Wednesday, March 16, 2011

HINGUS Vs. KAHAK

buka je mata terlihat syazwan sedang berdiri menunaikan solat subuh. aku masih terbaring kujur di atas katil. tak solat ke? tak la cuti org perempuan.
senyum aku melihat syazwan kusyuk mengadap ALLAH yang ESA
alhamdulillah..aku dikurniakan seorang suami yang rajin menunaikan perintah NYA tanpa disuruh.
bangga aku ada nya. tapi tak pernah ku cakap kepadanya.
biarlah sekadar aku saja yang tahu.
aku siap mandi dan memakai baju.
segarnyaa...

cerita tak indah di pagi hari

tiba-tiba nak dijadikan cerita. dia menghembus hingusnya di tuala nya. pantang betul la aku tengok. aku pon sengaja melawak dengan nye.."eee..kotor tue..hembus hingus ke tuala. nanti pakai balik tuala tue..eyekk.."
dia membalas tidak puas hati " ala..awak tue lagi pengotor, suka ludah kahak dalam tong sampah!.."

kami saling balas membalas. haa..nak jadi gaduh la tue..tapi xde la serius mane..
merajuk jugak dia. nampak di muka yang putih tuh. hahha..

lalu terus turun ke bawah untuk bersarapan. seperti biasa emak akan menyediakan secawan nestum dan oat untuk nye. aku? selalunya aku tidur lagi di atas. tak pernah aku buatkan sarapan pagi nye..but weekend ada la..tak tahu kenapa. maybe sebab mak dia yang selalu buatkan kot. kalo duduk di rumah sendiri nanti aku la yang kene buat kan..xde dah mak kan..hehe..tersenyum sinis aku dibuatnya.

sebelum melangkah pergi ke ofis. dia mencium dahi emak dan memandang aku..lalu terus dia menuju ke arah ku..mencium dahi dan pipi ku..ingatkan marah lagi pada aku. tak rupa nya.

dalam pukul 10 aku menghantar SMS kepadanye.."dah sarapan ke sayang?" dia membalas " belum, hujan lebat kat sini ayang".."oh..ye ker..saya minta maap ye pasai pagi tadi..kalo awak terasa hati dengan saya" dia membalas lagi "ok..saya pun mintak maap jugak"..aku tersenyum kambing. seronok hati. lega. syurga itu di bawah tapak kaki suami kan..tanpa restu dia hidup pasti tak sempurna.

aku terus lepak di ruang tamu. membaca novel sambil tonton tv. abah dan emak sibuk ber "gardening" di luar. tanam pokok baru beli katanya. aku biarkan saja mereka meluangkan masa berdua. baca lagi novel Aminah Mokhtar. tebal betul novel nie. agaknya bila la nak khatam.

aku ke dapur memberi ikan-ikan laga ku makan. ku jenguk ke sangkar Jolie hamster kesayangan ku..
ya ALLAH...jolie dah mati..aku menjerit memanggil mak..mak terkejut..pagi tadi elok lagi main nye. tetiba dah mati..patutla sehari dua nie jolie asik main aje tanpa mengira pagi atau malam. ikan-ikan ku pula tak lalu makan. entah mengapa ye? pelik betul. agaknya mereka dah tau Jolie dah nak mati kot.
so berakhirla riwayat binatang peliharaan ku si Jolie? apa seterusnya? nak bela lagi ke PET? or no? hmm..

Tuesday, March 15, 2011

SCONE HANGIT

hari ni ade presentatioan assignment projek management. kecut perut pulak. tapi bila dipikirkan ape yang nak kecut perut pulak. semua dah siap. tinggal nak present aje. dalam group aku ade 6 orang. ramai betul. alyah dan aina memang aku kenail. lagi 3 orang baru je kenai semester ni. lain department. Nani, fizah dan hanim.

bila buat kerja dalam kumpulan yang baru je kenai watak seorang demi seorang. memang banyak rencah. orang ie macam nie. orang tue macam tue. normal la dalam kehidupan kan.
so. malam tue semuanya berjalan lancar. walaupon aku terbuka slide yg bukan latest. tue silap si fizah tak inform kat aku..but nasib baik tak banyak perubahan pada slide tue. masih maintain cool di depan.
aku jadi presenter pertama. dah la group pertama. berdebar-debar. sebab tak biasa lagi depan classmate.
fuhh..alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
2 gropu siap membentangkan hasil kerja di hadapan. ada 3 lagi gropu yang belum. rehat solat maghrib dulu.
aku? ape lagi chau la..malas nak tunggu group lain present. nak balik awal. lecturer izinkan aku balik..yang lain nampak jeles..hehehe..untung badan.
sampai je di rumah aku terlihat kereta sayang. masuk rumah terus nampak sayang tengah makan di dapur. terus ke dapur. ambil pinggan. cium sayang. wahh..mak buat nasi goreng. sedap.

