermula dari Tingkatan1-3 semasa kami sama-sama menuntut di MRSM Gerik,Perak. Tapi masa tue tak brape nak rapat kot. biasa-biasa aje. dia pon kelas lain. xsama ngan aku. tapi masih tau kewujudan cik bada tue la. cuma xbrape rapat je.
  • Ting 4-5 ..cik bada pindah ke MRSM Terendak, Melaka dan aku ke MRSM Beseri,Perlis. Jauh terpisah tanpa sebarang khabar. tapi aku still tau dia ke terendak. ada org bg tau kot. sbb hanya dia dan hadi je yg ke sana..
  • Matrik..dia aku rasa ke Matrik Penang. dan aku ke Kolej MARA BAnting, Selangor..setahun di matrik..masih buat hal masing-masing
  • Universiti..tup..tup..jumpa kat Universiti di Bangi..U*****..masa nie la baru ketemu kembali dengan cik Bada. dan bermula dari sini la aku rapat dengan cik Bada. selalu lepak umah dia..share everythings with her..gossip2..biasalah pompuan kan..byk la memori bersama..aku, cik bada dan ann..mmg close friend. 

Ciri-Ciri Cik Bada:
  1. dia nie jenis manja. sangat manja. walopun anak sulong tapi perangai mengalahkan adik2..hehe..
  2. tegas. dalam manja manja tue ada tegas nye. kalo nak tau dia nie pensyarah..bayangkan dengan suara halus dia tue terjerit2 kat student..takut ke student? hehehe..
  3. periang. memang mempunyai aura yang periang. kalo ade ngan dia sure rasa macam best je. 
  4. pembersih. dia nie rajin org nye. kategori pembersih la..boleh jadi isteri yg berjaya..sure suami sayang..
  5. pemberi semangat. sangat supportive org nye..sentiasa optimis dalam ape jua keadaan. kalo ape dia nak..sure dia akan dapatkan.
  6. kuat makan. nie paling aku suka..geng makan jugak!!..tapi badan dia xnaik pon kalo mkn banyak..maintain slim ajer..
  7. Always be there. kalo ade masalah sure dia akan bantu..baru nama kawan kan =)
  8. suka shopping..ehehe..bergaya orgnye..comel.. 
  9. banyak lagi kalo nak senarai.. 
baik buruk dia aku tetap terima..sebab itu lah makna kawan sebenar..susah senang tetap bersama!!




Tuesday, October 4, 2011

2041 baru pergi??

Salam,


pernah dengar seruan nie tak?

"labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni'matalak
walmulkala syarikalak
"

sure semua org pernah dengar kan..




alhamdulillah sebab baru je mendaftar sebagai jemaah haji di Tabung haji pagi tadi. Seronok rasanya. tapi lambat lagi la nk pergi ke Tanah Suci. Kalo ikutkan sistem..tahun 2041 baru sampai turn. bila aku kira..aduhai 30 tahun lagi..so kalo tambah dengan umur tahun nie..umur 57tahun baru dpt pergi ke?? lamanyer!!

tapi takpe..orang TH tu cakap kalo duit dah cukup boleh je buat rayuan ke Mekah. InsyALLAH dapat =) lega hati dengor. hehe..haji lambat lagi. kita pergi UMRAH dulu la..at least dpt gak melihat kaabah (kiblat kita)..masyALLAH..rasa syukur nyerr kalo dapat ke sana. harap-harap ALLAH mempermudahkan urusan kami ke tanah suci satu hari nanti..

~amin~

p/s: tadi baca paper BH..Mawi dan Ekin akan menimang cahaya mata..akhirnya ekin pregnant lagi selepas keguguran 2x..mungkin berkat doa mereka di depan kaabah baru-baru ni..~sumber dari surat khabar BH.

Sunday, September 18, 2011

Hakim Pertandingan Mewarna

Hari ni ade jamuan Hari Raya dan sambutan Jubli Emas Surau kat rumah. Macam-macam aktiviti ade..meriah..memandangkan abah adalah org kuat di sebalik event nie. So, aku dilantik sebagai Juri/hakim bagi Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Taska. Tak pernah aku jadi hakim nie. Best jugak. Masa tue aku dengan my SIL, Tia kene jadi hakim. Bangga kejap.

