Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran Kepada Semua !

Esok Raya!!

Raya tahun nie disambut secara sederhana saja oleh aku dan suami
tahun nie kene jimat lebih sket. =)

raya tahun nie juga..tema baju tak sedondon macam tahun-tahun yang lepas. Aku hanya pakai baju lama yang mana dah ditambah dngan sedikit renda..hehe..En abang pulak aku belikan dia sepasang baju melayu. Kesian tahun lepas pon xde baju baru. so, tahun nie aku belikan baju baru utk dia, hasil wang kumpulan aku beberapa bulan. happy sangat dpt belikan dia baju baru =)

okayla, kepada semua kawan-kawan dan bloggers yang sering mengunjungi blog aku nie.
aku ucapkan selamat menyambut hari raya. maaf la kalo ade silap dan salah. tersalah tulis ker. terasa hati dengan ape yg aku tulis di blog ni. Ampun ku pinta.

semoga raya pada tahun nie dapat mengeratkan lg tali persaudaraan sesama kita. amin

p/s: Walaupun hati terasa sedih mengenangkan nasib beraya berdua sahaja. tapi aku pasrah. harap-harap rezeki ALLAH ade selepas hari raya yang mulia ni.. amin.. jangan pernah putus berharap kepadaNYA..

Wednesday, August 24, 2011

Ghayer Oh Ghayer!!

Lagi beberapa hari je nak masuk bulan Syawal. Tinggallah Ramadhan. Sedih.Best juga dapat berpuasa se-bulan (walopun tak penuh la kan) harap maklum.Harap-harap dapat la menyambut Ramadhan yang akan datang. Amin

Bile sebut je Syawal. Ape lagi nak ghayer la kan.

Bile sebut ghayer. Mesti nak hader...

Biskut ghayer (sah-sah tak buat, kuih tunjuk aje. yang penting murah. ^__^)
 

Baju ghayer (rotate baju lama, kos baju dah kene potong daa..)
 

Duit ghayer (sorang bagi singgit aje, budget dah lari tahun nie)
 

Kad ghayer (ade ke lagi? hantar online jer. jimat kos)

Mercun/Bunga Api ghayer (aishh..xboleh..putus jari sape susah)

Saman ghayer (nie harap-harap tak kene, kamikan pemandu berhemah) 

Jamuan ghayer (Adus, nie yang menakutkan nie, nak masak ape nie..mak..tolong saya!!) 

dah brape banyak ghayer daa...

pening-pening..

jom bakar lemang jom..




Monday, August 22, 2011

Count On ME



i'm Alone

hari nie berbuka sorang-sorang di rumah. en suami berbuka di opis nye hari nie. bosan nye. tak pe la nak buat cmne kan. yang best nye. aku berbuka nasi impit, lauk rendang tok, rendang daging dan kuah kacang. dah macam di pagi raya plak rasanya. memang menyelerakan. sedap hingga menjilat jari.

blupp..Alhamdulillah..syukur nikmat rezeki ALLAH berikan.

Sunday, August 21, 2011

Bergedil Kentang bersama Ayam

Al-kisah cerita bergedil kentang ku bersama ayam cincang.

Petang tadi berjalan-jalan ke pasar ramdahan dan terlihat la soto ayam. sangat mengiurkan waktu tue la kan. standard org lapor kan. Lalu kami membelinya. tapi sikit sangat la nasi impit dan ayam nye. kuah punyala banyak. so, balik rumah aje terus masak nasi impit ADABI dan sesi membuat bergedil. Baru sedap bile makan soto kan. Actually, soto tue kami beli untuk bersahur pagi esok. malas nak masak sahur. tue yang beli je. Ingatkan dah tak payah ke dapur tapi kene jugak aku ke dapur membuat bergedil. lauk beli macam tue la kan.


Bahan:

4 biji kentang (dipotong dan digoreng dan kemudian dilecek halus)
sedikit ayam cincang/kisar (digoreng sekejap)
1/2 bj bawang besar (potong dadu kecil)
1 bj cili merah (dihiris halus)
1/2 s/k herba ketumbar (ditumbuk halus)
1/2 s/k herba jintan manis (ditumbuk halus)
lada hitam dan garam secukup rasa

1 bj telur (dipukul dlm bekas kecil)
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali telur.
2. bentukkan bulat2 lebar bahan kentang tersebut dan dicelup ke dalam telur
3. di goreng dengan api yang perlahan sehingga garing kekuningan
4. siap utk dihidang

Saturday, August 20, 2011

Kuih Tepung Bungkus

untuk juadah berbuka puasa. pencuci mulut, aku buat kuih tepung bungkus. ini pertama kali nie nak buat. tak tau la menjadi ke idak. trial and error aje. dan hasilnya ...


tadaaaaaaaa...




