Tuesday, May 31, 2011

i'm done...


bermula dengan ..


hari nie hari bersejarah dlam hidup aku.

dah dapat result!!

aku akan bergraduasi MASTER dengan CGPA 3.438
hasil usaha selama 4 Semester.
Susah payah mengharungi kehidupan sebagai pelajar MASTER.

Alhamdulillah aku tamat juga bergelar siswasah sarjana Kejuruteraan air.

Roti Canai

 resepi kat bawah nie memang bagus..roti sangat sedap dimakan..setanding la kat kedai mamak..haha..
tapi sowi la gambar kurang bagus..nie maknanya tak pandai nk kebar dan bakar..tue yg jadi mcm kat dlm gambor tue..tapi yg pasti mmg terbaek!!..thanks kepada or yg bg resepi nie..



Roti canai
from: myResepi.com 

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
  1. masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh
  4. rehatkan doh selama 10min
  5. uli lagi selama 5min
  6. **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  7. advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  8. bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.  
roti yg telah diuli dan dibahagi kepada 11 pcs
*nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
**tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.  
***lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

Monday, May 30, 2011

Lepat Labu

Memandangkan daun pisang banyak lagi. Baki guna masa buat ian bakar hr tue, aku ingat nak buat lepat labu. Lagipun hari nie en suami berpuasa sunat. Bolehla buat makan masa buka puasa nnt. hehe. Takut jugak nak buat nie. xpernah buat kuih lepat..lepat pisang ke labu ke..slalunya aku nie tukang makan je. dah siap terhidang atas meja. huhu..kali nie turn aku nak buat..

inilah hasilnya...boleh la (komen jujur dari diri sendiri..maybe lepas nie kene lebihkan sket tepung gandum kot..). yang penting tetap sedap dimakan. panas2..nyummy..


Kelapa parut tue patut letak dlm..aku letak atas..layan..panas2 makan ngan sudu la jawabnya

LEPAT LABU 

Bahan-bahan ( 10-15 keping )
  • 1/4 biji labu kuning
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 - 2 sudu besar gula
  • Kelapa parut + garam
  • Daun pisang ( dilayur )
Cara-cara
  1. Rebus labu hingga empuk. Toskan airnya, masukkan gula dan lenyek. Sejukkan.
  2. Bila sejuk, uli dengan tepung hingga rata.
  3. Ratakan atas daun pisang, letakkan sedikit kelapa parut dan gulung. Lipat kedua2 hujung.
  4. Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit.

Sunday, May 29, 2011

TTC: KeciWa


Aku keciwa lagi bulan ini..xde rezeki lagik..
kali nie dah 3 kali aku nye kitaran haid selama 43 hari..lama betul.dah agak dah ini akan terjadi.
sob..sob..
tak pe kita cube lagi..



Saturday, May 28, 2011

Amalan Dunia & Akhirat!!

Assalammualaikum...
Bunyi entry macam serius aje kan..saje je nak wat suspen.
entry kali nie..cerita tentang buku oh buku! cik Melur dah kene stat dah belajar balik subjek PMR dan SPM..nak re-sit paper ker? uihh tidak..tidak buat kali ke dua..cik melur sekarang dah jadi cikgu tuisyen..hehe..pelan2 nak amik pengalaman mengajor. bukan pandai sangat nak ajor orang. boleh la sikit2. tak teh..tak teh..

lepas nie sure hebat!!...Aku sebenarnya suka jugak nak jadi cikgu tapi takde rezeki kot..nie dpt jd cikgu tuisyen pon kira baik. cita-cita tercapai la jugak..hahaha..nak jadi mcm cikgu sekolah rendah aku dulu..cikgu AZIZ..yang bersemangat bile mengajor anak murid2 nya..sweet memori betul la..

aku buat Home Tuisyen gak..bolehlah kalo nk lepaskan duit kereta aku..huhu..



untuk bekalan akhirat..ha..aku beli AL-QURAN TAFSIR (Mushaf Tajwid)..korang selalu baca kitab Al-Quran tak? Jangan lupa baca tau hari2. Kalo lama tak baca nnt boleh lupa. lidah jadi keras..sepotong ayat sehari pon boleh..
Quran tafsir nie aku beli sbb sangat mudah untuk baca. Ada tafsir dan Tajwid sekali. so bile baca, at least ade la guide. maklum la..xde guru agama nak ajor kan..kang baca salah tajwid pulak..kene laknat ngan Quran. Nauzubillah...Harga kau beli kat book shop RM135..boleh dpt murah kot kalo kat tempat korang..