Mula-mula nak start tue kecoh jugak budak-budak taska tue. adoii..pening kepala aku tgk..dah la ramai dalam 50 org. sebbaik cikgu-cikgu diorang yg handle. takkan aku plak kan. dah nama Hakim..huhu..riak nye..tak baik..tak baik..aku tolong jugak. nak cepatkan aktiviti tue start.

seronok tengok telatah budak2 tue. ade yang nangis. ade yg mewarna tiru kawan sebelah. kawan warna hijau. dia pon warna hijau..haha..lawak betul. ade yg banyak bercakap dari mewarna..tak siap-siap warna nye.

bile tengok mereka. macam best je..happy jer..mak bapak yg gelabah. ami gambar anak-anak diorg..hehe



budak-budak tu bukan kesah pon kalah ker menang ker. yang penting hadiah semua dapat. =)

aku rasa penat betoi, dari pagi hingga ke tengah hari. berpeluh-peluh.sampai je rumah, apa lagi terus lompat atas katil la..zzzzzzz..dah la hujan..syiiioookkkk..


Sunday, May 15, 2011

AL-Fatihah uTk Atok SabaK

Al-Fatihah 

pemergian atok kami
sebelah ayah suami aku
ke rahmatullah pada 14 May 2011

Semoga roh nya dicucuri rahmat dan dijauhkan dari azab kubur dan api neraka
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan disayangi ALLAH

~amin~



Saturday, May 14, 2011

Setelah 12 tahun..

yeye..dapat jugak menjejakkan kaki aku ke MRSM GERIK terchinta. setelah 12 tahun meninggalkan nya. PMR tahun 1999. lama kan..sampai je kat gerik check in dulu kat resthaus gerik. kami jumpa aina, matriq dan mat noq serta wife nye. lama betul tak jumpa esp. mat noq la. perangai hampeh same je kelaseran nye..haha layan je la..

plus, pekan gerik dah maju..hebat..ade the store, KFC, 7-E, hotel mcm2 jenis ade..cool..zaman aku..hampeh..ape pon xdok..yelah tue zaman bile kan 90's tu..kagum2..

masih menunggu ketibaan kawan2 yang lain. husna, iza,yana,ida,fila..

Aktiviti untuk hari ni (sabtu)
petang>> nak tanam pokok menandakan kedatangan kami ke MRSM GERIK.
malam>> BBQ..terbaekk..suka la bab makan kan..diet terus ke laut. amik ko.

Aktiviti untuk hari esok (ahad)
pagi>> sukaneka melibatkan form 1 students dan motivasi session
tghhari>> bersurai

arriving at destination

sesi berkebun - menanam pokok tanda kehadiran kami di MaReSMaG
Top Chef of the year

kenangan bersama cikgu makky dan ustza rahim - mlm BBQ mantopp!! 
p/s: Thanks sayang sbb sporting sangat2..abiskan masa n tenaga untuk saya..seronok sangat dapat g reunion bersama ayang..muahh!! u roxx..


Sunday, March 13, 2011

Dah 2 Tahun ...

Selamat Hari Ulang tahun Perkahwinan Ke-2
syazwan pahmi

pejam celik pejam celi dah dua tahun dah masa berlalu
cinta diberi dan diterima antara dua insan
hidup sentiasa bahagia dan semoga ALLAH
panjangkan jodoh kami
sehingga ke syurga nanti

walaupun tiada sambutan yang gah
makan di bawah cahaya lilin ker..
namun apa yang menggembirakan hati
bila dia sentiasa bersama ku diwaktu susah senang
pandangan mata nya masih sama seperti dahulu
ada sinar cinta dalam matanya
betapa indahnya perasaan itu

hari diraikan dengan makan makanan arab di RESTAURAN ZAM ZAM di shah alam

happy
seronok
gembira
kekenyangan
harga berpatutan
nanti nak makan lagi di sini

hadiah? biarla aku saja yang tahu hadiah ape dia bagi..
hehehe

ups..si dia dah panggil.
chau dulu..

happy sunday kawan-kawan!

