Thursday, October 27, 2011

Insan yang bergelar TTC

# hanyalah sekadar luahan dan perkongsian hati ke hati

salam,

apa yg insan-insan TTC rasa sepanjang perjalanan mereka mendapatkan zuriat. Mungkin tidak semua orang paham dan ingin memahami keadaan seperti kami. Sebabnya kebanyakan orang amat senang untuk mendapatkan zuriat selepas ikatan yang sah. Yang tak sah pulak, lain cerita. Lagi la senang nak lekat. Tapi bile dah dapat buang, campak merata-rata. MasyaALLAH..Nauzubillah..

aku adalah salah seorang insan yg bergelar TTC..Aku rasa syukur sebab terjumpa kawan-kawan yang sama keadaan macam aku di internet. Sejarahnya, aku bermula dengan Blog Irtiyah. Dan seterusnya ramai lagi yg aku jumpa dan follow. Aku rasa kalau la aku tak jumpa blog-blog mereka ni sure aku jadi down, murung dan entah lah tak boleh nak dibayangkan. Dengan adanya insan-insan yang sanggup berkongsi cerita membuatkan aku lebih semangat dan berusaha keras. Bila baca je blog orang A, dia buat ini itu..then, aku cuba..baca je blog orang B..lain plak..so aku cuba..saling bertukar pendapat dan yang paling penting saling memberikan semangat antara satu sama lain. Di samping doa-doa kawan TTC..terima kasih semua.

Aku mula belajar sendiri. Kenapa aku lain dari orang lain? Kenapa ALLAH sentiasa nak uji aku? Kenapa? Kenapa? itu la persoalan yg sering aku tanya dalam diri. Adakah disebabkan dosa yang lalu? atau aku sering melupakanNYA? Adakah ada perkara yg perlu aku selesaikan dahulu sebelum mendapat zuriat? Aku tak suka budak ke? aku memang tak boleh jadi mak?

Aku terus bertanya dan masih tak menjumpai jawapan nya.dan tiada sesiapa yg dapat memberikan jawapan yang boleh menenagkan hati aku. Tangisan yg sering menemani bila aku seorang di rumah. Aku redha dan pasrah.

Hinggalah satu hari aku perasan. Aku kene berubah. Aku rasa aku kene lebih mendekatkan diri kepadaNYa. Aku tahu aku tak lah se-alim mana. Tapi aku cakap dalam diri aku aku nak cuba berubah. InsyALLAH suatu hari ALLAH akan bagi apa yg aku hajatkan. Dengan sokongan suami, aku mula mengorak langkah.

