Tuesday, August 31, 2010

#12 BiskUt Batik MaRa

Bila sebut je nama biskut nie..sure rasa pelik..macam mane ruper nye kan..Batik MARA?? Mara..ahaaa..MARA terus maju..zaman nie MARA fames sangat..tue agaknya nama biskut nie pon diletak nama MARA..hehehe..memang anak MARA..

biskut nie resepinye datang dari M.I.L aku..mak cakap biskut nie biskut fevret En.Hubby masa zaman dia kecik2..hehehe..ade gak memori zaman kecik2..fevret biskut raya aku..aku tak ingat..tapi aku rasa kuih batang Buruk kot..tue yg aku ingat aku sebut2 masa aku kecik-kecik dulu..

nak tengok rupe biskut batik mara?? jom..

ini lah dia biskut batik mara..biskut nie sedap..rasa coklat sangat sedap..bile bakar harum satu rumah..

Tuesday, August 24, 2010

SeLera BertambaH

Aduhai..ape dah jadi ngan diet aku nie..dah brape hari dah asik makan banyak ajer..bile buka posa makan banyak..baru je hari tuh nampak mcm dah susut sket berat..tapi sekarang tak tau laa..
adakah aku stress?? atau gembira?? atau aper ek..

help...

Sunday, August 15, 2010

MuM's Old FrienD

Tak ingat hari bile, aku temankan mak pergi jumpa kawan lama mak di kelana jaya. Dah 30 tahun lebih tak jumpa..teringat plak kalo la aku jumpa kwn2 lepas 30 tahun ape la aku rasa..sure sonok kan..masing2 dah berkedut muka ..hehehe..

so, lepak kat umah kawan mak, aku panggil cikgu aje kat dia..sbb dia keje cikgu dulu..huhu..lepas lepak..dia ajak kami kuar nak blanja makan..sonok2..aku kalo bab makan nie mmg laju..

dia bawak kami ke Restoran Aladdin dekat aje ngan Giant Kelana Jaya tue..Makanan Cina Muslim..

tapi yg pelik nye kat restoran nie tak boleh snap gambar makanan..so ade la 2 gambar aje fud yg sempat aku snap..lepas tue..waiter dia tegur aku.."cik, kat sini tak boleh tangkap gambar makanan,cik"..aku pon senyum je laa..

cikgu dan mak
overall comment: boleh laa..bg 3 bintang ajer..

#11 ASIAN TWIST PIE

hari nie tak tau nak makan ape utk berbuka. nak makan nasi mcam malas. sebab perut pon tak brape sehat..so, hubby cadangkan ape kata makan roti ker..or puff ker..
tue yg godek2 blog mat gebu tuh...terjumpa la resepi yg menarik hati kami..heheh..


Resepi nie aku amik dari En Mat Gebu.
Sungguh senang dan sedap..



ASIAN TWIST PIE


BAHAN-BAHANNYA :
5 keping instant prata jenama "kawan"
Inti secukupnya (resipi dibawah)
Kuning telur + susu cair sedikit untuk disapu

BAHAN INTI :
2 biji kentang, kupas dan potong dadu, rebus hingga 1/2 empuk
1 tin cendawan butang, hiris halus
3 batang black pepper sosej "Ayamas", didadu kecil
2 helai bay leaf
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan hirisan daun sup
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 cawan parutan keju cheddar (mat guna keju parmesan)
2 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Cairkan mentega, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf. Masukkan rempah kari dan serbuk lada hitam, gaul rata. Masukkan cendawan dan goreng sebentar, tambah kentang dan sosej, gaul rata dan tuang susu cair. Masak hingga kering tetapi masih lembap. Akhir sekali masukkan hirisan daun sup, gaul rata dan angkat. Biarkan sejuk.
  2. UNTUK ASIAN TWIST PIE :- Ambil sekeping instant prata. Isi inti pada satu bahagian, kurang lebih 2 - 3 camca besar dan taburkan sedikit parutan keju. Temukan dan jadikan seperti karipap, tekan hujung2nya dengan garfu dan kelim seperti karipap (jika suka). Cucuk permukaan pie dengan garfu dan alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 200C selama 30 minit. Sejukkan atas jaringan. Potong dua pie untuk dihidangkan...
 inti


 if nak compare dengan Mat Gebu punya.. boleh la kot..lebeh kurang :)

note: kesilapan aku ms buat nie, masa sapukan telur kuning tuh..aku tak campur dengan sket susu cair..kalo campur sure warna dia lebeh cantek..

yg penting SEDAP!!..

    Saturday, August 14, 2010

    #10 SAMoSa AyaM

    Mak teringin nak makan samosa ayam..dua hari lepas cari kat pasar ramadhan tapi tak jumpa..so last2 cari laa resepi kat ternet..dapat laa..sebbaik sedap samosa dia..heheh..ok la nnt aku upload resepi samosa ayam tuh..
    gambar maybe takde..terlupa nak snap..memang berbaloi buat sendiri dari beli di luar..

