Wednesday, February 10, 2010

Mengimbas Kembali Tahun 2009

Sekelip mata saja dah masuk tahun 2010. Penuh dengan suka duka bersama keluarga, kawan-kawan, kerja dan macam-macam lagi. Masa berlalu begitu cepat. Azam 2009 dah tercapai ker? haha..ada yang sudah dan ada yang belum aku rasa. Tak tau la orang lain kan.

Tapi apa yang aku ingat tahun 2009 memang tahun yang mencabar. Antaranya, aku menamatkan zaman bujang aku pada tahun ni (mac 2009). Sedar tak sedar dah nak dekat setahun dah aku bergelar isteri. Tapi macam tak percaya je.. tapi still rasa macam S.I.N.G.L.E tuh..hehhe..but N.O.T.A.V.A.I.L.A.B.L.E duhh..

Hidup berumahtangga ni ingatkan senang. tapi tak senang seperti yang dijangkakan..beza jugak dari hidup single dulu..Macam-macam kene adjust balik. Siapa yang dah kawin tau la macam mane..Tapi memang bahagia. Aku untung sangat dapat husband yang bukan setakat husband tapi boleh digelar bestfriend sekali. Love u sayang, Syazwan Pahmi.

Yang ke-duanya, aku rasa yang aku suka second job aku kat DHI Water & Environment. Best sangat. Kawan-kawan kerja, boss semua nya baik2. Seronok aje bila nak pergi kerja. Takde istilah STRESS dalam bekerja. Maksud aku dari segi perangai boss, kawan opis la..Tak macam 1st company aku. Hampehh...upss..company mana di rahsiakan, kang kene tahan ISA pulak. I really miss u guys..especially khairun.

Kenangan pahit taknak citer la. Tak besh. Biar aku sorang saja yang tahu.

Harap tahun 2010 ni, Tuhan akan murahkan lebih rezeki kami. Hidup lebih harmoni, bahagia dan berkat hendaknya.

A.M.I.N

Selamat Malam.

No comments:

Post a Comment

* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)

Followers