Bahan-bahan:
1 cwn tepung gandum + 3 sudu besar tepung beras
2 cawan santan
secubit garam
daun pisang di layang skit ke atas api kecil

utk inti:
1/2 biji kelapa parut
2-3 keping gula melaka
4 sudu tepung pulut
sehelai daun pandan di simpul

Cara-cara:
-Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut (aku xbuat yg nie. malas) Ketepikan dahulu. 

-Bancuh tepung bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. sampai nampak likat. jangan sampai keras tepung tue kalo keras, masukkan sket air dan kacau lagi. 

-Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit.

Opor Sotong

Hari nie En abang nak makan sotong. dah lama tak menjamah sotong katanya. tak kesah la masak ape asalkan sutun. pikir punya pikir maka terasa nak buat "opor sotong". resepi amik dari blog CMG.

resepi nie ringkas dan senang. CMG punya kering tak berkuah. aku punya aku buat lebih sket kuahnya. nanti ade la kuah nya bile nak makan. rasa memang sedap. terbaek!!



BAHAN-BAHANNYA :
1 kg sotong, kerat bulat, cuci bersih dan celur sekejap, toskan
2 camca besar ketumbar serbuk
2 camca besar jintan manis/jintan kasar serbuk
4 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
5 camca besar cili kisar
1 inci lengkuas, dititik
1 batang serai, dititik
1 cawan santan
2 helai daun limau purut
2 camca teh kerisik
Garam dan gula secukup rasa (mat guna gula melaka)
Minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis, kacau rata dan masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut dan kerisik, dan santan hingga masak sekejap dan bila kuah pekat masukkan sotong gaul rata, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Rasa dan jika ok boleh diangkat. Hidangkan panas bersama nasi hangat..

Monday, August 15, 2011

|SederHana Lebih Baik|

raya tahun nie..aku tak beli baju raya baru. just pakai bj kurung yang lama ajer. baju kurung bukan selalu pakai pon. nie bukan kes kedekut nak beli tapi kene save sikit tahun nie. macam-macam benda nak buat. yang paling penting saving for our future.

janji..happy. aku xkesah pon kalo xde baju baru. dah besar kan. bukan bebudak lagi. lagi pon aku tak kerja. kalo nak minta banyak2. sian kat en suami. tak nak beban kan dia. mana nak letak tepi duit untuk duit raya, barang dapur, kos travelling perak,KL dan ke johor..macam-macam lagi la.

tapi kalo diizinkan tuhan. aku nak siapkan baju kurung satu untuk aku dan baju melayu untuk en suami. tapi tak tau la dapat siapkan ke idak? sedih gak bile rasa mcm xdpt je nk siapkan bj melayu en suami. sian dia. tak pe..aku try..kalo xboleh jugak mmg xde rezeki nak pakai masa raya nanti la. =(

lagi 2 minggu je. persediaan xde pon lagi. kuih pon xde tempah. maybe beli je kot nnt. segala-galanya simple ajer. hmm..adakah raya tahun nie rasa macam tak best ajer?&%#

tetap rasa gembira sebab masih dapat berhari raya bersama suami terchinta. walopun masih berdua..sabar aje.

sweet memory - aidilfitri 2010


Sunday, August 14, 2011

|Bahagia di mata Siapa|

bahagia di mata orang
belum tentu bahagia di mata sendiri

bahagia di mata sendiri
belum tentu bahagia di mata orang

bahagia tidak boleh diukur dengan adanya anak
bahagia tidak boleh disukat dengan penimbang
bahagia tidak boleh dilukis atas kertas
bahagia tidak boleh ditafsir dengan nujum

bahagia ada dalam seketul darah (hati) manusia
bahagia juga anugerah dari ALLAH
dan
bahagia juga tidak boleh dibeli dengan wang ringgit

ia boleh datang dan ia boleh pergi sekelip mata



|Apa Orang Kata|

apa orang kata jangan kesah
apa orang nilai jangan kesah
kalau semua kita nak kesah
memang tak akan pernah abis

yang baik jadi tauladan
yang tak baik jadi sempadan

kita dah cukup dewasa
untuk fikir
untuk buat keputusan
untuk bersuara
yakin dengan diri sendiri
berserah kepadaNYA
syukur kepadaNYA

jangan pernah benci diri sendiri
jangan pernah hukum diri sendiri
segala yang datang hanya DARINYA
DIA yang tahu apa yang terbaik
untuk diri kita


