Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Sunday, March 6, 2011

Brownies Simple

hari tue aku ade buatkan brownies untuk cik abang ku..dia suka sangat brownies..
sehari dua hari tue nampak mandom je bile balik dari kerja..so bagi menghiburkan hati nya..aku buatkan brownies

balik je dari kerja..terus tersenyum lebarrrrrr..
senang je cara nak amik hati dia..hehe

resepi asal: http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula (boleh campur gula perang + gula putih)
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min
[aku terletak lebih sket serbuk koko]

 Rasa memang sedap..kejap je dah licin..

Friday, December 31, 2010

#25 Condensed Milk Butter Cake

resepi dari: En mat Gebu

Kek nie aku buat sebab takda benda nak bawak untuk melawat maknyah. ucu dan andak hari nie. so, terpikir pulak nak buat kek nie sebab bahan-bahan nye simple sangat. semua ade dlm peti ais. komen from my aunty this cake sedap..my uncle makan byk betul..seronok tengok dia makan..hehhe..satu kepuasan bile tgk org berselera makan ape yg kita masak..


















BAHAN-BAHANNYA :

120 gram mentega berkualiti tinggi
120 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum)*
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 cawan susu pekat manis
45 gram gula halus
2 biji telur gred A
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin kek berukuran 7 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula hingga putih. Masukkan esen vanilla dan garam, putar hingga gebu. Tuang susu pekat manis dan putar lagi hingga sebati.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata.
  4. Akhir sekali masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga mendapat adunan yang licin, jarak masa antara 1 biji telur ialah 1 minit. Tuang dalam tin tadi dan bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2.
  5. Uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah, jika keluar bersih tandanya kek anda telah masak. Uji kek kira2 5 minit tempoh terakhir masa membakar. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan. Taburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan, jika suka...

Tuesday, December 28, 2010

#22 Marble Cheesecake

Today i bake marble cheesecake..tekak nie teringin nak makan ciskek la pulak.
jadi, kenela buat nye. yogurt ader, cream cheese pon ade..cuma nak kene beli whipping cream and biskut merri jer. tak pe bisa diatur. resepinye aku cari dari blog hanamemories.

        Bahan-bahan:

        Base (lapisan bawah)

  • 100g biskut marrie @ apa-apa biskut yang sesuai
  • 50g butter - dicairkan - hana buh 40g je
        Filling Cream Cheese
  • 200g creamcheese (suhu bilik)
  • 75g gula halus
  • 135g yogurt plain @ apa-apa perisa ikut citarasa
  • 10g tepung jagung
  • 1 biji telur saiz B
  • 80ml whipping cream
  • 1/2 sudu besar jus lemon
  • 1/2 sudu besar lemon zest
  • sedikit coklat emelco - untuk buat marble
  • Loyang loose pan 7 inci yang dibalut dengan aluminium foil

     Cara-cara:

    Untuk Base (Lapisan Biskut)

    1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair sehingga jadi macam serbuk roti. Tekan-tekan dalam loyang yang telah dialas dengan kertas minyak dan simpan dalam peti selama 15-12 minit (bukan sejuk beku ye).
     Untuk Filling

    1. Panaskan oven 130 C.
    2. Putar creamcheese hingga sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan yogurt, putar lagi. Masukkan tepung jagung dan whipping cream dan pukul sebati. Akhir sekali masukkan jus lemon, lemon zest dan telur. Putar lagi sekadar untuk sebatikan semua adunan.

    3. Tuang dalam loyang yang telah sedia dengan lapisan biskut tadi, ambil 1 sudu besar adunan dan campur dengan sedikit coklat emelco. Letak secara rawak diatas permukaan adunan dan lorekkan guna lidi satay.

    4. Bakar dengan suhu 130C selama 1 jam 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing dengan cara steam bath (1 loyang berisi air panas kemudian baru letakkan loyang kek yang telah dibalut dengan aluminium foil).

    5. Bila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam oven selama 1 jam (masa ni kek masih lagi sedikit lembut dibahagian tengah, kek akan keras sendiri bila disimpan dalam peti, buka sejuk beku ye) kemudian balut loyang kek dengan plastik wrap dan simpan dalam peti selama 12 jam atau semalaman sebelum dihidangkan.

    6. Lorekkan ditepi keliling kek dengan pisau yang bermata nipis agar kek tidak melekat pada loyang. Kemudian boleh la dilonggarkan loose pan tadi dan dihias ikut cara masing-masing. (jika perlu, celupkan dulu mata pisau dalam air panas, kemudian lap dan baru digunakan).

Tuesday, December 21, 2010

#20 Kek Batek

permintaan en hubby,
teringin pulak nak makan kek batek..

