Monday, October 31, 2011

GA Contest Ditutup!

Salam semua..

hari ini adalah hari terakhir utk GA Contest. Kepada sesiapa yang telah menyertai GA nie aku ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak...

Pemenangnya akan diumumkan esok!!


Saya Buat G.A!!

Scratch it first!!







Sila Emailkan kepada saya. Hanya 3 orang akan dipilih oleh saya.

Jom join this GA..


Jom kawan-kawan TTC..saya ade buat GA..first time buat..senang je nak join..pls see above..

follow the instructions..and who knows u are the winner..

hadiah dia sangat menarik..winner akan diumumkan pada 1 Nov 2011..

jangan lepaskan peluang ini yer!!!


Sunday, October 30, 2011

perangai malas masak datang!

hmm..mode mengeluh seketika.

sekarang nie betul-betul rasa malas nak masak. sebabnya tak tahu nak masak ape. nak makan aper. kalo dulu rajin ke dapur, ade je idea nak masak ape. sekarang tekak dah tak tahu nak makan apa. sian pulak kat abang sebab balik kejer je mcm xbest je sbb menu makan malam x menarik. kekadang tue jamah roti aje. sebbaik abang paham..

ke mana perginya rajin memasak aku. kenapa sekarang rasa malas je nak pegang kuali. selera pon dah xberapa nak hader..

wahai selera makan ku..kembali la kepadaku..hehhe..

nak makan masakan mak!! waaaaaa...

Friday, October 28, 2011

takde selera makan

salam..

semakin hari semakin tak ada selera nak makan. sampaikan nak makan ape pon tak tau. hmm..tadi alkisahnya, minta la en abang belikan bihun tomyam. rasa nak mkan tom yam pulak. en abg belikan la..tapi bile makan ajer tak berapa menepati selera tekak nie ha. sedih kejap terus mood swing la pulak. rasa menung jer. dah la bihun nye ciput ajer. aduhh.. marah mak ko jah..

then, lepas solat magrib muka mencebik ajer kat atas katil. menung jauh. rasa tak berapa puas makan tadi. tengah hari dah la tak mkn. pagi pulak makan roti ajer. sedih..sedih..emosi kejap..

en abg tanya..nape muka monyok ajer..hehe..dia dapat agak kot.. sebab aku mkn xpuas.. terus dia ajak makan kat luar dan gi jalan-jalan. dah berapa hari asik duk kat umah ajer. xkeluar jalan-jalan. so sweet...tenkiu abg ek..memahami sungguh.

lepas isyak terus siap-siap keluar cari makan. singgah la kat satu kedai nie. tak pernah try lagi makan kat situ. aku order nasi goreng daging merah dan abg order bihun goreng. okay la rasa. tapi takde la sedap mane pon. ke tekak aku yg bermasalah nie. sumer makan rasa tak sedap..sedihhh...tapi xper perut dah keyang sangat-sangat. rasa mcm cungap la pulak. hehe..makan byk lagik. then, kami jalan-jalan pusing ajer..dah berapa kali kot pusing-pusing kat situ. xde tempat lain dah..nak wat camner..tapi hati tetap happy sbb dapat jalan-jalan walo sekejap..sampai umah dah rasa penat. nak tidur dah nie.

gudnite kawan-kawan =)


Thursday, October 27, 2011

Insan yang bergelar TTC

# hanyalah sekadar luahan dan perkongsian hati ke hati

salam,

apa yg insan-insan TTC rasa sepanjang perjalanan mereka mendapatkan zuriat. Mungkin tidak semua orang paham dan ingin memahami keadaan seperti kami. Sebabnya kebanyakan orang amat senang untuk mendapatkan zuriat selepas ikatan yang sah. Yang tak sah pulak, lain cerita. Lagi la senang nak lekat. Tapi bile dah dapat buang, campak merata-rata. MasyaALLAH..Nauzubillah..

aku adalah salah seorang insan yg bergelar TTC..Aku rasa syukur sebab terjumpa kawan-kawan yang sama keadaan macam aku di internet. Sejarahnya, aku bermula dengan Blog Irtiyah. Dan seterusnya ramai lagi yg aku jumpa dan follow. Aku rasa kalau la aku tak jumpa blog-blog mereka ni sure aku jadi down, murung dan entah lah tak boleh nak dibayangkan. Dengan adanya insan-insan yang sanggup berkongsi cerita membuatkan aku lebih semangat dan berusaha keras. Bila baca je blog orang A, dia buat ini itu..then, aku cuba..baca je blog orang B..lain plak..so aku cuba..saling bertukar pendapat dan yang paling penting saling memberikan semangat antara satu sama lain. Di samping doa-doa kawan TTC..terima kasih semua.

