Monday, September 12, 2011

TTC: Takutkan HSG?

cerita pasai HSG nie. sebenarnya aku akan buat rawatan HSG kat Klinik X-ray Daya, di KL Isnin akan datang. Atas nasihat Doktor Pakar Gynea aku, so aku kuatkan semangat utk buat HSG. bukan buat operation pon. tapi bile dengar cerita org. ade yang kata sakit la, senak la, buat aku ngeri pulak nak buat HSG. aduh..tapi kalo tak buat macam mane nak tau ade masalah ke tidak kat salur tiub fallapio aku. better buat kan. at least tahu jugak keadaan tube aku ..

nie info yang aku googled>> website

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.


bile baca je procedure tue. rasa nak nagis pon ade. YA ALLAH. ko kuatkan hati aku menempuh HSG nnt. Takut betul weh.. Harap sangat ia berlalu dengan cepat.



8 comments:

  1. Hi melur jgn risau tau...procedure tu penting..bole trace problem kita than doc akan suggest which treatment will suit u best!..Insyaallah awak boleh..dulu saya sampai kn operate lagi...lagi sakit..jgn risau..be strong ok!

    ReplyDelete
  2. Ros... InsyaAllah takde apa2... take care!

    ReplyDelete
  3. Oke je HSG tu. Toksah duk risau. Sbb kalo kita duk pikir sgt, nati lagi rasa sakit.
    Kekda da buat HSG tu ari. Baca2, org kata sakit sgt la itu ini, tp akak buat oke je. Mungkin sbb akak da biasa sakit senggugut yg lagi truk rasanya.
    Da siap tu siap leh makan eskrem McD lagi sbb buat kat KPJ Jalan Pahang. Kan dkt McD tu.

    So,tenang oke. Akak doakan yg bebaik je utk Melor :)

    ReplyDelete
  4. salam melor..
    saya pun pernah buat hsg test dulu. xde apa yg nak dirisaukan. nak jadi mmy kene strong, smgt kene kuat. nway x sakit sgt pun lah. bykkan selawat n igt ni la pengorbanan utk dpt buah hati insyaAllah semua dipermudahkan.. :)

    ReplyDelete
  5. suhana: thanks sue..kita pon penah kene operate.

    Eila: thanks eila. doakan aku ek

    kekda: kekda..takut jugak kdg2..kene kuat mental kan..insyALLAh saya pon boleh.

    mummy Juju: thanks mummy. betul jugak..perlukan pengorbanan yg besar utk dpt si kecik =)

    terus rasa bersemangat dgn adenya komen dr kwn2..yehaa!!

    ReplyDelete
  6. hsg tak sesakit kita operate dulu...be strong yer darling..teruskan usaha..jgn give up!

    ReplyDelete
  7. sy pn nak buat HSG 23hb ni kat regency hospital..takut jg ni

    ReplyDelete
  8. jgn takut kak chinta..kene tenang..br xsakit masa x-ray tue.. semoga berjaya!!

    ReplyDelete

* Thank you for your comments
* Please come again read my blog :)

Followers