  • Aku mula dengan solat. Solat di awal waktu dan kusyuk. Kalau sebelum nie solat aku tak berapa nak kusyuk. Aku cuba focus dalam solat. 
  • Doa diakhir solat. Mungkin kita selalu amil ringan doa di akhir solat. Aku gunakan peluang nie dengan doa bersungguh-sungguh.Sebab ALLAH amat suka kepada hambanya yang selalu meminta kepadaNYA. Kadang-kadang rasa sebak dan nagngis bila berdoa. Terasa ALLAH sangat dekat dengan diri aku. Lepas aje berdoa aku rasa lega dan rasa hilang bebal dalam hati. Tak dapat nak gambarkan pada korang. 
  • Membaca Al-Quran. Aku minta pada suami belikan Al-Quran Tafsir Bertajwid. sebabnya aku nie mengaji xde cikgu. at least kalo yg ade tajwid tue yakin sikit bila baca..Sehari satu m/s pon jadi dan dibaca juga tafsir ayat nye.
  • Cuba bercakap lembut dan jauhi dari bertengkar dengan suami. Alhadulillah. Aku rasa aku dah jarang bertengkar dengan suami. maksud bertengkar tue..biasalah gaduh-gaduh manja gitu..hehe..sekarang lebih bahagia bersama dan lebih tenang aje..nie pon xdapat digambarkan. Hati nie tiada lg rungsing memikirkan anak selalu. Syaitan pon xboleh nak kipas-kipas aku, hehe..Aku lebih bersikap redha..ALLAh yg menentukan semuanya. DIA yang lebih tahu apa yg terbaik utk hambanya.
  • Rancangan TV. Aku sekarang cuba untuk lebihkan tengok rancangan agama mcm tanyalah Ustaz, Al-Hidayah, Usrah TV9, dll.. At least dapat jugak pengisian agama walopun duduk di rumah. Ustaz kata dapat gak pahal bile tgk ceramah kat tV..yelah nak ke masjid entah tahun bile..hehe..suami pergi baru aku pergi =)
  • Siaran radio..dulu aku mmg peminat HOT.fm, tapi sekarang dah bertukar kepad IKIM.fm tak tau nak citer macam mane. satu hari dalam kereta balik dari ajor tuisyen. aku rasa rungsing sangat dgr Hot.fm..asik nyanyi ajer..xdpt ape-aper..nak kata hilang stress di jalan tak rasa pon..so aku tuning radio kete then, termasuklah ke channel IKIM.fm time tue ade ceramah. Ceramah tue sangat best plak tue. menepati cita rasa aku. Cerita tentang Tahu ISLAM tak sama ngan FAHAM ISLAM. so, sejak dari hari tue la aku bertukar siaran radio..tp ade gak kalo terasa nak bukak hot.fm aku buka je..xde sekatan hehehe..
  • Solat sunat DHUHA..selalu tengok mak buat di rumah tapi xpernah folo. orang muda la kata kan. hehe..so, aku tekad nak buat Solat Dhuha..tak dapat hari-hari selang selang pon xper..so, pergi kedai buku beli Buku Solat Sunat Dhuha. Orang kata bila buat solat Dhuha nie banyak kelebihan nya. Memang betul..kene buat baru tau ape kelainan nya. Doa nya aku ade letak kat bawah..yang U-Tube tue..sedap bile dengar dan senang nak hafal..nnt dengar ek..
  • Kurangkan rasa degki dan jeles bile dpt berita kawan-kawan mengandung atau bersalin. Dulu, aku mmg tak boleh dgr berita-berita mcm nie. Sedih dan Jeles amat sangat. Walopon xditunjukkan dengan kata-kata tapi dalam hati ko..ALLAH je tau. So, lepas tue aku cuba berubah utk jd lebih redha dan ikhlas dan selalu melawat kawan2 yg baru dapat anak..semoga dengan ziarah aku, ALLAH bagi rezeki tue pada aku. 
  • Last, dulu aku selalu pikir takdir la..itu ini..sbb takde anak. so, satu hari aku terpikir..ini bukan takdir. Aku sebenarnya SAKIT. aku perlu dirawat. Kenapa takde anak? Apa sebab nye? Kene cari punca. Dulu doktor pernah cakap kat aku. masa aku disahkan rahim terbalik. kenapa doc? doc ckp..awak antara yg cacat dalam..cacat? dia gelak..takde la..nie mmg semulajadi. kita tak tau sampailah kita sakit. so, aku rasa mmg aku sakit. so, terus semngat nak buat HSG..mane la tau sbb kn tiub falapio aku tersumbat ke..sapa tau..benda dalam bukan nmpk..(kawan-kawan yg lain cuba la buat rawatan dan jangan tunggu ajer..sure setiap penyakit tue ada ubatnya) 
Hasilnya, aku sendiri tak sangka ALLAH beri juga apa yg aku pinta. Terima Kasih ALLAH..Aku harapkan Engkau makbulkan la jua doa kawan-kawan ku yang lain.. AMIN~

Banyak lagi kalo nak tulis kat sini.. entah apa la aku merepek kan. hmm..sebenarnya aku nie jenis tak berapa pandai nak luah dalam bentuk tulisan. Apa yg ada dalam kepala banyak sangat sampaikan tak tau nak tulis mcm mane. Diharap apa yg aku tulis dapat sedikit memberi inspirasi kepada kawan-kawan.


 
 Doa Dhuha - dari kump. UNIC


11 comments:

  1. mekasih org kecik@melur=))))))

    ReplyDelete
  2. kate2 semangat untuk TTC... thanks u inspired us =)

    ReplyDelete
  3. Salam

    Terima kasih.. saya pun tengah buat perubahan dalam diri.. sikit-sikit. Dengan ada perkongsian kejayaan ni.. rasa lebih semangat dan yakin untuk mengorak langkah. InsyaAllah..

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  4. irtiyah..
    same-sama la kita yek..awak jgn putus asa ek..awk dah byk berjasa tau...semangat awak tue buatkan TTC yg lain pun terus bersemangat..i wish u be a mum one day..insyALLAH...

    ReplyDelete
  5. Amin...

    Terima kasih doakan.. Moga2 Allah beri apa yg terbaik utk kita semua... Terharu ada sahabat2 TTC

    Semoga awak dan kandungan sihat dan selamat. InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...thanks melur, sbb ade kawan2 TTC nila rase kurang sikit sedih n stress..mmg orang yg TTC ni je paham perasaan kite ni kan..kalau org yg sng2 pregnant tu ssh la sikit nak paham..siap confuse knape nak kena buat itu ini..

    thanks kawan2 semua =)

    ReplyDelete
  7. hehhehe thanx mell

    thanx alot for being my fren..
    huhuhuu sangup share perasaan ngn saya
    jaD penasihat saya..insyaALLAH saya pon nk berubah ke arah kebaikan itu..

    ReplyDelete
  8. nana: setuju 100%..

    fathy: me too..seronok dpt kwn ngan awk..

    ReplyDelete
  9. tq berkongsi info dan mengingati. Insya Allah cuba amalkan..

    ReplyDelete

* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)

Followers