Tuesday, January 31, 2012

Steam Bread Pudding with ice-cream

sila menjamu selera yer..

dinner for tonite..boleh ke makan puding roti ajer..huh makan satu potong dah kenyang nie..malam nie tak mo makan nasi orait. kita makan dessert ajer..

tidur nanti sure perut berbunyi kan..sebabnya memang pemakan nasi tegar! haha..

jom nak share resepi jom..

STEAM BREAD PUDDING..atau lebih dikenali dengan nama Puding roti Kukus. sebab apa kukus. sebabnye tak oven nak bakar. tapi bila kukus kan rasanya lebih sedap dr yg dibakar. yang bakar nye lebih kering. tapi yg kukus lebih moist gitu..tak payah makan dengan sos kastad dah..


resepi di bawah , sila la cuba ek. sangat senang. tak payah guna mixer, just by hand saja..


Bahan-bahan:-
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara:-
  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Monday, January 30, 2012

Kelas Nasi lemak kukus

aduihh..penat betul la semalam. penat tue sampai ke hari nie masih terasa. yelah berdiri lama sangat kot. dari pagi hingga tengah hari. lagipun perut nie dah rasa berat pulak. baru 5 bulan nie. aduh. fuhh semangat.

semalam alkisah nye.aku pergi ke kelas masakan iaitu kelas membuat nasi lemak kukus dan ibu sambal. kelas memang best dan murah aje. habis kelas je dapat la bawak pulang nasi lemak dan bermacam aneka sambal. seronok la. dapat ramai kenalan baru..byk nye makcik-makcik la. tapi ok je ..mereka nie peramah org nye..sambil memasak sambil bagi tips utk bersalin dan baby. haa..kan best mcm tue..

gambar takde la pulak. hehe..xsempat nak snap.

semalam sampai umah je memang dah rasa flat dah..kaki sakit gile dan rasa nak demam pon ade. tapi ko jah..aku tetap layan AJL tuh sampai pkl 12..pagi bangun je rasa penat masih tak hilang. bangunsubuh. iron baju suami. turun breakfast..lepak kat sofa sambil dgr tanyalah ustaz. tetiba dihayut oleh mimpi indah. tak boleh jadi nie. aku terus naik atas dan tidur sampai pukul 12 ko..lama giler..bangun je tidur badan dah rasa segar. mandi dan turun lunch sambil tgk wanita hari ini WHI..best-best kan hidup..enjoy je la..

.so, kesimpulannye hari isnin adalah hari rehat utk aku dan baby. sekian. =)

Friday, January 27, 2012

mission completed!

first mission
berjaya!





next...is




barut baby!

Wednesday, January 11, 2012

Tahniah "nakPregnant"!!!

tahniah kepada kawan TTC kita yg mana blog nyer "nak Pregnant"..
akhirnya beliau telah pregnant..

segalanya atas usaha beliau dan ketentuan ALLAH..
syukur alhamdulillah..

Tuesday, January 3, 2012

aku terlalu menyayangi mu

siapa?

dah tentu la "suami" yang tercinta..

Thank you ALLAH sebab ketemukan aku dengan dia.

mungkin tiada siapa yang dapat menggantikan dia..dia sangat baik.

dia seorang suami yang baik. bila aku sakit dia menjagaku..bila aku gembira dia ketawa bersama ku. bila aku sedih dia sentiasa berada di sisi ku. bila aku salah dia membimbingku..baik buruk aku dia terima seadanya.

sejak dari hari pertama perkenalan kita..aku tahu dia la orang nye!! walaupon masa itu terlalu awal untuk mentafsirkan cinta..namun hati ini selalu berkata "he is the one"...

terima kasih awak. sayang sangat pada awk. awak memang yang terbaik!! dan saya sangat bersyukur menjadi permaisuri dan ibu kepada anak awak. semoga cinta kita berakhir di syurga..amin..

