Hari nie Jumaat. Seperti biasa aku ke Pasar Tani pagi2 mengikut mak dan ayah mertua ku membeli belah..
rutin harian setiap jumaat dah sekarang nie. kul8 jer g pasar tani. breakfast trus kat sana..hehe..
jumaat jugak hari dimana aku dengar ceramah2 agama di Tv..nak g surau mana ade..so kita dengar la ceramah2 di Tv..dapat gak pahala dan ilmu..so favret Tv show..USRAh di Tv9.
Tajuk Hari nie : Indahnya menjadi wanita..
rumusan:
korang tau tak wanita kan senang sangat nak masuk syurga. tapi senang jugak nak masuk neraka. jom kita tengok ape ustazah asni tue cakap..tips nak masuk syurga.wanita masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya. masyallah..tengok tue..kita ada kelebihan masuk syurga dahulu berbanding lelaki...best tak dapat jd wanita..tanya diri anda..
ALLAH juga sayangkan kita. DIA berikan kita "rahim"..bermaksud kasih sayang..ALLAH jadikan kita, wanita yg penuh dengan kasih sayang..belas kasihan..lelaki tak ada rahim..tapi yg nama rahim banyak laa..hehehe..
Bila ada rahim..adalah "haid" kan..kita sebagai wanita patutnya bersyukur sbb dikurniakan haid..menurut hadis sahih..wanita yg bersyukur yakni berdoa kepada ALLAH..pada 24jam dia datang haid akan dikurniakan kebaikan kepadanya. wanita yg sedang haid apabila berzikir akan mendapat ganjaran pahala seperti 500 org mati syahid..subhanallah..tengok..kita sakit, penat sewaktu haid..kita dapat pahala..begitu senang nak dapat pahala..macam solat dan puasa kita, wanita diberikan cuti untuk tidak berpuasa dan bersolat..bak kata ustazah asni tue, ABC = Allah Beri Cuti..kan best..org laki2 tak dapat kelebihan mcm wanita..tapi ade gak antara wanita2 nie yg sanggup amik pil untuk puasa penuh..dah melawan fitrah yg ALLAH berikan kepada kita..tak elok gitu tau..
Selain itu, Buat kerja rumah pun boleh dapat pahala yg banyak..macam cuci pakaian anak dan suami..ALLAH berikan ganjaran sebanyak 1000 kebaikan dan hilangkan 2000 keburukan dan jugak darjatnya diangkat 1000 kali ganda..ada lagik..apa2 benda yg disinari oleh matari macam tanah, simen, pokok dan lain2 akan berdoa untuk kita..subhanallah..senang kan nak dapat pahala untuk masuk ke syurga..dengan basuh kain ajer..tapi biarla dengan ikhlas bukan nya dengan merungut...kurang pahala dapat..hehhe..dari bibik yg dapat pahala..biarla kita yg dapat..ehhe..
cuci lantai sambil berzikir pon boleh dapat ganjaran yg besar..iaitu mendapat pahala seperti kita mencuci lantai masjidil haram..masyallah..bayangkan..dengan mop lantai je pon kat umah..tapi berzikir..kalo mop lantai dengan berdangdut..tak dapet laa ekk..ALLAH maha penyanyang lagi maha pemurah..subhanallah..
belum masak lagik..kalo kita masak untuk keluarga kita..ganjaran nye..setiap peluh yg menitik akan diampunkan dosa baginya..iron baju, memasak..jgn laa kita asik merungut bile suami suh iron baju laa..masak laa..aku laa pasni kene ubah perangai..jgn merungut bile kena iron baju..ibadat tuh..nak masuk syurga tak? nak..nak..bagus2x..
jom...masuk plak bab lahirkan anak..didik anak..jaga anak..
- pertama, ibu hamil secara halal dan dia berterima kasih kepada ALLAH kurniakan anak kepadanya akan diampunkan dosa untuknya bersama malaikat memohon kepada ALLAH..tengok sampaikan malaikat sendiri memohon kepada allah untuk kita..subhanallah hebat nyaa ibu yg mengandung.
- kedua, ibu yg hendak bersalin hingga melahirkan anak nya akan diampunkan dosa hingga kembali menjadi kain putih suci bersih..
- ketiga, ibu yang berjaga malam menjaga anak akan dikurniakan pahala seperti memerdekakan 70 org hamba..bayangkan betapa besornya ganjaran yg diberikan oleh pencipta kita kepada wanita.
- keempat, setiap titik susu yg ibu berikan kepada anaknya, ALLAH berikan satu kebaikan kepadanya..ada org menyusukan anak nye sehingga anak berumur 2 tahun..ade jugak yg hingga umur 4tahun..bayangkan berapa banyak pahala yg diberikan kepada nye...syurga di akhirat kelak..amin..
"seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang lelaki soleh"
Peranan wanita dalam menjadikan keluarga bahagia dunia akhirat:
- wujudkan suasana madrasah di rumah. kita mengaji AL-Quran, solat jemaah bersama, makan bersama2, membuat aktiviti bersama2..tunjukkan kepada anak kita.barulah anak kita tahu benda tue dah jd rutin harian mereka..bukannya kita suruh anak kita solat, tapi suami kita atau kita tidak solat..
- boleh jugak bawak anak kita ke masjid..kenalkan kepada mereka ini lah tempat kita beribadat. dedahkan kepada mereka sewaktu mereka kecil lagik. jadikan amalan sedekah, ziarah kaum kelurga satu amalan keluarga kita. barulah ikatan keluarga itu kukuh..kuat dan mesra..
- pergi melancong ke mekah, madinah. menunaikan umrah bersama2 anak2..tunjukkn kepada mereka kaabah, makan nabi, masjid2 di mekah madinah..dekatkan mereka kepada agama islam..supaya akhlak mereka terpelihara sewaktu mereka meningkat dewasa. dan menjadi anak yg soleh dan solehah.
nie penting!!
sebelum masuk ke rumah pastikn kita membaca "a'uzubillah-himinasyaiton-nirrajim"..supaya syaiton tidak mengganggu kelurga kita..semoga menjadi amalan hidup kita.
so, best tak jadi wanita..bile dah tau byk ganjaran yg boleh dapat bile kita bergelar WANITA..sure lepas nie takde la merunggut2 buat kerja umah..merungut tak besh datang period..
segala yg dicipta itu sememangnya ada kebaikan..wallahualam..
syukur,alhamdulillah..syioknyee jd wanita :D
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteterima kasih ya kongsi ilmu. amat berguna
sama2 guys..
ReplyDelete