Saturday, August 20, 2011

Kuih Tepung Bungkus

untuk juadah berbuka puasa. pencuci mulut, aku buat kuih tepung bungkus. ini pertama kali nie nak buat. tak tau la menjadi ke idak. trial and error aje. dan hasilnya ...


tadaaaaaaaa...




Bahan-bahan:
1 cwn tepung gandum + 3 sudu besar tepung beras
2 cawan santan
secubit garam
daun pisang di layang skit ke atas api kecil

utk inti:
1/2 biji kelapa parut
2-3 keping gula melaka
4 sudu tepung pulut
sehelai daun pandan di simpul

Cara-cara:
-Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut (aku xbuat yg nie. malas) Ketepikan dahulu. 

-Bancuh tepung bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. sampai nampak likat. jangan sampai keras tepung tue kalo keras, masukkan sket air dan kacau lagi. 

-Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit.

No comments:

Post a Comment

* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)

Followers