Bahan:
1 paket biskut marie (dipatah 2)
1/2 tin susu pekat manis (ikut rasa masing-masing)
180 gm butter
100 gm choccolate cooking bar
1/2 cwn milo
1/3 cwn fresh milk (kalo xde air panas pon ok)

Cara:
  1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali biskut.
  2. masak dlm 10 min
  3. masukkan biskut dan gaul sebati
  4. masukkan ke dlm loyang yg disapu butter
  5. sejukkan 1-2 jam sebelum dipotong

Tuesday, December 14, 2010

#18 Rainbow Choc Cake

tekak nie terasa nak makan choc kek la pulak..
kene buat nie..

kek nye sungguh moist dan sodapp..
(masuk sendiri angkat bakul) tapi memang betul sedap wehh..xtipu
yg penting>> en suami cakap "sedap nyee ayang masak..suka2"

sori la gambar kurang menarik..penat sgt nak snap..

kek dah dipotong..baru teringat nak snap




















bahan:
1 cwn tepung naik sendiri (125 gm)
1 1/4 cwn gula perang
1/2 cwn serbuk koko (any brand)
1/2 cwn fresh milk
1/2 cwn air
1/3 cwn minyak jagung ( i guna olive oil sbb xde)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk esen vanila
1/2 sk jus lemon

cara:
panaskan oven 160-170 degree celcius
ayak tepung, soda bikarbonat dan koko
masukkan gula perang dan kacau
masukkan susu segar, air dan esen vanila
masukkan minyak dan jus lemon
bakar 30 minit

** resepi nie senang. tak guna butter dan telur dan tak payah jugak guna mixer..cuma perlukan senduk dan mangkuk ajer..mudah kan..

Wednesday, October 6, 2010

#17 AppLe CruMble

tetiba teringin nak buat apple crumble..
jom share resepi..

RESEPI:

bahan A:
4 biji epal (dipotong dadu)
3 biji pisang (dipotong dadu)
2 sudu gula perang
1 cawan susu segar
1 sudu kecil cinnamon powder

bahan B: (crumble)
100 gm butter sejuk (dipotong dadu)
2 cwn tepung gamdum
4 sudu gula perang
nestum/badam/walnut - ikut suka hati korang nak letak byk ke skit.

cara:
1. bahan A dimasak dengan api perlahan sehingga epal jadi lembut
2. biarkan ia sejuk.
3. bahan B: campurkan butter sejuk + tepung. ramas dengan tgn hingga jadi serbuk roti. then, bile dah jadi macam serbuk roti. campukan gula dan nestum. gaul je ngan sudu..
4. masukkan bahan A yg telah disejukkan ke dlm bekas cupcake/muffin. then letakkan bahan B yg telah siap (crumble) di atas epal tue.. jgn tekan tepung tue..
5. bakar dlm oven dlm 20 min..
6. siap..makan panas2 sedap..letakkan skit aiskrim vanila di atas epal crumble tue..sedappp!!

selamat mencuba.
p/s: xsempat nk snap gambor..laku mcm pisang goreng panas.

Friday, July 2, 2010

#7 ChEEzzy CAkE SeDAp

2 July,

malam semalam mission membuat cheese cake tercapai.. resepi aku amik dari blogger tapi dah tak ingat yg mane satu..simple dan sedap..dan senang nak buat..(tq en suami: sbb tolong buatkan base utk kek nih)..rasa kek nie sama mcm secret resepi..no doubt..yeahh!!..

mak mertua kata: ros, nnt buat besor2 cheese cake ni ek..sedap..dah boleh buka bakery dah nie..
ros: hehee..ye ke mak..(kembang bontot kau..)..tq mak..

rupe2 nye mak aku peminat cheese cake..tak tau la plak..hehhee..dah amik hati mak aku..menantu kesayangan la aku nnt..hehhehe



dan inilah hasilnye.






ReSepI cHeeSe CakE

Monday, June 7, 2010

#4 Bloomin' Brilliant Brownies

Brownies nie En Suami yang buat..sedapp..hehehe..so if nak try..leh la amik resepi kat bawah tue ek..pandai2 laa otter..ape yg nak kurang..or nak lebihkan..selamat mencuba..nyummyy...

ingredients

• 250g unsalted butter
• 200g dark Fairtrade chocolate (70% cocoa solids), broken up
• optional: 75g dried sour cherries
• optional: 50g chopped nuts
• 80g cocoa powder, sifted
• 65g plain flour, sifted
• 1 teaspoon baking powder
• 360g caster sugar
• 4 large free-range or organic eggs
• optional: zest of 1 orange
• optional: 250ml crème fraîche 

Saturday, April 3, 2010

#3 KEK SARANG SEMUT

kek gula hangus nie dimasak oleh EN SYAZWAN, suamiku tercinta..

sedap..jadi pulak tuh..hebat..resepi di ambil dari internet..

jom tengok gambar kek di bawah:


Wednesday, February 10, 2010

#1 Kek Coklat Kukus

Jom kita kongsi resepi :)

Bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking Powder
1 sudu teh soda bikabornat
2 biji telur Gred A
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis (boleh kurangkn ikut selera)
1 cwn minyak mazola (kalo takde minyak biasa pon boleh)
1 cwn air panas

Cara membuat:

- Ayak bersama tepung gandum, soda bikabornat dan serbuk koko.
- Satu bekas lain, pukul telur, minyak, susu dan gula hingga sebati (tak payah pakai mixer)
- Masukkan tepung yang telah diayak tadi dan kacau hingga sebati
- Last sekali, masukkan air panas dan kacau lagi.
- Adunan ready untuk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Inilah hasil nya: (Acuan nya lebar sangat tue yang kek nipis aje) Rasa gerenti sodap!


Selamat Mencuba kawan-kawan. Mudah saja.

Followers