Thursday, July 14, 2011

Masak Lemak Udang bersama Kentang

Udang oh Udang...dimakan bersama daging goreng..


Bahan:-
Udang saiz sederhana @ besar
2 biji kentang (dipotong dadu besar or wedges)
1/2 cwn santan pekat
3 biji buah keras (ditumbuk lumat)
serbuk kunyit (untuk pewarna)
daun kunyit (dihiris halus)

blender:
6 bj cili padi
1 inchi halia
1 bj bwg merah
3 ulas bwg putih
1 cwn air

cara:
1. masukkan bahan yg telah diblender ke dalam periuk
2. masukkan kentang dan biarkan sehingga kentang kelihatan empuk
3. masukkan santan pekat dan udang
4. kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak
5. masukkan daun kunyit, serbuk kunyit dan garam secukup rasa
6. biarkan ia mendidih sekejap.dan boleh la dihidangkan bersama nasi panas.




Lazy Fried Beef

nak masak simple jer daging hari nie. bak kata orang masak time malas. hehe
tadaaa..



Bahan:-

Daging -dihiris
Rempah: Kunyit, jintan manis, jintan putih dan serbuk ketumbar
Bawang merah -dipotong bulat
lada benggala -dipotong panjang
minyak -untuk menggoreng
garam dan blackpepper

cara:-
1. perapkan daging bersama rempah dan black pepper selama 15 min
2. gorengkan daging yang telah diperap
3. masukkan bawang dan cili benggala
4. goreng sehingga garing. kemudian masukkan garam secukup rasa.

dah siap!


Air barli Limau

BAHAN-BAHAN:-
2 camca besar barli
4 camca besar gula pasir
1.5 liter air
1 biji limau nipis

CARA:-
1. Cuci barli, rebus dengan 1.5 liter air. Biar merenih selama 1 jam hingga menjadi 1 liter.
2. Masukkan gula dan biarkan larut.
3. Tapis dan sejukkan dalam jag.
4. Perahkan air limau ke dalam air barli dan sedia untuk diminum

Wednesday, July 13, 2011

Fried Penne With Beef, Chic & Vege


Bahan:-
Penne (guna cap tesco aje)
isi Ayam
Daging cincang ramly
Sayur (aku guna sayur kobis dan tomato)
1 bj bawang besar
4 ulas bwg putih * ditumbuk
5 bj cili padi  * ditumbuk
sedikit ikan bilis * ditumbuk
butter/marjerin
blackpepper
garam
kicap cair

cara:-
panaskan butter dan tumiskan daging dan ayam sehingga masak
masukkan bwg merah yg telah dihiris
masukkan bwg putih, cili padi dan ikan bilis yang telah ditumbuk lumat
kacau sehingga naik aroma nye dan masukkan sayur-sayuran
masukkan penne yg telah dicelur
gaul sebati
masukkan garam dan blackpepper
tuang sedikit kicap cair (jika suka)
siap utk dihidang (makan dengan cili kicap lagi sedap!!)


TTC: Urut TraditionaL

aku nak share with kawan-kawan nie. hari tu, masa di rumah mak aku di serdang. ayah aku syorkan urut dengan kawan nya, nama hj. leman. ayah kata Hj Leman nie pandai urut org. ramai jugak yg dah berurut dengan dia dah dapat anak..yelah kita usaha je kan.

so, kami pon pergi la malam tue ke rumah Hj Leman. dekat je ngan umah mak aku. sampai je kat umah dia, kami dibawa masuk ke sebuah bilik kecil di sebelah umah dia. aku dah cuak gak.. aduh sure sakit nie sbb org lelaki yg nak urut. kederat nye mesti double dari org pompuan kan.

so, first sekali dia minta izin kepada suami kita utk urut kita la (isteri). then, dia tanya ape masalah kita. baru dia start urut..bahagian tapak kaki hingga ke lutut. sambil urut sambil berceramah. memang sakit..serius..tapi lepas urut tue lega nya..rasa sedap..walopun yelah..susah aku nk berjalan. masih terasa sakit di tapak kaki..huhu..balik dari urut dia sarankan kami suami isteri buat solat hajat. dan doa utk baby.

kali ke-2 pulak, seminggu lepas tue, kami datang lagi utk berurut. kurang sikit rasa sakit bile dia urut. maybe sebab urat tue dah lembut. dia urut kepala dan tangan sekali. memang sedap..lega weh..sampai hari nie badan aku rasa sedap jer..


dia nasihat kan 3kali datang urut. kali ke-3 tak tau lgi nak pergi bile..en.suami pon nnt kene urut satu badan..abis la dia..dia lg la xpenah berurut..urat sure macam dawai besi..keras kematu..hehehe..

oh lupa, upah urut. seikhlas hati..tapi kami beri kat dia rm30 ke atas la..ngan cara dan kepakaran dia menurut. lama weh dia mengurut dalam 2 jam lebih ade kot..bagi tip lagi..itu ini..doa..dll..


kita hanya berusaha. ALLAH yang memberi..