Al-Quran Tafsir " Mushaf Tajwid "

Huruf diwarnakan melambangkan tajwid. Senang utk dirujuk dan dibaca.


Harap dapat share info nie dengan uolzz..Sentiasa berubah ke arah kebaikan..insyaAllah akan dirahmati ALLAH sentiasa..Amin.

Friday, May 27, 2011

DAGING HITAM MANIS BEREMPAH

1700: Siap masak untuk dinner. Sajian simple jer. Ada daging hitammanis berempah, Terung kukus bersama air asam dan Tempe goreng tepung.




DAGING HITAM MANIS BEREMPAH

300gm daging biasa atau daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan

bahan A
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
~~~~~~~~~

2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris (ganti cili padi)
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8 (xletak)
minyak
~~~~~~~~~

bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis

cara:-
Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.
(Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu)
Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2

Terung kukus dicicah bersama air asam




TTC: +Ve atau -Ve??

Ape yg +ve? Ape yg -ve?

ini bukan cas iron ye adik2..
nie perihal org dewasa..yg tak kawin xleh baca..
pls..pls..hanya utk yg dah kawin je ek..

Bulan nie aku belum period2 lagik. Confius jugak aku. Kenapa lambat sangat nie. Dlam hati punye la berharap..pregnant ke? tapi takut nak mengharap. Buat2 cool ajer. Nak check guna pregnancy test kit pon takut. huh~~ berdebar debar

Aku bagi masa sampai akhir bulan nie, kalo xde jugak period aku check jugak! harap2 x mengecewakan seperti bulan2 yang lepas.

Doakan aku ye kawan2. Hati semakin berbunga2.
Tak salah kan mengharap walopun peluang nye seperti sekecil sebutir mutiara dilautan.
ALLAH MAHA MENGETAHUI..


Thursday, May 26, 2011

IKAN SELAR MASAK KARI Versi DurHakA

1300: Check peti ais..ade ikan 2 ketul. ikan selar. okay la wat kari je la. boleh masuk potato. dari semalam en suami asik bertanya kan xde kentang ke? 2,3x dok tanya pasal kentang. kempunan kentang kot. so, hari nie kita bagi makan kentang. hehe..suka hati :)

kari kali nie versi durhaka! sebabnya tak de daun kari. cacat masakan haku.. haiss..kat mane nak cari daun kari. hari tue g tesco tgk..daun kari SOLD OUT!! 2 hari lepas pegi pasar lupa plak nk beli..kene simpan stok kat umah nie. nak tanam. jawabnya 10 tahun lagi la..

so, dimaafkan..


**nak tergelak pulak tgk cili merah tuh..bukan aku tau pon nak buat bunga..last2 jadi gitu..paling cantek la tu yg pernah aku buat.. kasihan sang cili merah..menjadi mangsa keadaan. yang pasti lepas je guna utk tangkap gambar. cili itu akan dikorbankan dalam sayur aku..xde la membazir.**


IKAN SELAR MASAK KARI
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :~
2-3 slices of Ikan Selar ~ cleaned
1/2 tsp mixed spice seeds (mustard seeds, cumin seeds & fenugreek seeds)
4 garlic cloves ~ chopped
1/2 inch ginger ~ chopped
1 onion ~ sliced
2 green chillis ~ sliced (xletak)
1 sprig curry leaves (xletak sbb xde)
3-4 Potatoes ~ chopped wedges
1-2 cups of water (ikut suka)
2 tbsps fish curry powder
1 tbsp chilli powder
1 cup of coconut milk
1 large tomato ~ cubed (xletak sbb xde)
2/3 tsp tamarind paste
Oil

Method :~
Heat oil in wok. Saute mixed spice seeds. Add onion. Stir until fragrant, add garlic and ginger. Stir for 1 minute.
Add water, tamarind paste, fish curry powder, chilli powder and salt. Mix well and let it boil for 5 minutes. Put in the potatoes and let the potatoes cook well.
Add coconut milk. Let it boil again for 5 minutes.
Now, add the fish blocks. Cover the wok and cook under medium heat for another 8 minutes or until fish is cooked. Stir gently once awhile.
Check for salt and dish out.