Aku mula belajar sendiri. Kenapa aku lain dari orang lain? Kenapa ALLAH sentiasa nak uji aku? Kenapa? Kenapa? itu la persoalan yg sering aku tanya dalam diri. Adakah disebabkan dosa yang lalu? atau aku sering melupakanNYA? Adakah ada perkara yg perlu aku selesaikan dahulu sebelum mendapat zuriat? Aku tak suka budak ke? aku memang tak boleh jadi mak?

Aku terus bertanya dan masih tak menjumpai jawapan nya.dan tiada sesiapa yg dapat memberikan jawapan yang boleh menenagkan hati aku. Tangisan yg sering menemani bila aku seorang di rumah. Aku redha dan pasrah.

Hinggalah satu hari aku perasan. Aku kene berubah. Aku rasa aku kene lebih mendekatkan diri kepadaNYa. Aku tahu aku tak lah se-alim mana. Tapi aku cakap dalam diri aku aku nak cuba berubah. InsyALLAH suatu hari ALLAH akan bagi apa yg aku hajatkan. Dengan sokongan suami, aku mula mengorak langkah.

  • Aku mula dengan solat. Solat di awal waktu dan kusyuk. Kalau sebelum nie solat aku tak berapa nak kusyuk. Aku cuba focus dalam solat. 
  • Doa diakhir solat. Mungkin kita selalu amil ringan doa di akhir solat. Aku gunakan peluang nie dengan doa bersungguh-sungguh.Sebab ALLAH amat suka kepada hambanya yang selalu meminta kepadaNYA. Kadang-kadang rasa sebak dan nagngis bila berdoa. Terasa ALLAH sangat dekat dengan diri aku. Lepas aje berdoa aku rasa lega dan rasa hilang bebal dalam hati. Tak dapat nak gambarkan pada korang. 
  • Membaca Al-Quran. Aku minta pada suami belikan Al-Quran Tafsir Bertajwid. sebabnya aku nie mengaji xde cikgu. at least kalo yg ade tajwid tue yakin sikit bila baca..Sehari satu m/s pon jadi dan dibaca juga tafsir ayat nye.
  • Cuba bercakap lembut dan jauhi dari bertengkar dengan suami. Alhadulillah. Aku rasa aku dah jarang bertengkar dengan suami. maksud bertengkar tue..biasalah gaduh-gaduh manja gitu..hehe..sekarang lebih bahagia bersama dan lebih tenang aje..nie pon xdapat digambarkan. Hati nie tiada lg rungsing memikirkan anak selalu. Syaitan pon xboleh nak kipas-kipas aku, hehe..Aku lebih bersikap redha..ALLAh yg menentukan semuanya. DIA yang lebih tahu apa yg terbaik utk hambanya.
  • Rancangan TV. Aku sekarang cuba untuk lebihkan tengok rancangan agama mcm tanyalah Ustaz, Al-Hidayah, Usrah TV9, dll.. At least dapat jugak pengisian agama walopun duduk di rumah. Ustaz kata dapat gak pahal bile tgk ceramah kat tV..yelah nak ke masjid entah tahun bile..hehe..suami pergi baru aku pergi =)
  • Siaran radio..dulu aku mmg peminat HOT.fm, tapi sekarang dah bertukar kepad IKIM.fm tak tau nak citer macam mane. satu hari dalam kereta balik dari ajor tuisyen. aku rasa rungsing sangat dgr Hot.fm..asik nyanyi ajer..xdpt ape-aper..nak kata hilang stress di jalan tak rasa pon..so aku tuning radio kete then, termasuklah ke channel IKIM.fm time tue ade ceramah. Ceramah tue sangat best plak tue. menepati cita rasa aku. Cerita tentang Tahu ISLAM tak sama ngan FAHAM ISLAM. so, sejak dari hari tue la aku bertukar siaran radio..tp ade gak kalo terasa nak bukak hot.fm aku buka je..xde sekatan hehehe..
  • Solat sunat DHUHA..selalu tengok mak buat di rumah tapi xpernah folo. orang muda la kata kan. hehe..so, aku tekad nak buat Solat Dhuha..tak dapat hari-hari selang selang pon xper..so, pergi kedai buku beli Buku Solat Sunat Dhuha. Orang kata bila buat solat Dhuha nie banyak kelebihan nya. Memang betul..kene buat baru tau ape kelainan nya. Doa nya aku ade letak kat bawah..yang U-Tube tue..sedap bile dengar dan senang nak hafal..nnt dengar ek..
  • Kurangkan rasa degki dan jeles bile dpt berita kawan-kawan mengandung atau bersalin. Dulu, aku mmg tak boleh dgr berita-berita mcm nie. Sedih dan Jeles amat sangat. Walopon xditunjukkan dengan kata-kata tapi dalam hati ko..ALLAH je tau. So, lepas tue aku cuba berubah utk jd lebih redha dan ikhlas dan selalu melawat kawan2 yg baru dapat anak..semoga dengan ziarah aku, ALLAH bagi rezeki tue pada aku. 
  • Last, dulu aku selalu pikir takdir la..itu ini..sbb takde anak. so, satu hari aku terpikir..ini bukan takdir. Aku sebenarnya SAKIT. aku perlu dirawat. Kenapa takde anak? Apa sebab nye? Kene cari punca. Dulu doktor pernah cakap kat aku. masa aku disahkan rahim terbalik. kenapa doc? doc ckp..awak antara yg cacat dalam..cacat? dia gelak..takde la..nie mmg semulajadi. kita tak tau sampailah kita sakit. so, aku rasa mmg aku sakit. so, terus semngat nak buat HSG..mane la tau sbb kn tiub falapio aku tersumbat ke..sapa tau..benda dalam bukan nmpk..(kawan-kawan yg lain cuba la buat rawatan dan jangan tunggu ajer..sure setiap penyakit tue ada ubatnya) 
Hasilnya, aku sendiri tak sangka ALLAH beri juga apa yg aku pinta. Terima Kasih ALLAH..Aku harapkan Engkau makbulkan la jua doa kawan-kawan ku yang lain.. AMIN~

