nie dia Senarai 10 Peserta Imam Muda:
- Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
- Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
- Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
- Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
- Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
- Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
- Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
- Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
- Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
- Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)
Sepuluh orang calon Imam Muda yang dipilih pada kali ini datang dari latar belakang kerjaya, keluarga, pendidikan, perwatakan, negeri dan status yang pelbagai. Paling mengujakan saya, peserta Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal dari Negeri Sembilan adalah bekas pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan.
Selain dari pengumuman calon-calon Imam Muda, Yang Berbahagia Uztaz Hj Dzulkarnain Hj Hamzah atau lebih dikenali sebagai Uztaz Zul di kalangan penonton-penonton setia Astro Oasis melalui program Kalam Suci turut diumumkan sebagai pengacara bagi program ini. Ilmu Uztaz Zul yang meluas dalam bidang hal ehwal dan keagamaan adalah penting dan akan digunakan di sepanjang program ini berlangsung.
Pada setiap minggu, calon-calon Imam Muda kemudiannya akan disatukan di dalam program Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Program ini bakal menentukan nasib calon-calon Imam Muda sama ada mereka akan terus diserap dan dibimbing bagi menjadi seorang Imam Muda yang terunggul atau mengambil jalan berbeza.
Selain dari bersiaran di saluran rasmi; Astro Oasis (saluran 106), program Imam Muda memberi pendekatan yang berbeza apabila tiga buah saluran dari pakej keluarga yang lain seperti Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Astro @15 (saluran 109) akan turut menyiarkan episod pertama program Imam Muda serentak pada 28 Mei 2010.
Calon-calon IMAM MUDA yang telah terpilih ini akan dihimpunkan di Asrama Masjid Wilayah Persekutuan selama tiga bulan bagi mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari tokoh-tokoh agama serta pendakwah dan pemimpin Islam terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman.
Selain itu, mereka juga dikehendaki untuk menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang Imam, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Kesemua calon-calon IMAM MUDA ini bakal diuji setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan tajuk-tajuk agama serta kemasyarakatan dan kepimpinan.
Yang Berbahagia Dato’ Hasan Mahmud Al Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda inidan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Uztaz Hj Shahrizan Hj Daud At Turabi Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Uztaz Syed Norhisyam Al Idrus seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.

No comments:
Post a Comment
* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)