1830: Untuk sayur nye..aku buat KACANG BOTOL GORENG BERSAMA TELUR. Favret en suami nie.

Resepi oleh Melur Roslan

Bahan:-
10 batang Kacang Botol aka Kelisa (dihiris serong)
2 biji Bawang merah
2 ulas Bawang putih
Sejemput Ikan Bilis
1 bj Cili merah (dihiris)
1 bj Telur (dipukul)

Garam

Cara :-
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga kekuningan
Masukkan kacang kelisa dan goreng sekejap
garam secukup rasa
masukkan telur dan gaul sebati.
siap utk dihidang



Kalo ada sambal belacan sodap lagi nie.haip..haip..jangan ko nnt tambah 2,3 pingan sapa yg susah..aku jugak..



Wednesday, May 25, 2011

SotonG OrientaL

Resepi sotong..nie baru pertama kali try..sedap..ala tomyam..masam manis pedas sumer ade..nyum2x..


Bahan2:
500 gm sotong ~ bersihkan & potong kemudian dicelur sebentar & tos (i guna 6 ekor sotong)
1 tangkai daun kari (xde ganti dengan daun limau purut)
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau / merah

Karot dihiris (boleh letak ape2 sayur yg u all suka)

Bahan2 ini dicampur jadikan pes :
2 s/besar  pes tom yam
2 s/kecil  rempah kari ikan
1 1/2 s/besar  sos tiram
6 s/besar  air panas  (letak byk sket if suka berkuah)

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bawang merah, bwg putih dan tumis hingga kekuningan.
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5  minit. Sedia utk dihidangkan.



Sambal Tempe Dan Terung

Terung.mula-mula ingat nak buat Pajeri Terung. Tapi rasa xbest plak takde udang kering. macam tak cukup bahan jer. tue yang decide last minit buat sambal terung je la. tempe pon ada dlm peti ais. so jalann...tak banyak cakap. Lately nie aku asik suka makan pedas2 ajer. sambal tumis especially..tak tau kenapa..

Bahan2
Tempe (Digoreng sekejap)
Terung  (Digoreng sekejap)
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 sudu kecil (penuh) asam jawa ~ diramas dengan sedikit air ambil jusnya
minyak secukupnya untuk menumis

Bahan dikisar halus
10 tangkai cili kering ~ dikerat & rebus kejap
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ sudu kecil belacan (dilayur/bakar kejap)
2 biji buah keras
 

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar & kacau2 tumisan sehingga garing, wangi & terbit minyak.  
2. Masukkan gula, air asam jawa & terung serta tempe yg telah digoreng. Jika perlu boleh tambah sedikit air.  Masukkan garam secukup rasa. Biar sehingga kuah agak pekat.  Pastikan secukup rasa & bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.



Keistimewaan Menjadi Isteri

To ALL my GirLFriend...Pls reAD This:

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah
subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada
tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg
soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang
sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi
benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri
berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat
pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak
berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

sumber: http://fadzlyanapermatahati.blogspot.com


Sayang ker kita kepada Suami??

Tanyalah ustaz Tv9 pagi ni: kepada suami2 yang isterinya tidak menutup aurat, maka suaminya itu adalah dayus dan tidak akan dapat bau syurga.. itu kata Rasulullah bukan kata aku.. fikir2kan..selamat beramal.. Pesanan untuk diri sendiri dan kawan2..terus berubah ke arah kebaikan..tak gitu.. aku nk jumpa suami ku di syurga nnt..huh~


Tuesday, May 24, 2011

Ayam masak merah Cinta Rose makan bersama Nasi Serai

posto..posto..


Sori la gambar  tak brape cantek. serainye dah aku buang sebelum amik gambar. hampeh. rasa mmg sodap. mesti cuba!

Resepi:-

2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan (sy guna beras perang)
1 helai daun pandan-simpul
2 cawan air

Bahan tumis:
1-1/2 sudu mkn butter
1 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih -hiris
1/2 in halia-hiris
2 sudu teh remph kurma
3 btg serai-ketuk
Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
Garam secukupnya
Bawang goreng utk hiasan

Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.