TTC: Habbatus Sauda banyak khasiat

sangat berkhasiat..terutamanya untuk orang yg inginkan anak..sejenis herba anti-toxin
untuk maklumat lanjut, boleh baca kat sini: Sini

aku ada beli HS nie. yang biji punya tapi asik lupe je nak makan..lepas nie kene makan la..mcm mane nk sihat. ade juga dlam bentuk pil..senang nk mkan..

bila makan je mesti angin keluar. bagus..yang tak beli lagi harusla beli ye..untuk kesihatan anda..

Aduh! Merajuk Mengalahkan Perempuan...

Mungkin jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada yang kata, kalau lelaki merajuk ... buruk sangat rupanya. Betul ke? Sebenarnya.....tidak kira lelaki atau perempuan...kita semua selalu merajuk dan ingin dipujuk bukan? Kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi ... kita tidak meluahkannya. Kita simpan dalam hati , rasa macam nak meletup dada menahannya.

Bila lelaki mula merajuk... Susah juga untuk dipujuk kerana kebanyakan lelaki jarang merajuk tetapi bila sekali si dia merajuk! Aduh... pasti pening dibuatnya!
TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK

Diam Seribu Bahasa

Dia diam sepanjang bersama dengan pasangan. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiakannya dan anggukkan kepalanya sahaja, tanpa sepatah kata Tidak sedikit pun akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah! Dia merajuk...

Buat Tak Tahu

Dia akan buat tidak tahu dengan kita. jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh sahaja. Paling teruk, dia buat-buat tidak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan sahaja boleh buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Masam Muka

Tindakan yang ini ialah tindakan yang paling kita geram. Sudah la... enggan bercakap di tambah lagi dengan tarik-tarik muka masam mencuka. Tak puas hati la konon! Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang juga!

Menolak Untuk Makan Bersama

Bila lelaki merajuk biasanya dia enggan berjumpa kita atau face to face. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar... nak uji si dia, kita duduk di hadapannya sambil makan... )

Keluar Rumah Tanpa Beritahu

Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Ingin tunjuk betapa tinggi egonya! Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana semestinya dia hanya akan buat tidak tahu sahaja!

Matikan Telefon Bimbit

Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan matikan telefon bimbit dan bagi alasan bateri habis. Alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa...bila dah rindu nanti call juga akhirnya!

Baca Surat Khabar

Bab ini sememangnya tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lebih ketara jika membaca surat khabar tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam

Dia akan tengok televisyen sampai larut malam walaupun rancangan itu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia mungkin di kaca televisyen tetapi hatinya ke lain. Kita harus peka!

Hisap Rokok

Tiba-tiba tidak berhenti menghisap rokok, macam tidak pernah dapat rokok setahun dibuatnya.

sumber: wanita hari ini tv3

Pentingnya Sentuhan


Pentingnya Sentuhan
cdt: google


Bagi memastikan hubungan hubungan suami isteri yang erat dan segar sepanjang tempoh perkahwinan, adalah disarankan supaya sering membuat sentuhan terhadap pasangan masing-masing.  Apabila sentuhan dilakukan ianya dapat menunjukan suami dan isteri masih mengambil berat disamping ianya adalah cara terbaik untuk menyatakan kasih sayang masing-masing.

Terdapat pelbagai cara sentuhan yang boleh dizahirkan, tidak kira samada berdua, bersama keluarga atau ke mana-mana mengikut keadaan yang bersesuaian. Sentuhan ini juga dapat menyatakan perasaan romantik masing-masing.

Ramai pasangan Melayu sukar untuk menunjukan reaksi kasih sayang masing-masing disebabkan bukan tabiat dalam budaya bangsa di samping perasaan ego dalam diri masing-masing.Masih belum terlambat bagi pasangan suami isteri memulihkan hubungan renggang masing-masing. Mulakanlah dengan sentuhan secara lembut kerana sentuhan inilah dapat menerbitkan rasa cinta kepada pasangan.

Setiap kali menyentuh pasangan, sentuhlah dengan penuh kasih sayang dan juga perasaan ikhlas.
Tidak kiralah usia perkahwinan yang baru atau telah lama, masing-masing perlu menitikberatkan peranan sentuhan dan menjadikan ia budaya dalam keluarga agar dapat melahirkan keluarga yang rukun harmoni dengan pembesaran yang gembira.
Amalkanlah sentuhan untuk menyuburkan hubungan suami isteri.


Sumber dari Wanita Hari Ini 28 & 29hb Mei 2009

p/s: senthan hanya bagi org yg dah kawin ye anak2 yg belum berkahwin jgn la plak praktikan benda nie..harap maklum. 

Followers