Friday, August 12, 2011

Tadaaaaaaa!! it is a machine

Olllaaa everybody...

this is my machine! bought by my hubby to me as a present. love u darling!

the brand is BROTHER. At first i want to buy SINGER model. but when we arrived at the shop, this machine be an eye-catching to me. Plus, the price also reasonable and affordable. but of course la, i'm not the one who pay for this machine. wink wink..hehe



SewinG ProJect: Cushion CoVer

ProjecT No.2

It's a cushion cover (40'x40'). Special for my hubby.



SewinG ProJect: Pocket TissUE CoVer

ProjecT No.1

I've made a pocket tissue cover. It's simple and easy for a beginner like me. i'm soo satisfied. Feel like a magic spell that encourage me to sew more and more. XOxo


Jom sewing !!

Thursday, August 11, 2011

HouseWife

satu hari, kawan aku bertanya

Cik H: Orang KeciL,cm hgpa xkeje tetap,mmg gantung kt hubby,rs down tak umur 27 tp xde career?means,org slalu  attack hgpa dgn sokln2 cmtu x?

Orang Kecil: aku terdiam seketika. kawan aku nie la org yang pertama sekali yang bertanya kan tentang nie kepada aku. terima kasih. selama nie hanya aku seorang yang berfikir pasai nie. rupa-rupa nya ada juga insan lain yang sudi bertanya. Lately nie memang tak dinafikan..memang aku kadang kala rasa down sebab tak de kerja tetap lagi. bak kata orang kerja makan gaji la.yelah keadaan, masa, tempat yang tak mengizinkan ak mendapat kerja yang sesuai dengan bidang aku. tapi aku still gembira sebab bekerja sendiri..hehe..

pernah juga satu hari tue meracau. menangis satu malam. teresak-esak. mengenangkan diri ini macam useless. yelah sebelum nie takde pengalaman menjadi penganggur kan. welcome to a new world!! tanam anggur. tapi bila pikir balik..buat ape menangis. ALLAH dah rancang sehabis baik untuk aku. Maybe ini masanya aku buat sesuatu untuk diri sendiri. kalau dulu tak banyak masa yang aku guna untuk diri sendiri. pagi kerja balik lewat petang. malam dah penat. banyak jugak masa untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. alhamdulillah. dan yang paling penting berbakti untuk suami.

hina sangat ke menjadi seorang suri rumah. kemewahan hanya sementara. kebahagiaan tak boleh dibeli dengan wang ringgit kan.

aku hanya berharap famili aku paham. dan bukan senang untuk memahamkan mereka. yelah anak mereka belajar tinggi-tinggi..tapi tak kerja. yang penting aku happy dengan kehidupan aku. kalau nak puaskan hati orang lain memang takkan boleh punya kan..

thanks HELDA..kekadang ko buat aku berfikir. terima kasih.

Up or Down

ada kalanya apabila kita bangun pagi saja rasa macam tak bersemangat. Pernah tak? Kenapa? apa tidur kita tak cukup? mimpi tak indah? ker sebab ade benda yang kita tak nk buat hari tue?

dan ada kalanya bila kita bangun pagi kita akan rasa semangat! yeah..seronok. puas tidur ker? apa sebabnya? mimpi indah berbunga-bunga ke? or ade benda yg menarik untuk dilakukan yang buat kita rasa semangat?

kalo tak pernah rasa dua-dua keadaan tue. memang tak normal.

so..its up to u to choose..


Wednesday, August 10, 2011

KoLo?

haa..tak tahu ke ape tu KoLo?

hanya aku je yang tau.
resepi terbaru..ye ke ^hader aku kesah^

Kopi + Milo = KoLo..

konon nye nak buat ala NESLO..KoLo pon jadi la. hehe

cuba la baru tau rasa macam mane? ada kawwwwwww!!..

Sorry ..yang nie Teh Tarik bukan KoLo..


Followers