Tuesday, December 14, 2010

TTC: Buah zuriat

alhamdulillah..
makcik aku baru je balik dari haji..terkejut aku bila dia bg buah zuriat kat aku..
terharu sbb aku xkirim pon kat dia.
cadangnye xnak susah kan dia..g haji kan nak wat ibadah but dia ingat gak kat aku.

tapi macam mane nak masak buah nie..ape yg patut aku buat ek??
hope kalo ade yg tahu nak buat camne buah zuriat nie pls let me know.

but can click below link..good for your
references: http://azlinatest.blogspot.com or http://irtiyah.blogspot.com/

btw..nie ade sket tips utk dapatkan zuriat. aku amik dari website..xigt yg mane..


Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

No comments:

Post a Comment

* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)

Followers