Nak Camera Instax !!!

Salam..pagi2 lagi dah meracau. bile tgk kat fesbuk kwn aku pagi nie. aku terus jerit aku nak this camera!! giler la comel..hatiku meronta2..dapatkah cik abang ku membelinya untuk ku?

Korang tau tak camera ape? haa..

Polaroid Camera from Fujifilm!
Very cute, instant photo, and trendy!



cute kan..tak pernah ada camera Polaroid nie..gadget nie mesti kene ade..kene lancarkan aksi menggoda kat en suami nie. sob..sob..(minta simpati tolong belikan) hehe

SPECIFICATIONS


INSTAX MINI 7s CAMERA
Film : FUJIFILM Instant Colour Film *instax mini*
Lens : Fujinon lens, f=60mm, 1:12.7, 2 components, 2 elements
Finder : Inverted Galilean finder, magnification 0.4, with target mark
Focusing : 0.6m - infinity
Shutter : Electronic Shutter 1/60-sec
Exposure Compensation : Manual on/off (LED indicator in exposure meter) 4 modes.
Film feeding out : Automatic
Flash : Auto flash in low light, auto adjustment, 0.2-6 seconds recycle time, range of 0.6 - 2.7m
Selftimer : No
LCD : No
Batteries : 4 AA-size 1.5V alkaline batteries, shooting capacity of 20 packs film
Body size : 119.5 x 121.5 x 70.5mm (W x H x D)


INSTAX MINI INSTANT FILM
Film Type : Instant Film
Picture Size: W 46mm X 62mm
Film Size: W 54mm X H 86mm
Exposures: 10 pcs per pack

Monday, May 23, 2011

Ikan Bakar Malim

first time nak try buat ikan bakar. alhamdulillah sebbaik jadi. sedap..hehe..mendapat pujian dari en suami. siap tambah 2 kali tue nasi..best2x. Nama resepi "Ikan Bakar Malim"..korang tau tak..ikan bakar nie terkenal kat melaka. sapa org melaka tahu kot. hari tue g makan kat sana tak makan ikan bakar. kami order ikan tiga rasa. rugi2x.




ikan bakar nie sedap makan ngan nasi panas bersama ulam-ulaman. Hari nie rajin terlebih..aku masak NASI SERAI guna brown rice. okay gak. sedap je rasanya.

resepi:-


Ikan Bakar Malim
sumber; Majalah Mingguan Wanita

Bahan2

Ikan mengikut pilihan masing- sy guna ikan kembung ajer..xde ikan siakap

bahan perapan-kisar semuanya
5 helai daun limau purut
3 btg serai
4 inci lengkuas
3 inci halia
3 inci kunyit hidup
10 biji cili kering-ikut suka
sedikit asam jawa,garam , gula dan belacan

bahan kuah asam
2 sudu cili kisar
2 biji tomato dicincang halus
semangkuk kecil asam jawa
sedikit gula,garam
3 ulas bawang merah dipotong
sedikit minyak utk menumis

bahan utk kuah kicap
5 biji cili padi
3 sudu cili kisar
4 sudu kicap manis
2 sudu kicap masin
1 sudu kicap pekat
sedikit minyak utk menumis

Cara
1. Bahan perapan digaulkan bersama ikan dan bakar ikan hingga masak.
2.Utk membuat pencicah kuah asam;panaskan minyak
3.Tumis semua bahan sehingga naik bau dan garing.
4.Buat langkah sama dgn kuah kicap.
5.Setelah siap hidangkan ikan yg dibakar bersama kuah pencicah yg dimasak tadi.
6.Boleh dihidangkan bersama2 nasi putih,timun mahupun ulam-ulaman.


Selamat mencuba!!

Sunday, May 22, 2011

Thor Best!

hari nie tgk muvi. Thor. Memang best. Tak bosan langsung. Hero (Chris Hemsworth) pon ensem..hehehe..mcm en abg saya.. tadi sebbaik tak ramai org. ingatkan tak dpt nak tgk citer dah..bile sampai je kat TGV tgk Q xpanjang pon. hati terus riang..lama weh tak tgk wayang nie..last aku tgk citer Merong.
dari 5 bintang aku bagi 4 1/2 bintang.




