Labels

Resepi (75) Memories (40) My Stuff (38) Sembang-Sembang (38) Baby (36) Love (34) Rawatan Kesuburan (32) makan-makan (32) Vacation (17) Wedding (11) Cake (10) Dessert (9) My PEt (9) Kueh (7) Sayur (7) Roti (6) Ayam (5) Daging (5) Ikan (5) Pasta (5) Biskut (4) Dapur (4) Giveaway H.O.K (4) Pastry (4) Potato (4) BBT (3) BantaL Busuk (3) JusT Sew iT (3) Mesin Jahit (3) Nasi (3) Sambal (3) Sotong (3) Tak mo gemox (3) Tutorial (3) WordleSS (3) perangai preggy (3) Diet (2) Layazz (2) Minum Petang (2) Nasi Ayam (2) Udang (2) Ulam (2) nasi kandar (2) tilam dan bantal (2) Acar (1) Cendawan (1) Doa Dhuha (1) Giveaway Contest (1) HSG (1) Jem (1) Kerepek (1) Lontong (1) Luahan rasa (1) Masakan Arab (1) Meehoon (1) Movie (1) Petai (1) Telur (1) Tempe (1) WTS PillOW (1) Western (1) minuman (1) semangat (1) ww (1) zikir (1)
Showing posts with label semangat. Show all posts
Showing posts with label semangat. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Jangan takut utk buat rawatan!

khas utk kawan TTC..

salam semua..
aku just nak berkongsi pandangan dan pendapat sambil memberikan semangat utk kawan-kawan TTC yang lain..khasnya kepada yg belum mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, private or klinik-klinik sakit puan.

sebelum itu tahniah kepada ANIE yang telah memulakan langkah utk menjalani rawatan kesuburan di hospital kerajaan. memang satu tindakan yg bijak dan berani. aku paham bukan senang nak membuat keputusan kan. rasa takut dan tak bersedia mesti ada dalam pikiran masing-masing. takut nak menerima apa-apa keputusan yg dicakap oleh doktor..macam-macam la kan..

tapi jikalau tak buat rawatan di hospital macam mane nak tau apa masalah kita. sebab sekarang nie penyakit macam-macam. tambahan pula yg di dalam, benda yg tak nampak. so, mesti kene jumpa doktor. at least selepasa setahun berkahwin jikalau masih tiada menimang cahaya mata. mesti kene ada kerisauan dalam diri kita.. so, kene jumpa doktor utk tgk apa masalah kita.

macam aku dulu..benda yg sama kot apa yg korang rasa. takut. malu ngan doc. mcm-mcm..tp memandangkan ada tanda-tanda pelik dan sakit semasa period dan sakit ketika bersama..aku terus kuatkan semangat utk jumpa doc. en suami jgn kata la..dia mmg suruh ajer..yelah yg nak kene check kita kan..bukan dia..so perasaan takut itu mungkin diorang susah nak paham kot..pompuan biasalah kan..mesti penakut kalo bab-bab jumpa doc kan..

selepas pergi jumpa doc..baru aku tau mmg aku ada masalah dalaman..dari situ la aku dpt tau ada endometroisis.. dan rahim aku terbalik..so, patut la sukar dapat anak..itu sebabnyaa..kalo tak jumpa doc sure sampai sekarang aku anggap yg aku nie mmg xboleh dpt anak ..aku mandul ke..mcam-macam lagi la yang aku pikir..alhamdulillah...tiada apa yg nak dimalukan bila berjumpa doc..walopun doc itu seorang lelaki..dioarang mmg profesional dan mmg hendak menolong ibu-ibu yg macam kita nie..

so, aku harap kawan-kawan yg lain jangan putus asa atau lemah semangat ek. korang kene jugak buat rawatan. kalo tidak sampai bila pon tak tau apa sebab nye..jikalau dah buat rawatan tapi masih belum ada rezeki..barulah kita boleh cakap mmg kita org yg istimewa yang dipilih oleh ALLAH utk diuji dengan cara sebegini..kene yakin, usaha..dan sentiasa bertawakkal kepada ALLAH..

aku jst nak share..sbb ini apa yg aku lalui..sehingga lah rezeki itu diberi kepada aku..
dan sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH..sesungguh nya DIA tahu apa yg terbaik utk hambanya..

insyaALLAH..
amin..

Followers