asik dok tengok kat blog Hana ajer..
aku rasa dah tiba masanye try resipi ni.
kene buat..baru tahu susah senang ..
jom layan gambar apam dot dot yang tak seberapa tuh..Hana punya cantek..maybe second time buat mesti jadi cantek mcm hana nyer..jeles2..hehhe
resepi aku C&P dari blog hana..my sifu ..hehehe
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - hana kurangkan
- 150gm susu segar
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
Cara-cara
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan blueberry filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar!
- Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.



No comments:
Post a Comment
* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)