Saturday, March 20, 2010

MAKAN: HALAL KE KOPITIAM??

cerita pasal kopitiam nie..kekedang aku tertanya2 HALAL ke? idak? was2 pon ade..
macam2 ade kat luar tuh..

Old Town Kopitiam, Bangi Kopitiam, Uncle John kopitiam, PapaRich Kopitiam, Pak Hailam Kopitiam dan banyak lagi yang mungkin korang sendiri penah pergi..

Bila korang menjenguk ke dalam kopitiam ini sudah pasti korang akan melihat berbagai bangsa dan agama yang sedang enak menjamu selera termasuklah umat Islam. Hampir semua kopitiam ini mempamerkan logo HALAL untuk menarik perhatia pelanggan Islam. Majoriti daripada kopitiam ini juga menggunakan staff Islam.


Tapi korang tau tak berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hanya ada 2 kopitiam sahaja yang memperolehi SIJIL HALAL daripada JAKIM iaitu PAK HAILAM KOPITIAM dan JONKER WALK KOPITIAM.(sumber: http://www.halal.gov.my/index.php)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan umat Islam agar tidak keliru dengan logo halal yang dipamerkan di kopitiam. Beliau juga menasihati umat Islam mengelakkan diri daripada menjamu selera di premis yang tik ada sijil halal JAKIM.
Menurut website JAKIM, sijil halal untuk BB Hailam Chicken Rice, Bukit Bintang telah ditarik balik. Untuk maklumat lanjut sila lawat HalalJakim.
So..apa kata korang..aku sekarang nie pon dah berhati2 kalo nak mkn kat kopitiam..maybe boleh pergi kedai2 mkn yg lain...but terpulang kepada korang..tepuk dada tanya iman..

SEKADAR UNTUK BERKONGSI...

1 comment:

* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)

Followers