oh..terlupa. malam nie pian datang umah nak pinjam GPS. katanya nak ke Kuching. holiday with wife and family in law. kami jamu dia english tea with plain scones and choc chip scones. hasil baking pagi tadi.
boleh la. walaupon plain scone aku terhangit disebabkan bersembang dengan pian dalam telepon masa sedang bakar scone. tapi malam tue pian makan banyak jugak scone aku. lapor kot.

hampes.
kecewa.
maybe next time cuba lagi.

layan novel sebelum tidur.

Monday, March 14, 2011

Makan Mesti Kurang

hari ni aku dan syazwan berpuasa.
nak bagi perut relax sket..asik makan je
sian kat perut nak proses banyak2 xde cuti langsung

sejak berpuasa sunat nie rasa sehat sket
xde la xsedap badan aje.
besh-besh
kena jadikan rutin tetiap minggu nie

at least bagi semangat kat en syazwan utk kuruskan sket badan tuh..hehhe

nak buka ape ek hari nie??
rasa mcm nak buat carbonara spegeti la..
teringin plak nak makan..yes!!

Sunday, March 13, 2011

Dah 2 Tahun ...

Selamat Hari Ulang tahun Perkahwinan Ke-2
syazwan pahmi

pejam celik pejam celi dah dua tahun dah masa berlalu
cinta diberi dan diterima antara dua insan
hidup sentiasa bahagia dan semoga ALLAH
panjangkan jodoh kami
sehingga ke syurga nanti

walaupun tiada sambutan yang gah
makan di bawah cahaya lilin ker..
namun apa yang menggembirakan hati
bila dia sentiasa bersama ku diwaktu susah senang
pandangan mata nya masih sama seperti dahulu
ada sinar cinta dalam matanya
betapa indahnya perasaan itu

hari diraikan dengan makan makanan arab di RESTAURAN ZAM ZAM di shah alam

happy
seronok
gembira
kekenyangan
harga berpatutan
nanti nak makan lagi di sini

hadiah? biarla aku saja yang tahu hadiah ape dia bagi..
hehehe

ups..si dia dah panggil.
chau dulu..

happy sunday kawan-kawan!

Friday, March 11, 2011

A Raining Day

It's raining outside
nothing much i can do

laying down on the couch
with a white blanket

freezy
sleepy
calm

what a lazy day
it just can make me smiles
and daydreaming all the way

i love raining day..what a lazy day

Thursday, March 10, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

memang best!!
SYABAS KRU!! Brovo..

hari nie aku ngan atil pergi tengok HMM
kat Mines.
rasa berkobar-kobar nak tengok nie..
memang tak menghampakan
lain dari yg lain..
ade setengah watak tue totally berbeza betul dari selalu..
harap cerita macam nie dapat ditayang kan banyak2 lagik..

dah bosan cerita hantu dan komedi bodoh ajer..

pls la find something yang mencabar sket..

baru boleh maju industry lakonan tanah air kita..

Sunday, March 6, 2011

Brownies Simple

hari tue aku ade buatkan brownies untuk cik abang ku..dia suka sangat brownies..
sehari dua hari tue nampak mandom je bile balik dari kerja..so bagi menghiburkan hati nya..aku buatkan brownies

balik je dari kerja..terus tersenyum lebarrrrrr..
senang je cara nak amik hati dia..hehe

resepi asal: http://hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula (boleh campur gula perang + gula putih)
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min
[aku terletak lebih sket serbuk koko]

 Rasa memang sedap..kejap je dah licin..

Saturday, March 5, 2011

Cucur Udang Geragau dan Kentang

minum petang kita buat cucur..wah..sedap betul panas2 makan cucur..menyelerakan..
cicah ngan sambal kicap..or sos cili cap arnab..hmm dah lama xde stok cili cap arnab nie. balik perak kene beli nih..

Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 2 sudu kecil gula- tk letak pon
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 5 batang daun bawang
  • 1/2 cawan udang geragau
  • 1/2 bawang besar- hiris (aku suka lebih)
  • minyak untuk menggoreng
  • kentang potong dadu.
Cara-cara
  1. Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan begitu juga sebaliknya.
  2. Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas.
  3. Goreng sehingga kuning/perang.

Followers