Banyak lagi kalo nak tulis kat sini.. entah apa la aku merepek kan. hmm..sebenarnya aku nie jenis tak berapa pandai nak luah dalam bentuk tulisan. Apa yg ada dalam kepala banyak sangat sampaikan tak tau nak tulis mcm mane. Diharap apa yg aku tulis dapat sedikit memberi inspirasi kepada kawan-kawan.


 
 Doa Dhuha - dari kump. UNIC


Wednesday, October 26, 2011

Berdua...bertiga...

Hari nie masyarakat india sibuk menyambut perayaan diwali mereka.

kami berdua hanya habiskan masa di rumah. rehat. online. makan. TV. hehe

malam hujan lebat sejuk sikit. sure tidur lena malam nie berdua.

hanya berdua..eh silap bertiga..hehe..
..............................................................
just nak share..amik dari blog shafiha =)
kalo paste kat sini senang nak tgk balik.. halal ek shafiha

Banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu



Tuesday, October 25, 2011

Teka waktu subur melalui BBT Chart

salam semua,

hari nie nak share pasal BBT yang bulan lepas aku mula buat. Sekarang dah makin serasi dah kot mengambil suhu badan. thank you to en suami yg masih kekal berprestasi baik di setiap pagi.hehe

jom..nak tgk tak BBt chart aku..tengok bawah..


kalau kawan-kawan tengok, line kuning tue.. aku rasa masa tue la waktu subur aku. sebab nye..temp different adalah 0.5 time tue. agak tinggi berbanding yg lain.(sila rujuk jadual di sebelah kiri) iaitu hari ke -18. Kitaran period aku selalunya 36 hari dan tidak tentu setiap bulan. so, budget..kalo kitaran 36 hari..maybe waktu subur jatuh pada 17,18,19 dan 20hb kot. so, pada hari tue aku check perbezaan suhu..yg mana lebih tinggi..dan pada hari tue jugak la kami ber BD..hehe..alhamdulillah..rezeki ALLAH nak bagi..terjadilah percantuman sperma dan telur...alhamdulilah...

plus, white egg time tue sangat banyak. so, bile ade white egg org cakap itu adalah masa ovulasi..

komen aku bila menggunakan BBT chart nie. hanya trial and Error..kita kene try "BD" bile tengok ade perubahan suhu setiap hari..

selamat mencuba!..