Sunday, December 19, 2010

E-day for My S.i.L (Along)

Majlis merisik dan pertunangan Along a.k.a Nur Adninnadiya Pahmi
Along & her future M.i.L

majlis nie simple ajer..tak buat besar-besaran pon. hanya sedara mara dijemput hadir..susasana kampung sangat meriah..
No pelamin or baju grand grand..

Along nie very simple je orang nya..

kalo nak diikutkan kisah percintaan mereka..memang tiada..

Pertemuan mereka diaturkan oleh sedara kami..
bukan sekali but dah byk kali gak la..
akhirnya along jumpa gak org yg sesuai utk dia..
nanti diarong nie bercinta lepas kawin la..so sweet..xramai yg macam nie..

hopefully along n abg rizal bahagia dan kekal hingga bila2..amin

 P/s: tinggal lagi 2 org anak dara mak yg belum disunting org..hehe



along, me (mak andam) and hubby (camera man)

Saturday, November 6, 2010

Pantai Teluk Chempedak, Pahang

beach...beachh...i love beach!!!..

ape lagik kalo sebut je Kuantan..sure tau nye pantai Teluk Chempedak..ade banyak lagik beach kat area Kuantan..but yang paling femes pantai nie kot..ramai gak orang lepak2..mandi manda kat sini..tempat dia cantek jer..bersih gak..


Friday, November 5, 2010

Cuti @ KuanTan Pahang

Semperna cuti Deepavali nie..aku satu famili g berjalan-jalan ke kuantan,pahang..
sebenornya my S.I.L ade jemputan kenduri kat kuantan..so ape lagik terus la satu famili ke sana..upss terlupa, sorang tertinggal tak peghi.. si adik bongsu Atil..bz dgn  her part-time job..
We stayed at homestay. kat Bandar Indera Mahkota 15..rumah semi D setingkat..bsor gak umah dia.
Ade 3 bilik, 2 bilik mandi..fully furnished..mmg berbaloi-baloi lepak kat homestay tuh..

sebelah malam abah ajak dinner kat Tj Lumpur..kedai NARA..best gak makanan dia...
cadang lepas je makan nak g jalan2 kat kuantan..tapi xleh la plak..terlupa nak bg kunci umah kat mak la..so kene patah balik ke rumah..ending story..lepak kat umah la jawabnya.. 

Saturday, September 11, 2010

Duit raya

Yeah!! seronok nye bila bergelar STUDENT..
tahun nie aku dapat duit raya..

macam biasa, dari en suami of course mesti ade punyer..thank you Hubby..

kak Ngah dan Along pon bagi gak duit raya kat aku..hehehe..terharu..
thank you my sisters..

kalo tetiap tahun dapat duit raya kan beshh..hehe..{melampau la pulok kan}
tahun depan kerja..kerja..carik duit..

Friday, September 10, 2010

Selamat hari Raya


Selamat hari raya..maap zahir dan batin

semoga syawal kali ini dilimpahi rahmat dan nikmat oleh Yang Maha Esa..

Sesungguhnya syawal tahun nie tak terlalu seronok dan tak terlalu sedih buat aku..
raya tahun nie aku beraya tanpa atok aku..terasa sangat bila atok dah takda..rasa sedih dan pilu..
aku rindu sangat kat atok..semoga roh atok ditempatkan dikalangan orang2 yang ALLAH sayangi..amin

nie masuk kali ke-2 aku beraya bersama suami tercinta..
raya kali nie aku sambut di Batu Pahat Johor dahulu..then, ke sabak bernam dan barulah ke kampung aku di perak..

suasana raya di Johor sedikit berbeza dengan tempat aku..tapi bak kata  org alah tegal biasa..hehhe..selalunya di Perak kami bakar lemang, buat ketupat daun palas, masak rendang ayam..tapi kalo di Johor, lain sikit..di Johor kami masak ketupat nasi, masak lodeh, ayam masak kicap, ayam masak merah..sambal goreng, serunding kelapa..tue la menu utama dan wajib bile jadi org Johor..di kampung johor memang meriah..sanak sedara ramai..sesak umah..tido pon dah bergelempangan..huhu..adat disana, bile je masak sehari sebelum raya, makanan tue kita sdekah kat jiran2, keluarga terdekat. orang kata "berakah"..kat Perak takde sangat benda2 macam nie..seronok gak..sekali sekala tengok adat tempat lain kan..

so spent 2 malam di Johor, raya kedua pagi kami bertolak ke selangor umah kami..then raya ke-3 pagi balik ke sabak bernam..

okeh cerita di sabak bernam..will be story later..hehe..

penat dah badan nie..rasa ngantok dah..

bye, gudnite..

