Wednesday, January 19, 2011

SITZ BATH

just wanna share with u all.. 

Hari tue aku terkena jangkitan fungus kat tutttt..haa dah 18SX plak. xper kot just nak share ilmu yg ade mane tau ade kwn2 aku yg terkene gak kan..benda nie normal dlm hidup seorang wanita..
so ceritanya, aku pergilah berjumpa ngan doktor aku..iaitu Dr. Hamid Arshad. 

so, dia suggest aku guna kan SITZ BATH..utk cuci kemaluan dan disamping mengambil ubat antibiotik. Kalo buat tetiap hari pon lagi bagus. Utk kebersihan diri.

SITZ BATH

SITZ BATH pula digunakan untuk merendam alat sulit ataupun menyucikan alat sulit. Ini kerana bila selepas bersalin pergerakkan terhad. SITZ BATH diletakkan atas mangkuk tandas dan kita boleh duduk di atasnya. Satu alat menyalurkan air suam ke kawasan alat sulit seterusnya ia sesuai untuk menakung air suam dicampur garam mahupun saline solution yang sesuai untuk kegunaan merendam.

Sila lihat video untuk cara-cara mengunakannya disini: Facebook Sitz Bath Videos

Monday, January 17, 2011

Orang Kecil

ORANG KECIL
Oleh Wani Ardy

Hari ini aku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Aku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar
Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku kan sampai ke sana

Hari ini aku lihat temanku dan separuhnya bersatu
Aku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar
Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku kan sampai ke sana

Saturday, January 8, 2011

#28 Mango Jelly-O

Agar-agar paling senang nak buat
aku just guna serbuk agar-agar Konyaku. beli kat kedai jer
but kene tambah ngan buah2 segar la baru best..

#27 Nasi Serai With Ayam Panggang BBQ

Di pagi sabtu yang penuh ceria..
aku bertekad nak masak Nasi Serai dan ayam panggang

sebenarnya semalam tgk la ASTRO Channel 703 bersama atil.
chef tue masak ayam panggang butter..terliuq dibuatnyer.
tue yg malam tadi terus marinate ayam untuk dibakar hari nie.

resepi nasi serai plak, cam biasalah.. aku nie suka godek2 dapur hana..
seronok je tgk dia masak..walopon kat jepun..
macam-macam hana masak..hana nie macam menjadi sifu alam maya aku..
thanks hana..(walopun hana bukan kenal aku pun)
hehehe


so, hasilnya..







resepi Nasi Serai
amik dari HAna

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras basmathi - rendam 15min dan toskan
  • 4 1/2 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • 3 batang serai - ketuk
  • 1 1/2 biji bawang besar - hiris halus
  • 5 ulas bwg putih dihiris halus
  • 1 inci halia - hiris
  • rempah tumis - (kayu manis,bungalawang, biji pelaga, cengkih)
  • 2 sudu makan butter@minyak sapi
  • 2 sudu makan  rempah kurma
  • garam secukup rasa
Cara-cara:
Panaskan butter@minyak sapi, tumis bawang, rempah tumis, rempah kurma dan halia hingga naik bau. Masukkan serai dan daun pandan. Last skali masukkan air dan tuang kan ke dalam periuk berisi beras yang sudah dibasuh tadi dan masak sehingga nasi masak.Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng dan daun sup jika suka.


Ayam Panggang

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam
*5-10 biji bawang putih
*1-2 batang serai
2 sudu makan lada hitam - tumbuk kasar (ikut rasa sendiri)
3 sudu besar kicap manis (ikut rasa sendiri)
1-2 sudu makan madu (ikut rasa sendiri)
garam sedikit
lemon (ikut rasa sendiri)
butter - potong kecil @ minyak zaitun (saya guna minyak sapi) 
kentang, carrot, bawang besar, daun saderi- potong empat
p/s: saya tambah sos black pepper, sos tiram dan sos BBQ sama..

Cara-cara
  • Blend bahan bertanda * dengan sedikit sahaja air asal berpusing.
  • Campurkan bahan blend dengan sos, kicap, lada hitam, madu, sedikit garam
  • dan juga perahan lemon sedikit. Gaul.
  • Lumurkan pada ayam dan baki rempah lumur pada carrot, kentang dan juga bawang.
  • Masukkan dalam mangkuk tahan panas. Perap sekurang2nya 2-3jam atau semalaman.
  • Panaskan oven. Selitkan potongan butter di celah2 ayam. dan bakar suhu 180
  • selama 1jam atau sehingga ayam masak. Setiap 15-20min jirus2kan air ayam ke
  • atas ayam supaya permukaan atas tidak terlalu kering dan juicy.

Friday, January 7, 2011

It's Friday

Yess..Today it's friday

sejuk jer. sekarang nie macam dah musim hujan pulak..
hari-hari boleh dikatakan hujan..lebat , renyai2..gerimis..
semua ade..

dah 5 hari dah aku berbisnes jual shawls dan tudung.
perasaan: happy..penat gilos..dan tak bosan
baru-baru buka bisnes mmg mencabar.
mana nak cari customer, nak cari tempat nak promote shawls..
online lagi la.. kalo nak kata dah berlambak-lambak org yg bukak online bisnes jual shawl.

depa dah siap ade pelangan tetap.. but me? still mencari
tapi takpe rezeki tue Allah yang beri..pelan-pelan bak kata en hubby

yang penting buat bisnes jgn cepat mengalah dan putus asa.
no..no..no.. to that words ok..

azam aku. may be nak jadi bisnes woman..
xkesah la..asal kerja yg boleh dibuat di rumah.
sekarang takde anak lagik..mane tau akan datang berduyun2 anak aku ade..
kan senang..fulltime housewife aka bisnes woman at home..

ceh..angan2 punya tinggi..

insyallah..di mane ade kemahuan disitu ade jalan..

semoga ALLAH kuatkan semangat aku terus berjaya..tak kira dalam ape2 yang aku buat. amin.

Thursday, January 6, 2011

# 26 Apam Dot Dot

hari nie teringin nak makan apam dot dot

asik dok tengok kat blog Hana ajer..
aku rasa dah tiba masanye try resipi ni.

kene buat..baru tahu susah senang ..

jom layan gambar apam dot dot yang tak seberapa tuh..Hana punya cantek..maybe second time buat mesti jadi cantek mcm hana nyer..jeles2..hehhe

resepi aku C&P dari blog hana..my sifu ..hehehe


















Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! 
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Monday, January 3, 2011

new shop!

jom shopping shawl kat http://jasmineisrose.blogspot.com/

Aku baru jer bukak kedai jual shawl..
online la..heheh..xmampu nk bukak kedai betul2 lagik

so, hope korang dapat la membeli belah di kedai aku..
semuanya di jual dengan harga berpatutan..

selamat membeli..

Saturday, January 1, 2011

Yes!! Tahun 2011 dah datang!!

Selamat Tahun 2011

tak sangka dah masuk tahun baru..
sekejap sangat masa berlalu..tik tok..tik tok..
setahun dah berlalu..

alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur aku dan suami..
masih dapat bernafas..untuk menghadapi hidup pada tahun ini..

tahun ini aku berharap:
  • untuk menjadi insan lebih baik dan cemerlang dr tahun lepas.
  • nak jadi isteri terbaik buat hubby ku
  • nak jadi anak terbaik buat bapaku..
  • semoga dapat zuriat yg soleh dan solehah tahun nie.
  • semoga dapat beli rumah..

amin..

Followers