Sunday, September 18, 2011

Hakim Pertandingan Mewarna

Hari ni ade jamuan Hari Raya dan sambutan Jubli Emas Surau kat rumah. Macam-macam aktiviti ade..meriah..memandangkan abah adalah org kuat di sebalik event nie. So, aku dilantik sebagai Juri/hakim bagi Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Taska. Tak pernah aku jadi hakim nie. Best jugak. Masa tue aku dengan my SIL, Tia kene jadi hakim. Bangga kejap.

Mula-mula nak start tue kecoh jugak budak-budak taska tue. adoii..pening kepala aku tgk..dah la ramai dalam 50 org. sebbaik cikgu-cikgu diorang yg handle. takkan aku plak kan. dah nama Hakim..huhu..riak nye..tak baik..tak baik..aku tolong jugak. nak cepatkan aktiviti tue start.

seronok tengok telatah budak2 tue. ade yang nangis. ade yg mewarna tiru kawan sebelah. kawan warna hijau. dia pon warna hijau..haha..lawak betul. ade yg banyak bercakap dari mewarna..tak siap-siap warna nye.

bile tengok mereka. macam best je..happy jer..mak bapak yg gelabah. ami gambar anak-anak diorg..hehe



budak-budak tu bukan kesah pon kalah ker menang ker. yang penting hadiah semua dapat. =)

aku rasa penat betoi, dari pagi hingga ke tengah hari. berpeluh-peluh.sampai je rumah, apa lagi terus lompat atas katil la..zzzzzzz..dah la hujan..syiiioookkkk..


No comments:

Post a Comment

* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)

Followers