    JErEmy HiLanG SeKejAP

    Nak dijadikan cerita, semalam Jeremy si hamster aku tuh boleh plak keluar dari cage dia..sedar2 pagi masa nak sahur tuh dah hilang..takde dalam cage dia..Atil adik ipar aku punya la sedih..monyok aje seharian..mongok..kesian lak aku tengok dia..muncung aje mulut tuh..kami cari jugak jeremy tapi tak jumpa..

    so, masa lepas berbuka posa..tup..tup..along aku nampak dia keluar dari balik almari Tv..syukur laa..ade rupe nya lagik dia..ingat kan dah lari ke mana..

    atil kembali ceria..seronok tengok atil..dia mmg sayangkan hamster tuh..harap2 tak de la si jeremy tuh menghilangkan diri lagik..

    Wednesday, August 11, 2010

    HappY FastiNg in RAmaDhan Month

    Dear fren,
    Jari 10 disusun rapat tanda memohon kemaafan jikalau ada..
    Semoga puasa tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari puasa tahun2 yang lalu..
    Semoga dapat beramal ibadat dengan sehat dan diredhai oleh ALLAH SWT..

    amin..

    Thursday, August 5, 2010

    Jika isteri menangis dihadapanmu….

    Jika isteri menangis dihadapanmu….
    “hargai lah ia sblm terlewat…”

    Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
    itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
    Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
    Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
    Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

    Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
    Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

    Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
    Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

    Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

    Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

    Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

    Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
    TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
    SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
    PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
    Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
    Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
    Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
    Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
    Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
    TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

    Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
    Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… 

    Wednesday, August 4, 2010

    SyaRiaT KeLaHirAn

    Info utk kawan2 yg bakal menimang cahaya mata. Adab menyambut kelahiran anak.

    Beri khabar gembira dan tahniah atas kelahiran bayi
    ucapan tahiah kepada pasangan yg dapat anak merupakan satu cara meraikan kegembiraan tersebut.
    Tujuan: menyampaikan khabar gembira untuk menanamkn perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

    Azan dan Iqamat
    Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi.

    Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah antara rahsia "azan" & "iqamat" adalah
    • kalimah-kalimah kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yg meresap ke dalam hati sanubari insan yg baru lahir.
    • satu penyataan syariat Islam yg berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat

    Tahnik
    Membuka atau memecah mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar yg dikunyah oleh org alim dan bertakwa.

    Isi buah tamar dikunyah diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dlm mulut bayi, ke kiri dan ke kanan mulutnya. ini dilakukan sehingga kurma tadi menyentuh keseluruhan mulut sehingga ke rongga tekak bayi.
    Hikmah amalan ini adalah untuk menguatkan saraf mulut dan mempersiapkan bayi berkenaan utk menghisap susu dgn sempurna.

    Buah tamar juga boleh digantikan dengan gula atau madu lebah.

    Beri nama yang baik
    Nama anak seharusnya diberi dengan nama2 yang baik. Rujuklah buku2 nama anak yg banyak dipasaran kalo nak tahu makna nya..kan lebih baik dari melulu je letak nama utk anak.

    Sunat memberi nama yg baik dan mencukur rambut pada hari ke-7 kelahiran bayi.

    Nama yg digalakkan:
    • nama-nama nabi
    • nama-nama yg diambil drpd Asma 'Ul Husna
    • nama para sahabat nabi

    Nama yg dilarang:
    • nama-nama yg buruk yg menjadi cemuhan masyarakat dan menjatuhkan maruah anak tersebut
    • nama-nama yg khusus kepada ALLAH swt spt Ahad
    • nama-nama dgn sebutan Abdul (hamba) yang dikaitkan dengan sesuatu yg selain Allah. contoh: avdul Uzza ( hamba berhala Uzza), abdul fulus (hamba duit)

    Tuesday, August 3, 2010

    MakiN TeNang

    Semakin hari Semakin tenang..

    Alhamdulilah..
    aku harap perasaan ini akan kekal sampai bila-bila..

    Tenang,
    tak boleh dibeli di kedai..
    tak boleh dipaksa utk merasai nya

    hanya dikurniakan oleh YAng Maha Esa..

    Monday, August 2, 2010

    AKu HaraP sangat..

    Aku Harap sangat..

    • semuanya akan baik-baik belaka..
    • master aku dapat di habiskan dengan jayanya
    • dapat baby tahun nie, insyallah..
    • rezeki dimurahkan ALLAH
    • puasa penuh bulan ramadhan ni
    • terawih setiap malam
    • kehidupan aku dan hubby bertambah baik
    • hubby sehat dan kerja rajin2..
    • hubby dapat post yg kat seremban tuh..
    • opah sehat selalu dan ceria selalu
    • papa sehat dan dapat buat kaki palsu
    • montel berubah menjadi lebih baik dan baik
    • emak sehat dan tak sakit lutut teruk
    • abah sehat dan berjaya dalam apa jua yg abah buat
    • along happy dengan life sekarang dan cepat dpt jodoh
    • fatiah happy dengan kejer dan cepat dapat jodoh
    • atil dapat abiskan ACCA dia dengan cepat
    • bulun belajar sungguh2 dan dapat result okay
    • abby kejer dengan elok dan kumpul duit banyak2
    segalanya dimakbulkan ALLAH.. amin

    Followers