Thursday, September 2, 2010

MelaKa: Ikan Bakar Serkam

Day 1:
Bertolak ke Melaka lepas berbuka semalam. Sampai dalam pukul 10 lebih. lebih kurang 2 jam perjalanan. dekat je dari Serdang UPM ke Melaka. Dah lama betul tak datang Melaka, Bandar Bersejarah..hehe..sebenarnya ikut En Hubby, dia ade kerja di Melaka. So, ape lagik memandangkan takde kelas weekdays..nak tinggal sorang2 kat umah macam bosan..lama 3 hari..nnt rindu giler kat En. Hubby plak..xsanggup..hehhe..


kami tinggal di Naza Hotel. Boleh tahan gak hotel dia. Bulan Ramadhan nie tak ramai sangat orang dok kat hotel yelah..dah nak raya dah pon..tak bape hari je lagik..Bilik besar. Selesa. Breakfast ditukar kepada sahur. Sebelah hotel ade THe Store & Mc'Donald. Senang nak beli barang ker..or makanan..bulan pose ingat2..pose..hehehe

Duduk sorang2 kat hotel ape lagik. aku dok buat kerja sekolah, main ternet dan layan tv. Masa nie la nak dapat full rest. memang tak pikir ape dah. sangat best waktu macam nie. hati rasa tenang aje..sesekali bercuti. dan rehat di luar rumah. hehehe.

Dinner: lepas je solat maghrib, kami keluar nak JJCM laa..kami decide nak pergi ke "Medan Ikan Bakar Serkam"..nak pekena ikan bakar. kat melaka nie ade banyak Medan Ikan Bakar, contohnya; Serkam, Umbai, Pernu, Alai etc..tue yg antara famous laa..Jauhnye lebih kurang 20km lebih sket laa..dekat aje dari hotel. On da way ke sana, lalu kawasan kampung..cantek aje kampung kat sini..harap2 tak ramai orang la..so, bile sampai je kat sana..kami tengok kawasan mmg kat muara sungai..banyak perahu parking kat tepi2 sungai..gerai2 ikan bakar..ada banyak gak..dlm 4,5 gerai yg buka masa tue. Kawasan mmg tenang jer..bersih dan permandangan cantek..hehe..oklah bagi sesiapa yg jarang pergi ke tempat2 macam nie..so kami pon tengok2 ikan, udang, ketam, sotong..so decide nak pilih kedai kerusi kuning laa..ikan dia lebih fresh dari gerai yg lain..

kami pilih, ikan jenahak saiz sederhana-1ekor (separuh bakar cili dan separuh masak tiga rasa), udang gred A-4 ekor (masak butter), Sotong -3ekor (bakar), nasi kosong 1 dan nasi lemak 2 bungkus kecik, sambal cicah kicap/air asam. Air kami order air fresh oren & epal. Harga Semua RM50 sahaja. Makan memang sedap..tak mengecewakan. Ikan isi manis giler..masak mmg sedap..lepas makan balik dengan hati gembira. Alhamdulillah..


Permandangan indah di muara sg serkam
ikan jenahak masak 3 rasa
butter prawn
set nasi lemak
ikan jenahak bakar
sotong bakar
selamat menjamu selera..lapar2..

balik. solat. dan tidur kekenyangan.

tak sabar nak tunggu esok..ape laa aktiviti esok plak.. :)

No comments:

Post a Comment

* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)

Followers