Wednesday, July 21, 2010

It's My Birthday!!!

Yeah!!
21st July 2010
i'm 26 yrs old this year

Yesss..
thank you for the warm wishes ada presents
from my hubby and families..
luv u all always

from my hubby: Clarks Shoes
from my emak dan abah: Lovely pink Purple baju Kurung

from my sisters: Beautiful Key Holder (English Style)

Love you all !!

Sunday, June 27, 2010

KamPunG Ku Di SabAk BerNam

Inilah kampung belah abah en suami. kat Sabak Bernam. Lupa plak Ape nama Kampung dia..*sigh ingatan dah mcm makcik2 pulok..yelah slalunye asik panggil kampung sabak ajer..tak sebut pon nama kampung tue. ahakss - sori dear..



tak macam kampung aku di pErak. kat sini ade banyak sawah padi. syok Je kalo Balik..time yang best kalO masa padi tue Hijau ajer..luas mAte memanDang..hehehe..

Friday, May 28, 2010

SEPATU KO & AKU

hari nie cuaca redup ajer..seronok rasanya..bangun pagi. makan. layan drama. and petang keluar jalan-jalan nak beli handbag & kasut.

lepas jer abis citer drama tv3 yang best hari nie..aku n hubby pegi ke JJ Taman Equin..nak beli kasut/sandal and handbag baru..maklumla sekarang JJ tengah sale..so leh laa pau hubby singgit dua inggit..hehehe..

Saturday, May 8, 2010

I'M HAPPY

HAPPY . HAPPY . HAPPY.

Hari nie buat ape ek??


location: Hari nie aku ke Midvalley..lama dah tak pergi sana rasanya..

mood: happy. risau pon ade jugak..but oklah aku dapat padamkan rasa tue buat seketika..oh yeah..

tujuan utama:  nak beli THERMOS tok mak..sekarang ni nak jd environmental friendly sket..save energy power..thats why we nak buy Thermos..jalan2 kat ROBINSON..ade yang berkenan..but hold dulu..then we went to JAYA JUSCO compared the price..conclusion: we bought 3 thermos with dif size..1 thermos as a present to our mum for mum's day esok. :)

makan: at Amarin Heavenly Thai , komen: memang sedap. mesti kene try pada sapa yg tak try lagik. harga mahal sket but sure tak nyesal kalo pergi. yang besh aku try tomyam in coconut. fuhh sedap2x..n plus, kat sini kami minum teh ice and kopi ice (3 layers) yg paling mahal penah kami minum RM9 each..mahal..murah..boleh bayang tak..hehehe..tapi layan..sekali sekala..ape salah nya keheheh..cover la tuh..

at home: kemas2 barang esok nk berkampung di PMC dah..mlm nie nak kene iron baju hubby tok 2 minggu nye stok..nnt tak larat dah nak iron lepas ops..heheh..i hate iron baju..isteri mithali la kata kan..ye ker? hehehe

Wednesday, April 7, 2010

MEET MY BEST FRIENDS

nak share about my buddies..my old, gud, best friend dari sekolah rendah hingga laa sekarang..
hidup aku nie memang tak boleh dipisahkan dari kawan2..kawan2 adalah segala nya..mereka mmg penting dalam hidup aku..tanpa mereka tak mungkin aku jadi seperti aku skrg ni..

Sunday, March 21, 2010

CINTA SEJATI


Baru je abis layan cerita PAPADOM..memang best!! lawak,sedih,gembira,terharu semuanya ada..Alangkah best nye kalo ada sesorang yang boleh jaga kita macam tu.. soooo care about kita..bagi aku ada seseorang yang macam tue dlm hidup aku. Pembakar semangat, teman di kala sedih dan gembira. sentiasa ade walaupun aku berada di dalam keadaan susah..tak kira masa,keadaan dia tetap ade bersama aku. CINTA PERTAMA aku..

Followers