Friday, May 20, 2011

Masak Lemak Pucuk Paku

al fucuk al faku la..
lame sudah ku tidak makan. hari tue g fasar malam tgk fucuk faku besar2 la..terus beli. tak dapat menahan nafsu ku. ahaks. sayur kampung nie sedap dr sayur orang futih..masak fedas2 sket. baru terangkat funggung ante!!..


Bahan:
1 ikat pucuk paku
1 biji bawang besar (dipotong tebal)
5 bj cili padi (ditumbuk halus)
1 cwn santan pekat
sedikit air
serbuk kunyit
garam
1 keping daun limau purut (optional)
**Boleh juga masukkan ikan bilis atau ikan masin kalo suka.

Cara:
1. Didihkan air, cili padi, bawang dan serbuk kunyit
2. Setelah mendidih, masukkan pucuk paku dan santan
3. Kacau sehingga sebati.
4. Masukkan garam secukup rasa dan daun limau purut
5. Siap untuk dihidang. Hidang


Sambal Ikan Bilis dan Petai

Bile sebut je petai mesti teringat ann dan bada..kami geng PETAI..haha..

ann aka rehan:
makan jeruk petai dan serunding adalah wajib di bulan puasa masa kat UNITEN dulu kan. uit lupe ngan telur masin sekali. memang sedap waktu bersahur..laju je mkn. xpenah xberselera kita kan. tak boleh dilupakan kenangan tuh..

bada:
bada bile balik umah je sure cite dia mkn sambal ikan bilis petai. kalo balik asrama paling tidak sure ade tapau sambal ikan bilis petai. sampaila masa kenduri dia bertunang..ade jugak sambal ikan bilis petai. ape lag aku ngan ann laju je ceduk..hehe..sampaikan ann nak tambah nasi tapi malu..giler la penangan petai..

itu la citer petai..walopon org kata bucuk..kami tetap peminat no.1..tapi mmg bucuk pon tambah2 bile kencing..uhh...hehehhe..

Lunch hari nie: SAMBAL IKAN BILIS PETAI



layannnnn...

Bahan:-
ikan bilis
Petai
Cili Kering (diblender)

bawang merah (dihiris)
air asam jawa
belacan
gula dan garam secukup rasa

Cara:-
1. Gorengkan ikan bilis bersama bawang sehingga naik bau
2. Masukkan cili kering dan masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan sedikit belcan dan air asam jawa
4. garam dan gula secukup rasa
5.Siap untuk dihidang


Thursday, May 19, 2011

Fish Burger & Cekodok VeranGan

entry makan lagik..makan kan hari2. malam nie malas nak masak nasi, so buat burger jer. aku guna fish nugget jer. sonang. habis citer. nyap.nyap depan tv. tak elok weh makan depan Tv. tp aku buat jugak..hahaha. ape nak jadi.
aduh. berat macam tue jugak. ape ke hal nye aku nie. malas betul wat senaman. mkn dah mula control dah. senam tue malas betul nak buat. kalo la ade org boleh tolong buatkan aku senaman, then aku jd kurus kan baguihh..verangan la ko di siang hari kan..
malam tadi set katil sampai..hoye..best2. ade tilam baru dah..lembut je baring..nie yg buat tido sampai ke tenghhari nie. takde la. mestila bangun awal pagi. nak siapkan bekfes untuk en hubby tersayang.

sekarang nie rasa seperti isteri solehah plak. harap2 yela kan.. syurga tue beb..siapkan mkn minum suami. iron bj suami. uruskan rumah. basuh bj suami. wahhh..isteri terbaik la.. tak pernah rasa jd full-time housewife. baru skrg merasa nie. yela dulu sibuk kerja. pagi je mak yg buatkan bekfes. mak mertua okeh..hebat tak. bangun je mknan dah siap tersedia atas meja..sayang makk....hehehe

tapi sekarang tidak lag..aku yg kene bangun. haha..amik ko. dolu manja tak hingat!

tapi hati rasa best ajer..tenang ajer..

satu je yg rasa tak best lagik..bile nak dpt kerja nie. duit kete sapa nak bayar cik oit..harap2 dapat kerja cepat..huhu..kalo idak. en suami la yg kene bayar kan..bole yer??







Followers