Monday, October 24, 2011

TTC + Minum susu ANMUM = BABY

salam,
hari tue ade doctor yg saya jumpa kata..utk tingkatkan kesuburan boleh mula minum susu ANMUM MATERNA sebab acid folid dalam susu tue tinggi dan juga vitamin2 yg lain..

so, kawan TTC juga boleh la cuba minum susu ANMUM..dulu saya ada minum susu tue tapi lepas habis sebungkus dah lama xbeli..sekarang maybe akan minum balik susu tue.. rasa susu tue pon sedap...

selamat mencuba!!


Sunday, October 23, 2011

Wirid dan doa utk elakkan keguguran

Boleh diamalkan oleh kawan-kawan yg baru saja mengandung..

zikir la..

                                        "Ya Mubdi"
                          ertinya: yang memulai kejadian

insyALLAH baby akan dilindungi..


Friday, October 21, 2011

Seronok diManja

alahai aku dah jadi budak manja dah sekarang nie. nak buat itu tak boleh..ini tak boleh..dijaga rapi..tak biasa dibuatnya. tapi aku tetap paham..mereka sayangkan aku.

bersyukur kerana masih dikurniakan orang-orang yg sangat mengambil berat tentang diri aku.

terima kasih ALLAH..


Thursday, October 20, 2011

Kisah Orang KEciL

Dari "hanya orang keciL" bertukar menjadi "kisah orang kecil"

aku buat blog baru untuk catatan sepanjang perjalanan pregnant. So, kawan-kawan boleh la ikuti blog nie. Kita share apa yg kita tak tau. dan memang susah bagi org mcm aku yg baru pertama kali mengandung. aku rasa macam zero knowledge tue pasal baby nie. harap kawan-kawan dapat beri semnagat lagi. dan aku tak akan pernah lupa siapa kawan TTC aku.

klik sini>> http://logbookmamamelur.blogspot.com/


Selepas HSG

salam semua,
aku nak share je ape yg aku buat selama sebulan selepas aku lakukan HSG.
selepas aku lakukan HSG bulan sept hari tue, perasaan mengharap terlalu tinggi. Aku dan suami sangat mengharapkan ada keajaiban berlaku. dan aku tak mau makan clomid yang doctor bagi. itu harapan aku. 

Jadi, apa yg aku buat (kali nie betul2 serius):
  • aku amalkan makan multi vitamin, acid folic dan VCO
  • amik bacaan BBT (untuk tentukan bile waktu subur)
  • buat solat Dhuha setiap hari (tp kekdang ade gak tertinggal. masa tue cuba berdoa bersungguh-sungguh)
  • baca Al-quran setiap hari
  • berzikir (Ya bariu, Ya Khaliqu, Ya musawwir) 
  • DOA..DOA...DOA..jgn putus..
aku harap kawan-kawan dapat sedikit info/tips. kene yakin dan selalu berdoa yek.
Mungkin ada di antara korang yang dah buat HSG tp still gagal. tak pe teruskan usaha ye..kepada sesiapa yg tak buat HSG lagi. maybe bleh try buat dulu. at least chances untuk conceive sangat tinggi. insyALLAH..


Wednesday, October 19, 2011

it is POSITIVE!!

Alhamdulillah...
result dah dapat. Dr. Rohaya called me and she said i'm truly Pregnant!. but still in early weeks of pragnancy..maybe 2,3 minggu lgi kene check balik. dah buat appointment with Prof. Hamid on 4th Nov nie for next check up.aku still ade rasa risau but in the same time i feel so excited dan syukur sangat-sangat.