Friday, December 30, 2011

melangkah ke tahun 2012..

cepat aje masa berlalu. tinggal sehari je lagi untuk kita melangkah ke tahun 2012. segala kenangan sepanjang tahun nie amat bermakna buat aku.

source: internet
tahun nie juga aku percaya mungkin ada di antara kita yg hajatnya dimakbulkan ALLAH dan mungkin ada juga yang masih belum..tapi percayalah. Jangan la berhenti mengharap kepada ALLAH. ALLAH suka hamba yang meminta kepada nYA..

bagi aku tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna buat aku..dengan kehidupan yang penuh dugaan dan pahit manis aku telah lalui dengan hati yang tabah dan terbuka. Tahun 2011 juga tahun yang mana banyak menjadikan aku insan yang lebih mengenal diri dan penciptanya. Alhamdulillah..syukur. DIA bukakan hati dan lapangkan jiwa.

Syukur yang amat sangat..bila ALLAH mengurniakan anak kepada kami. Hasil usaha yang tidak putus-putus dan doa yang dipanjatkan kepadaNYA..akhirnya kami dapat juga peluang utk bergelar Ibu dan Ayah..perasaan itu sukar digambarkan. tapi tanpa sokongan suami, keluarga dan kawan-kawan yg senasib mahupun yg memahami hati ini mungkin aku masih seperti dahulu. terima kasih semua.

source: internet
Tahun 2011 juga, adalah tahun kemenangan aku dalam menghabiskan master degree aku. selama 2 tahun diambil dan akhirnya aku mendapat segulung ijazah sarjana. Alhamdulillah..

source: internet

Aku harap permulaan tahun 2012 adalah satu titik permulaan buat aku dan suami dan anak yg bakal dilahirkan tidak lama lagi. Semoga ALLAH terus melindungi kami dan melimpahkan rezeki kepada kami dan juga mempermudahkan segala urusan kami. amin.

sambutan menyambut tahun baru akan kami raikan dengan solat hajat dan doa kepadaNYA..insyaALLAH.

p/s: kepada kawan-kawan TTC..selamat menyambut tahun baru 2012..semoga korang sukses dan dikurniakan zuriat pada tahun hadapan. insyaALLAH..tiada yg mustahil di alam ini dengan adanya bantuan dari ALLAH..percayalah.. =)

Wednesday, December 28, 2011

alamak ..mereka sudah tahu..

hmm..semalam buka je "muka buku" aku..tetiba tengok komen dari kawan-kawan semua ucap tahniah!..pelik betul apehal diorg ucap tahniah..mane diorg tahu nie..alahai rupa-rupanya sorang kawan baik aku nie terlepas cakap daa kat wall aku..then, apa lagi sumer pakat serbu wall aku..

rasa malu pon ade..ingatkan nak rahsiakan. tapi dah terbongkar la..takper la aku anggap macam satu rahmat je la..dengan wishes dari kawan-kawan sekolah harap baby dan aku akan selamat hingga baby dilahirkan..

p/s: perasaan aku tak dapat digambarkan waktu nie. pasrah..

ehh..nak share la gambar kawin kakak ipar aku yg sulong..mak mertua aku dah dapat 2 org menantu la..hehe..sayang mak...

Tuesday, December 27, 2011

shopping macam-macam

minggu lepas en abang belanja beli baju dan seluar ibu-ibu mengandung..seronok shopping. seluar jean aku hanya sehelai je yg muat. yg lain tak bleh nak pakai. sakit perut nie bila duduk. hehe..

kami shopping baju 1 helai, seluar 2 helai dan set blouse 1 pasang. then beli 1 nursing bra dan 2 helai maternity panties. tue pon dah banyak belanja nye.

maybe bila dan masuk 6 bulan nnt baru beli barang baby..sekarang nie shopping barang mummy dia dulu..hehe..

tapi yg tak best nye..baru je jalan sket dah penat..balik terus tido. badan nie penat gile..kaki pon jadi sakit. jalan pulak terkedek-kedek..tak boleh laju mcm dulu..hehe..kene exersice nie baru kuat sket kaki kot..hishh tak tau la kalo dah masuk 6,7 bulan..harap-harap aku tak teruk sangat hendaknya..

Followers