Showing posts with label Potato. Show all posts
Showing posts with label Potato. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Bergedil Kentang bersama Ayam

Al-kisah cerita bergedil kentang ku bersama ayam cincang.

Petang tadi berjalan-jalan ke pasar ramdahan dan terlihat la soto ayam. sangat mengiurkan waktu tue la kan. standard org lapor kan. Lalu kami membelinya. tapi sikit sangat la nasi impit dan ayam nye. kuah punyala banyak. so, balik rumah aje terus masak nasi impit ADABI dan sesi membuat bergedil. Baru sedap bile makan soto kan. Actually, soto tue kami beli untuk bersahur pagi esok. malas nak masak sahur. tue yang beli je. Ingatkan dah tak payah ke dapur tapi kene jugak aku ke dapur membuat bergedil. lauk beli macam tue la kan.


Bahan:

4 biji kentang (dipotong dan digoreng dan kemudian dilecek halus)
sedikit ayam cincang/kisar (digoreng sekejap)
1/2 bj bawang besar (potong dadu kecil)
1 bj cili merah (dihiris halus)
1/2 s/k herba ketumbar (ditumbuk halus)
1/2 s/k herba jintan manis (ditumbuk halus)
lada hitam dan garam secukup rasa

1 bj telur (dipukul dlm bekas kecil)
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali telur.
2. bentukkan bulat2 lebar bahan kentang tersebut dan dicelup ke dalam telur
3. di goreng dengan api yang perlahan sehingga garing kekuningan
4. siap utk dihidang

Saturday, May 7, 2011

Hot Spicy Sardine with Potato Slices

breakfast nasi lemak pagi nie..aduh..my hubby teringin makan capati la pulak. so, kami tuju kedai mamak je la. capati murah kat kedai ni. harga cuma RM1 sahaja. ala2 1 malaysia pulak kan. hehe.

lepas je makan, terus menuju ke umah mak kakak wahida, nak amik peti ais. ihksan diorang. tenkiu akak..yeah ade peti ais dah..huhu..bab angkat tue. kami berdua handle. guna myvi ajer..sebbaik muat. hebat la myvi. semua boleh sumbat. haha..

panas betul sekarang nie. petang je hujan. for lunch, igt nak makan luar. tapi malas giler nak keluar. so terpaksa la masak sket.. sardine je la. kali ni nak try SARDIN MARINA..PON PON..HO HO.. selalunya guna cap ayam brand ajer. bosan la..tapi masak sardin mmg sonang. aku suka pedas2..baru ade umhhh..letakkentang sket. then, goreng sayur sikit. mane boleh makan takde sayur. (en hubby mmg tak suka makan sayur).
xde la melawak aje. jgn mare abe. hehe u suka mkn sayur kan sbb tue kulit u lembut ajer..kalah kulit i..hehhe





resepi:-
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
4 biji cili padi
1 biji kentang
1 tin kecil sardin (any brand u suka)
1 biji limau kasturi/asam jawa pun boleh kalo xde limau
garam dan air secukup nye
sedikit minyak zaitun utk menumis
1 helai daun limau purut (optional)

cara:
  • gorngkan kentang dahulu. kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut dan cili  padi yang telah dihiris. goreng sehingga kekuningan.
  • masukkan sardin dan sedikit air. kacau rata
  • masukkan secubit garam secukup rasa. masak dalam 10 min dan
  • siap dihidangkan
aku rasa semua org tahu masak sardin..masing2 ade style sendiri. kalo xtau masak sekali pon sure tau masak sardin. okeh.. sampai sini dulu..nak mandi n solat zohor daa..

adios..selamat menjamu selera ek!

Thursday, December 30, 2010

#24 Spiral Potato

Petang-petang nie bosan pulak..nak buat ape ek? sambil tengok cerita "sivaji the boss" di dapur..aku teringat kan spiral potato..camner org buat ek jadi spiral??? so, aku pon aper lagik bukak u-tube dan aksi mencuba berjalan di dapur.

dan

inilah hasil nya...
















first trial..not bad kan..huhu
tadi cume buat 3 ketul kentang ajer..

okay..pembakar semangat nak buat lagik weekend nie..yes!

Followers