Sumber

thank you ALLAH becoz give us opportunity to become a mum and a dad.

aku still tak boleh nak terlebih excited lagi sbb macam-macam boleh terjadi dalam sebulan nie. kalau kandungan dah masuk 2,3 bulan baru bleh tarik nafas lega. I shud always remind myself to be cool and not working hard or doing "kerja-kerja ganaz di rumah".

keluarga belah aku pon tak tau lagi nie. maybe after check up with Prof Hamid baru aku bgtau diorang kot. hehe..

To all TTCian,
thanks for being such a supportive group to me. I meant it a lots..I hope everybody will become a parent one day too. insyaALLAH..rezeki memang ALLAH yg bagi. Kita hanya usaha, doa dan tawakal. itu yg terbaik. I still need your advices and your supports along this pregnancy life.

Doakan yang terbaik utk semua!!..




Tuesday, October 18, 2011

UPT: Adakah itu "Double Lines"??

salam semua,

update dari yg semalam.

pagi tadi bertekad utk buat UPT..Ya ALLAH..bile tgk UPT..mcm ade 2 lines. tapi yg line T tue xbrape clear..tp still nmpk la line tue..happy sekejap. tapi perasaan kami berdua suami isteri masih mcm tak percaya. so, tak de la terlebih gembira kan.

aku terus buat sujud syukur..harap-harap inilah yg kami inginkan dari dulu lagi..ALLAH dah makbulkan. syukur kalau ia..

siap-siap..lepas hantar en suami ke tempat kursus. aku ditemani mak mertua aku terus ke klinik mesra di serdang. tunjuk la UPT kat doc. so, doc kate betul la..2 line..dengan gembira doc kata ,i rasa u pregnant la nie..but aku still cool..sbb takut lagik..nak confirmkan betul2..yelah penantian 2 tahun lebih tue..inilah kali pertama UPT ada 2 lines..taknak berharap sangat pada masa yg sama.

then, doc scan perut dan tgk tapi x brape nampak lagi kelongsong zigot tue..maybe sbb terlalu awal..tue yg tak nampak...aku tenang je..mak aku dah excited dah kat sebelah..hehe..so, aku mintak buat HCG blood test.

result test paling awal malam nie dapat or kalo tak esok pagi la..korang doakan ek utk aku..berkat doa korang semua jugak selama ini.


Bayaran rawatan: Blood test + ubat (multivitamin dan acid folic) + consultation = RM100

aku harap esok akan dapat berita gembira. insyaALLAH..amin..

doakan ye kawan-kawan.. =)



Monday, October 17, 2011

CD40: ke mana miss P??

salam semua..lama dah tak menulis blog kesayangan aku nie. busy sangat beberapa hari nie.

alhamdulillah..syukur..sekarang dah masuk CD40. dan miss P masih tidak muncul.. ini adalah kali ke-3 CD aku mencecah hingga ke CD40..tp pengalaman sebelum nie CD40 je terus peod..sedih =( jgn la kali nie mcm tue..tak mo..tak mo..

adakah petanda gembira buat aku dan en suami..harap sangat ia adalah berita gembira.takpe kami akan tetap menunggu sehingga beberapa hari. kalo masih tidak muncul-muncul miss P..kami akan check. buat masa nie aku relax je dulu. cehh..macam cool je kan..dlm hati sabor je la..dap dip dup ko jah...

apa yg aku nak share nie, aku nak minta pandangan korang yg baca entry aku ni..
  • sekarang nie aku mcm sakit jer kat bahagian ari-ari dan kadang-kala belah kanan dan kiri dekat rahim kita tue. bile bersin je aduss..mcm kene tikam..risau gak..aku xtau nak ckp la. takut je bila nak bersin dan batuk. breast pon mcm bengkak. 
  • belakang tak berapa sakit sangat
  • rasa loya nak muntah tapi aku tahan sbb aku nie jenis xsuka muntah..fobia sket ngan muntah2 nie. tapi dalam hati aku..maybe loya angin kot. (masih takut)
  • selera makan makin naik. ke sebab mak aku yg masak. tp kerja nak makan aje sekarang nie.
  • emosi pulak. aku rasa stabil je. tak de la moody sangat.
  • penat. haa..aku rasa sangat penat. minggu lepas dan minggu nie byk sangat travel dan membuat aktiviti mengemas umah sbbnye S.i.L aku nak kawin..so kene la tolong ape yg patut..agak lasak la aku rasa aku nie. sampaikan en suami pun marah..hehe..yelah kekdang tue tak perasan yg sedang membuat kerja2 berat..seperti alih katil..susun atur bilik kemas barang..hehe
harapan bulan nie sangat tinggi. tapi aku berserah semuanya kepada ALLAH. dia yg menetukan segala-galanya. Semoga DIA memperkenankan doa kami. amin


Wednesday, October 12, 2011

{Rindu}

aku rindu dia!!

rindu akan datang bila kita berjauhan
rindu akan datang bila salah seorang tiada di depan mata

sentiasa beringat..
'bila dekat tidak jemu. bila jauh tidak gelisah'


Monday, October 10, 2011

{B.B} For Bada

Special for Bada





Sex: Female 
DOB: 8th oct 2011
Material: Flannel and Felt
Filling: Kekabu

Status: Adopted

untuk tempahan, please email me [at] melur.roslan@gmail.com


Sunday, October 9, 2011

Runsing

kenapa lah mereka tidak memahami aku? memahami keadaan aku? mengapa banyak sangat dugaan yang datang? bagaimana harus aku lalui? hadapi? apakah aku berdaya lagi ya Tuhan? apakah aku masih kuat menerimanya? MasyaALLAH..

Kadang kala aku rasa penat Ya ALLAH..
Penat sangat...

Friday, October 7, 2011

CD30: Sabar menanti

CD30, 
BBT 97.77 Degree Fahrenheit,

miss P masih belum kunjung tiba, tiada tanda-tanda kemunculan nye. yelah kalo selalu nye miss P nak datang..mula lah aku jd moody semacam..terasa hati la..terlebih sensetif..tapi ape yg aku survey..mood masih ok..xde rasa nak jd "drama queen" di depan suami ku terchinta..hehe..

sangat berharap miss P dah payah datang..tapi dua garis yg datang..hehe..

D.I.Y FelT PetaL Flower

Just wanna share with u all..

Bunga yang dah siap nie aku nak letakkan pada Pillow khas utk kawan aku.
Harap dia suka..kalo dah siap nnt pilow tue aku share with uolss ek..



Shafiha telah berjaYA!!

Tahniah ShafiHA !! 
It is Double LiNe!!

Semoga awak dan baby dilindungi ALLAH..
I'm so Happy for u..semoga turn saya pulak lepas nie. Amin



Thursday, October 6, 2011

|Bada = Aku|

Hari nie rasa nak share satu cerita tentang salah seorang kawan baik aku.

Nama : Nurbadariah @ lebih dikenali sebagai Bada yang garang hehe..xde la..Bada aje..
Asal: Tapah..orang perakk yop..

Sejarah perkenalan:
  •  Bermula dari Tingkatan1-3 semasa kami sama-sama menuntut di MRSM Gerik,Perak. Tapi masa tue tak brape nak rapat kot. biasa-biasa aje. dia pon kelas lain. xsama ngan aku. tapi masih tau kewujudan cik bada tue la. cuma xbrape rapat je.
  • Ting 4-5 ..cik bada pindah ke MRSM Terendak, Melaka dan aku ke MRSM Beseri,Perlis. Jauh terpisah tanpa sebarang khabar. tapi aku still tau dia ke terendak. ada org bg tau kot. sbb hanya dia dan hadi je yg ke sana..
  • Matrik..dia aku rasa ke Matrik Penang. dan aku ke Kolej MARA BAnting, Selangor..setahun di matrik..masih buat hal masing-masing
  • Universiti..tup..tup..jumpa kat Universiti di Bangi..U*****..masa nie la baru ketemu kembali dengan cik Bada. dan bermula dari sini la aku rapat dengan cik Bada. selalu lepak umah dia..share everythings with her..gossip2..biasalah pompuan kan..byk la memori bersama..aku, cik bada dan ann..mmg close friend. 

Ciri-Ciri Cik Bada:
  1. dia nie jenis manja. sangat manja. walopun anak sulong tapi perangai mengalahkan adik2..hehe..
  2. tegas. dalam manja manja tue ada tegas nye. kalo nak tau dia nie pensyarah..bayangkan dengan suara halus dia tue terjerit2 kat student..takut ke student? hehehe..
  3. periang. memang mempunyai aura yang periang. kalo ade ngan dia sure rasa macam best je. 
  4. pembersih. dia nie rajin org nye. kategori pembersih la..boleh jadi isteri yg berjaya..sure suami sayang..
  5. pemberi semangat. sangat supportive org nye..sentiasa optimis dalam ape jua keadaan. kalo ape dia nak..sure dia akan dapatkan.
  6. kuat makan. nie paling aku suka..geng makan jugak!!..tapi badan dia xnaik pon kalo mkn banyak..maintain slim ajer..
  7. Always be there. kalo ade masalah sure dia akan bantu..baru nama kawan kan =)
  8. suka shopping..ehehe..bergaya orgnye..comel.. 
  9. banyak lagi kalo nak senarai.. 
baik buruk dia aku tetap terima..sebab itu lah makna kawan sebenar..susah senang tetap bersama!!




Wednesday, October 5, 2011

Renungan Bersama

Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. 

(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)


Tuesday, October 4, 2011

Kat Mana nak cari nie??



aku nak cari la novel nie..

Waiting for Daisy

A Tale of Two Continents, Three Religions, Five Fertility Doctors, An Oscar, An Atomic Bomb, A Romantic Night, and One Woman’s Quest to Become a Mother

sinopsis sikit:

Waiting for Daisy is about loss, love, anger and redemption. It’s about doing all the things you swore you’d never do to get something you hadn’t even been sure you wanted. It’s about being a woman in a confusing, contradictory time. It’s about testing the limits of a loving marriage. And it’s about trying (and trying and trying) to have a baby.
Orenstein’s story begins when she tells her new husband that she’s not sure she ever wants to be a mother; it ends six years later after she’s done almost everything humanly possible to achieve that goal, from “fertility sex” to escalating infertility treatments to New Age remedies to forays into international adoption. Her saga unfolds just as professional women are warned by the media to heed the ticking of their biological clocks, and just as fertility clinics have become a boom industry, with over two million women a year seeking them out. Buffeted by one jaw-dropping obstacle after another, Orenstein seeks answers both medical and spiritual in America and Asia, along the way visiting an old flame who’s now the father of fifteen, and discovering in Japan a ritual of surprising solace. All the while she tries to hold onto a marriage threatened by cycles, appointments, procedures and disappointments.
Waiting for Daisy is an honest, wryly funny report from the front, an intimate page-turner that illuminates the ambivalence, obsession, and sacrifice that characterize so many modern women’s lives.

ade lagi ke kat pasaran?

hmm..anyone knows??

kenapa novel melayu takde cerita pasai TTC..kalo ade best gak kan..nie sume byk citer cinta aje..

2041 baru pergi??

Salam,


pernah dengar seruan nie tak?

"labbaik Allahumma labbaik
labbaikala syarikalaka labbaik
innal hamda wanni'matalak
walmulkala syarikalak
"

sure semua org pernah dengar kan..




alhamdulillah sebab baru je mendaftar sebagai jemaah haji di Tabung haji pagi tadi. Seronok rasanya. tapi lambat lagi la nk pergi ke Tanah Suci. Kalo ikutkan sistem..tahun 2041 baru sampai turn. bila aku kira..aduhai 30 tahun lagi..so kalo tambah dengan umur tahun nie..umur 57tahun baru dpt pergi ke?? lamanyer!!

tapi takpe..orang TH tu cakap kalo duit dah cukup boleh je buat rayuan ke Mekah. InsyALLAH dapat =) lega hati dengor. hehe..haji lambat lagi. kita pergi UMRAH dulu la..at least dpt gak melihat kaabah (kiblat kita)..masyALLAH..rasa syukur nyerr kalo dapat ke sana. harap-harap ALLAH mempermudahkan urusan kami ke tanah suci satu hari nanti..

~amin~

p/s: tadi baca paper BH..Mawi dan Ekin akan menimang cahaya mata..akhirnya ekin pregnant lagi selepas keguguran 2x..mungkin berkat doa mereka di depan kaabah baru-baru ni..~sumber dari surat khabar BH.

Followers